Archive for the Aneh Category

Worker Dead at Desk For Five Days

Keratan akhbar ni aku dapat dari seorang kawan aku melalui e-mail. Masa mula-mula aku baca, aku tak tau nak terkejut atau tak. Mungkin ada la sedikit terkejut. Tapi aku terasa lebih kesian pada si mati. Seorang pekerja yang sangat rajin dan workaholic, tapi tak ada rakan sekerja mahu pun superior yang sedar bahawa pekerja ni dah tak bernyawa. Err, tidakkah itu kejam? Seorang pekerja yang rajin, pasti sentiasa menjana keuntungan pada syarikat dan poket bos, tapi tidak dapat perhatian tentang kondisi-nya oleh pihak yang sepatutnya. Sungguh tidak adil.

Selain moral of the story yang tertulis dalam keratan (Don`t work too hard. Nobody notices anyway.), apa lagi pengajaran yang dapat diambil dari kisah benar ni? Mari aku senaraikan mengikut pendapat aku.

-Tak perlu susah-susah kerja? Err.. itu alasan orang malas. Lain-lah kalau kau seorang peniaga atau Pro-blogger.
-Jadi seorang yang happy-go-lucky dan sentiasa menceriakan suasana pejabat. Jika kau tiba-tiba senyap, pasti terasa janggal dan orang akan sedar “kehilangan” kau.
-Bekerja berpada-pada. Dapatkan rehat yang cukup. Tahukah kau bahawa mereka yang bekerja lebih dari waktu yang sepatutnya (kalau tak silap aku 8 jam sehari) merupakan seorang yang tidak produktif dan kerja-kerja yang dibuat biasanya tak berkualiti?  (Err, tolong jangan sama-kan dengan kes aku. Aku diarahkan bekerja lewat. Bolehkah aku membantah?)

Aku sudah kehilangan idea. Kau ada? Jom kongsi!

P/s: Aku MUNGKIN akan update kisah percutian di Krabi. Aku cuba cari masa untuk update. Tapi aku tak janjilah. Haha.

Aku agak sibuk sekarang ni. Tak sempat nak update. Aku tampal image yang aku diforward melalui yahoo group yang aku join.

Kesan Kenaikkan Harga Petrol?

Pelaku seks ganjil antara tiga jalani hukuman mati

TOKYO 17 Jun - Tiga pesalah dijatuhkan hukuman mati di Jepun termasuk seorang pembunuh bersiri yang juga pelaku seks ganjil, Tsutomu Miyazaki, 45, yang mengaku membunuh empat kanak-kanak perempuan dan melapah sebahagian daging mangsa-mangsa tersebut.Miyazaki digelar “Pembunuh Pelik” apabila begitu obses terhadap lakaran seks kartun yang dibuatnya dan juga seorang yang gemar melihat bahan-bahan lucah.Ini menyebabkan peguam belanya mendakwa Miyazaki mempunyai masalah mental sehingga dia tidak boleh dipertanggungjawabkan atas semua perbuatannya itu.Jepun dikatakan satu-satunya negara perindustrian yang masih melaksanakan hukuman bunuh yang diterima baik di kalangan penduduknya.”Kami melaksanakan hukuman mati ini dengan memilih mereka yang akan dibunuh itu dengan penuh rasa yakin dan bertanggungjawab,” kata Menteri Keadilan, Kunio Hatoyama pada satu sidang akhbar.Miyazaki ditahan pada Julai 1989 ketika didapati sedang mengambil gambar perempuan bogel dan hasil siasatan selepas penahanannya itu telah mengejutkan rakyat Jepun. Dia mengaku membunuh empat kanak-kanak perempuan yang berusia empat hingga tujuh tahun di Tokyo dan daging daripada dua tubuh kanak-kanak itu dimakan oleh Miyazaki.

Dia dikatakan mengerat tubuh mangsa, tidur di sebelah mayat mangsa dan menghirup darah mereka.

Miyazaki mendakwa menulis surat kepada media dengan menggunakan nama seorang perempuan dan mengaku bertanggungjawab melakukan jenayah tersebut.

Dia juga dikatakan telah mengirim kotak mengandungi anggota badan mangsa kepada keluarga kanak-kanak perempuan terbabit.

“Pembunuhan kejam terhadap empat kanak- kanak dan caranya memuaskan nafsu langsung tidak memberikannya peluang dan ruang untuk diampunkan kesalahannya itu,” kata Ketua Hakim, Tokiyasu Fujita.

Polis turut menemui hampir 6,000 pita video yang kebanyakannya mengandungi rakaman yang menyeramkan di rumah Miyazaki di Saitama dekat Tokyo.

Dalam perbicaraan yang berlangsung selama dua tahun, Mizayaki langsung tidak menyatakan rasa simpati dan bersalah terhadap mangsa dan keluarga mereka.

Malah dia hanya menyalahkan imej kartun, “Lelaki Tikus” yang beliau lukis sebagai bertanggungjawab terhadap perbuatannya melakukan jenayah tersebut.

Dia jua sering menjauhkan diri daripada keluarga sehingga bapanya yang tidak dapat menerima perbuatan anaknya itu, membunuh diri dengan terjun ke dalam sungai pada tahun 1994 yang menurut Miyazaki beliau berasa ‘lega’ dengan tindakan bapanya itu.

Namun dalam perbicaraan kes ini, pakar sakit jiwa setuju dengan dakwaan peguam bela mengenai sakit jiwa yang dialami oleh Miyazaki.

Dua pesalah yang turut dijatuhkan hukuman mati bersama-sama Miyazaki iaitu Shinji Mutsuda dan Yoshio Yamasaki atas kesalahan

Click to continue reading "Manusia Aneh"