Posts Tagged ‘besarkan buah dada’

Kenapa Lelaki Suka Buah Dada?

Sebenarnya tajuk entry ni adalah berdasarkan keyword yang sangat banyak masuk ke blog ni sejak beberapa minggu ni. Aku kena terangkan dulu. Kalau tak nanti ada yang cakap “Kay sejak-sejak kawin ni asyik cerita pasal buah dada je”. Tak, tak. Aku cuma terkejut keyword ni sangat banyak.

Aku pun tak pandai nak jawab soalan ni. Ada sesiapa yang boleh tolong jawabkan? Wahai lelaki-lelaki Malaya sekalian. Haha. Aku serah kat kau orang la untuk jawab yek!

Ada lagi keyword-keyword yang berkaitan buah dada. Antaranya :

  • Betul ke lelaki suka buah dada besar
  • Buah dada besar
  • Buah dada kecil
  • Besarkan buah dada

Keyword-keyword lain macam tak sedap untuk di share di sini. Biar aku saja yang tahu. Tapi keyword yang “Besarkan buah dada” tu memang sangat tak boleh blah. Harap maklum kepada cik-cik dan puan-puan atau mungkin tuan-tuan sekalian. Di sini tak ada cara-cara untuk besarkan buah dada ya! Kalau ada para suami yang masuk ke sini untuk mencari cara-cara membesarkan buah dada isteri, apa kata kau pergi baca salah satu entry menarik Kak Jie.

Entry tamat di sini. Lelaki-lelaki malaya yang nak tolong jawab, sila jawab di komen. Kalau tak ada, boleh bersurai. Sambung kerja masing dengan fokus, bukan dengan nafsu! Haha.

Ariff Shah
Wazy84
The Zestful IcedNyior