Seks, Punggung dan Kesihatan

Nampaknya semakin banyak kajian pelik yang dilakukan di luar negara. Hari ini aku terbaca 2 lagi artikel tentang kajian “Wanita punggung besar kurang risiko sakit jantung” dan “Seks dua kali seminggu membuat lelaki lebih sihat”. Haha. Macam dah tak ada benda lain yang nak di kaji kan? Dulu kajian tentang “Lebih besar buah dada, lebih pandai” dan “Perempuan yang memiliki buah dada besar lebih cenderung menghidap Diabetes” (dua-dua dalam satu entry).

Seks dua kali seminggu membuat lelaki lebih sihat

spermMenurut sebuah kajian, dua sesi seks dalam seminggu dapat mengurangkan risiko sakit jantung pada lelaki.

Dalam kajian yang melibatkan lebih dari 1.000 orang lelaki ini, para saintis mendapati bahawa seks ternyata memiliki efek perlindungan pada jantung laki-laki, tetapi mereka tidak menyemak apakah seks memberi manfaat kepada perempuan juga.

Laporan kajian juga menunjukkan lelaki yang kerap melakukan seks mempunyai risiko kebarangkalian untuk menghidapi serangan jantung merbahaya adalah 45% lebih kecil daripada mereka yang melakukan seks sebulan sekali ataupun kurang.

Untuk artikel penuh, sila baca di DailyChilli.

Wanita punggung besar kurang risiko sakit jantung

Satu kajian kumpulan penyelidik Universiti Oxford di Britain mendapati wanita yang memiliki punggung dan paha besar kurang berisiko diserang sakit jantung dan kencing manis, lapor sebuah akhbar semalam.

Kumpulan saintis itu menyatakan lemak punggung dan paha boleh mengurangkan kesan protein cytokine iaitu penyebab keradangan dan arteri tersumbat.

Ia berbeza dengan sel lemak di bahagian perut yang dikaitkan dengan penyakit jantung dan diabetes kerana ia mengandungi cytokine yang tinggi.

Lemak punggung dan paha turut mengandungi sejenis hormon bagi melindungi salur darah dan bertindak mengawal kandungan gula dalam darah serta mempercepatkan pembakaran lemak.

“Lemak di sekitar punggung dan paha berbeza dengan lemak di perut. Terdapat lemak yang baik dan buruk sama seperti kolesterol berfaedah dan kolesterol yang berbahaya,” kata ketua kajian tersebut, Dr. Konstantinos Manolopoulos.

Menurutnya, selebriti berpunggung besar seperti Jennifer Lopez (JLo) dan Beyonce merupakan contoh ikutan lebih baik bagi kesihatan wanita berbanding model yang kebanyakkannya bertubuh kurus dan kurang kandungan lemak seperti Kate Moss. – Agensi

Komen aku : Kalau betul seks boleh mengurangkan kebarangkalian serangan jantung di kalangan lelaki, mereka yang dah kahwin patut ambil kesempatan ni. Haha. Selain dapat pahala, dapat juga bersenam untuk kesihatan. Mereka yang belum kahwin tu, kalau rasa dah sampai masa, kahwin je la cepat-cepat. Jangan pula berzina. Untuk yang perempuan, anda dah ada lagi satu sebab untuk tidak malu malah berbangga jika memiliki punggung yang besar! Ah-ha! hehe.

Kredit : Gambar & artikel seks dari DailyChilli. Artikel Punggung besar dari Kosmo Online.

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

  1. says

    kekeke.. gelak dulu. erm.. tak tau la nak cakap per kan. tapi bagi aku hubungan suami isteri sepatutnya setiap hari. tak semestinya nak tunggu malam jumaat jer.

    kalau malam jumaat malam sunat.. malam lain adalah “malam wajib” hehehe…

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    hahaha. Memang sepatutnya setiap hari. pahala banyak woo. tapi jangan lupa ada “malam haram”. jangan langgar lampu merah ye!~ :p

    [Reply]

    ejam Reply:

    tuler, kena tau bila dh dkt2 lampu kuning tu jgn lepaskan peluang…takut bila lampu merah nanti demam2 plak…haharus…

    [Reply]

  2. says

    kajian tu macam menggalakkan lagi orang buat sex je…

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    tak salah kalau galakkan buat sex pon. tapi mesti yang halal. bukan sex luar nikah ;-)

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge