Archive for the contest Category

Alhamdulillah. Aku dah dekat seminggu plan pertandingan ni. Akhirnya hari ni aku akan announcekan pertandingannya.

Tujuan asal aku buat pertandingan ni pun untuk hadiahkan 1GB space dari akaun hosting aku kepada mereka yang benar-benar memerlukan, menginginkan space utk website mahu pun blog mereka tetapi tidak mampu. So, butir-butir pertandingan adalah seperti berikut :

1. Terbuka kepada rakyat Malaysia tidak kira menetap di dalam Malaysia luar Malaysia yang merasakan benar-benar memerlukan hosting space.

2. Masih belum mempunyai hosting space berbayar mahupun yang ditaja oleh rakan-rakan.

3. Perlu bersetuju untuk menggunakan hosting space sebaik mungkin dan tidak akan melanggar undang-undang Malaysia mahupun antarabangsa (host mp3, porn etc)

4. Anda boleh menghantar penyertaan sebanyak mana yang anda mahu. Tapi hanya seorang pemenang yang akan dipilih.

5. Pihak Orange 4 Kay hanya akan memberikan space hosting dengan subdomain (http://namapilihanpemenang.splashx.net ) dan juga access FTP tanpa access penuh ke cPanel. Jika anda mempunyai domain, anda hanya dibenarkan untuk forwardkan domain tersebut kepada subdomain yang diberikan.

6. Tarikh tutup penyertaan pada Jumaat, 21 Sept 2007 tepat pukul 10 Pagi! (extend lagi beberapa hari atas permintaan).

Apa yang anda perlu lakukan?

1. Pergi ke page “1GB Hosting” ( sidebar bahagian page ).

2. Jawab 6 soalan uji minda.

3. Tuliskan Kenapa anda perlukan hosting dan apa yang akan anda buat dengan hosting tersebut. Patah perkataan tidak terhad. Anda boleh menggunakan bahasa malaysia, english, php, c#, c++, java, vb :p (Be creative!)

4. Setelah submit, komen entry ini dengan menyatakan anda telah menghantar penyertaan.

P/s : Beritahu adik-beradik, jiran, rakan taulan, saudara-mara tentang pertandingan ini!