Archive for the ‘perbankan internet’ Category

Phishing gaya professional!

Pagi tadi ketika aku periksa email aku, aku terperasan satu email yang didakwa di hantar oleh CIMB Bank. Awal-awal lagi otak aku dah mengatakan ini adalah email phishing. Biasanya kalau email phishing aku terus mark as spam kalau terlepas ke inbox. Tapi belum sempat aku mark as spam, aku terperasan title email ni. “CIMB BANK BERHAD has given you an E-Gift Voucher“. Lain dari yang sebelum-sebelum ni. Jadi aku tergerak untuk buka dan cuba baca.

Kalau kau orang tak faham apa itu phishing, apa kata kau orang baca dulu entry lama aku tentang phishing kat sini.



(more…)

TNB (atau kontraktor TNB?) adalah bangang!

Kau-orang masih ingat lagi tak salah satu yg di sebut dalam belanjawan 2009 yang dibentangkan oleh Pak Lah? Bagi bil elektrik yang berjumlah kurang dari RM20 sebulan, akan ditanggung oleh kerajaan. Ramai yang merungut sebab menganggap ia satu perkara yang mustahil. Tapi aku cuba jadikan itu sebagai cabaran.

Aku menyewa seorang diri di flat kepunyaan pakcik aku. Tinggal seorang diri bermakna aku menggunakan kurang tenaga elektrik kalau dibandingkan dengan rumah yang di huni 3-4 orang. Lebih2 lagi, pukul 9 pagi aku sudah keluar ke pejabat dan biasanya balik sekitar 10 malam atau kadang kala aku bermalam di pejabat. Jadi, penggunaan elektrik tidaklah banyak.

Tapi aku pelik kerana setiap kali bil elektrik sampai, jumlah yang tercatat adalah sekitar RM22 – RM25. Tidak lebih dari Rm25 dan tak pernah kurang dari RM22. Apa yang lebih musykil, bil elektrik aku diterima seminggu atau kadang kala dua minggu lewat dari jiran-jiran aku dan diletakkan dalam post box! Macam mana aku tau aku dapat lebih lambat? Sebab aku nampak bil elektrik jiran-jiran aku diselit dibawah pintu rumah mereka dan seminggu kemudian baru bil tersebut mendarat dalam post box aku.

Akibat bengang dengan TNB, dan juga bank yang digunakan oleh syarikat untuk membayar gaji aku tidak menyediakan perkhidmatan Pembayaran Bil Online untuk TNB, aku membiarkan bil aku tertunggak. Dan aku memang menjangkakan surat amaran dari TNB akan mendarat dalam post box aku. Jangkaan aku tepat sebab baru tadi aku terima surat amaran yang bertarikh 19/05/2009 yang mengarahkan aku membayar tunggakkan sebelum 27/05/2009. Cop pejabat pos di sampul surat bertarikh 26/05/2009. Mereka buat kerja lembab atau mereka bodoh??! Ini adalah surat merah yang sepatunya di hantar by hand dan bukan dengan pos! Setahu aku surat merah dihantar selepas beberapa surat amaran dikeluarkan. Lampu isyarat pun tau tukar dari hijau > kuning > merah. Tapi aku masih bernasib baik kerana pemotongan belum dibuat. Gaji baru masuk dan memang aku bercadang untuk bayar bil yang tertunggak sebanyak RM73.55 ini esok.

Apa yang aku betul-betul tak puas hati, nampak seperti ada cubaan untuk menafikan hak aku sebagai rakyat Malaysia yang menggunakan tenaga elektrik kurang dari RM20 sebulan! Kenapa? TNB sudah jatuh miskinkah? Tapi sepatutnya bil yang kurang dari RM20 dibayar dengan peruntukan kerajaan dari Bajet 2009! Atau TNB memang selama ini main tipu? Aku pembayar cukai dan rakyat Malaysia yang sah! Aku berhak mendapat hak aku!

Phishing = Memancing?

phishing = memancing??Aku terpanggil untuk buat entri ni bila terbaca entri Penipuan di blog Keusahawanan & Perniagaan Internet. Mungkin ramai yang masih tak tahu tentang phishing di Malaysia ni. Jadi aku nak berkongsi sedikit pengetahuan dengan semua orang. Mungkin ada yang tak betul, jadi siapa yang tahu lebih dari aku, bolehla tegur aku.

Phishing

In computing, phishing is an attempt to criminally and fraudulently acquire sensitive information, such as usernames, passwords and credit card details, by masquerading as a trustworthy entity in an electronic communication. PayPal, eBay and online banks are common targets. Phishing is typically carried out by e-mail or instant messaging,[1] and often directs users to enter details at a website, although phone contact has also been used.[2] Phishing is an example of social engineering techniques used to fool users.[3] Attempts to deal with the growing number of reported phishing incidents include legislation, user training, public awareness, and technical measures.

Source : Wikipedia

Phishing, sebutannya sama dengan fishing. Tujuan hampir sama. Memancing. Jika fishing adalah aktiviti memancing ikan, phishing pula adalah aktiviti memancing data peribadi seseorang di internet. Tumpuan aktiviti ni biasanya berkaitan dengan hal-hal kewangan seperti perbankan online.

Mereka yang melakukan aktiviti phishing ni akan menyiapkan sebuah laman web dummy yang kelihatan seakan-akan laman web perbankan yang sebenar. Jika pengunjung jenis yang tidak peka, tentu tak akan perasan yang laman web tersebut bukan yang asli. Kemudian mereka akan generate e-mail dan dihantar secara rawak. Dalam e-mail tersebut mereka menyatakan bahawa pelanggan dikehendaki mengemaskini akaun perbankan mereka dengan klik pada link yang mereka sediakan dalam e-mail tersebut yang mana link tersebut akan bawa pelanggan ke laman web dummy yang mereka sediakan. Apabila pelanggan memasukkan username dan password perbankan mereka di laman web dummy ni, username dan password tu akan disimpan didalam database khas. Dalam masa yang singkat selepas itu, mungkin ada perubahan besar pada akaun bank anda seperti kehilangan sejumlah wang. (more…)

The Zestful IcedNyior
Wazy84
Ariff Shah