TNB (atau kontraktor TNB?) adalah bangang!

Kau-orang masih ingat lagi tak salah satu yg di sebut dalam belanjawan 2009 yang dibentangkan oleh Pak Lah? Bagi bil elektrik yang berjumlah kurang dari RM20 sebulan, akan ditanggung oleh kerajaan. Ramai yang merungut sebab menganggap ia satu perkara yang mustahil. Tapi aku cuba jadikan itu sebagai cabaran.

Aku menyewa seorang diri di flat kepunyaan pakcik aku. Tinggal seorang diri bermakna aku menggunakan kurang tenaga elektrik kalau dibandingkan dengan rumah yang di huni 3-4 orang. Lebih2 lagi, pukul 9 pagi aku sudah keluar ke pejabat dan biasanya balik sekitar 10 malam atau kadang kala aku bermalam di pejabat. Jadi, penggunaan elektrik tidaklah banyak.

Tapi aku pelik kerana setiap kali bil elektrik sampai, jumlah yang tercatat adalah sekitar RM22 – RM25. Tidak lebih dari Rm25 dan tak pernah kurang dari RM22. Apa yang lebih musykil, bil elektrik aku diterima seminggu atau kadang kala dua minggu lewat dari jiran-jiran aku dan diletakkan dalam post box! Macam mana aku tau aku dapat lebih lambat? Sebab aku nampak bil elektrik jiran-jiran aku diselit dibawah pintu rumah mereka dan seminggu kemudian baru bil tersebut mendarat dalam post box aku.

Akibat bengang dengan TNB, dan juga bank yang digunakan oleh syarikat untuk membayar gaji aku tidak menyediakan perkhidmatan Pembayaran Bil Online untuk TNB, aku membiarkan bil aku tertunggak. Dan aku memang menjangkakan surat amaran dari TNB akan mendarat dalam post box aku. Jangkaan aku tepat sebab baru tadi aku terima surat amaran yang bertarikh 19/05/2009 yang mengarahkan aku membayar tunggakkan sebelum 27/05/2009. Cop pejabat pos di sampul surat bertarikh 26/05/2009. Mereka buat kerja lembab atau mereka bodoh??! Ini adalah surat merah yang sepatunya di hantar by hand dan bukan dengan pos! Setahu aku surat merah dihantar selepas beberapa surat amaran dikeluarkan. Lampu isyarat pun tau tukar dari hijau > kuning > merah. Tapi aku masih bernasib baik kerana pemotongan belum dibuat. Gaji baru masuk dan memang aku bercadang untuk bayar bil yang tertunggak sebanyak RM73.55 ini esok.

Apa yang aku betul-betul tak puas hati, nampak seperti ada cubaan untuk menafikan hak aku sebagai rakyat Malaysia yang menggunakan tenaga elektrik kurang dari RM20 sebulan! Kenapa? TNB sudah jatuh miskinkah? Tapi sepatutnya bil yang kurang dari RM20 dibayar dengan peruntukan kerajaan dari Bajet 2009! Atau TNB memang selama ini main tipu? Aku pembayar cukai dan rakyat Malaysia yang sah! Aku berhak mendapat hak aku!

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

  1. says

    yeeaayy kay… rumah I pon facing the same problem dgn u..
    selalu dpt total amount of bill yang mcm tak logic utk penggunaan monthly..

    lepas tu nanti suka lah dorg hantar surat amaran mcm2 warna. My brother pun pernah bgaduh dh dgn org tnb yg datang ptong letrik rumah i yang baru bjumlah 100++ (lewat bayar beberapa hari je pon.. bukanlah tertunggak smpai 3-4 bulan ke apa). Sedangkan rumah orang2 kaya raya nun bill dorang tertunggak ribu riban tnb xde pon kecoh nak ptong letrik rumah dorang..

    aaaihhh x faham betol dengan diskriminasi like this.. sedihhh

    [Reply]

  2. Mr. Kay Em Why says

    malaysia pon dah byk diskriminasi.. melambak2.. tak lama lagi jadi mcm negara kelas ketiga balik la malaysia… semua kaki mengampu dan kaki kipas bontot… org mcm ni tak tau bile bleh terhapus..

    [Reply]

  3. lisa says

    betul tu.. selain dari TNB satu lagi Syabas, bil air kat umah aku tak pernah 50 ingit kebawah padahal guna time area jam 6 ptg – 7 pgi. siang tak guna pun. bila lambat sikit bayar tanpa notis terus potong, kalau potong tak kena cash tak pe ne kalau nak sambung balik kena bayar 50 inggit.. hangin betul aku.. inikan yg dikatakan membela rakyat

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge