Masalah Dengan @TMCorp Selesai – Terima Kasih


Aku rasa ramai yang dah baca entry Staff @TMCorp Tak Tahu Buat Kerja Ke? Malah ada yang sampai ke blog ini kerana entry tersebut. Seperti yang aku janjikan, aku update apa yang terjadi selepas entry tu di postkan di blog ni.

Alhamdulillah, entry tersebut berjaya menarik perhatian ramai dan paling penting, ada staff TM yang kata entry tersebut hangat di kalangan staff dan berjaya membuka mata pihak atasan TM. Sejauh mana kebenarannya, aku tak pasti. Entry tersebut juga merupakan entry paling popular di blog ini setakat ini. Ada lebih 100 komen dan aku tak larat nak reply satu persatu (maafkan aku). Ramai juga yang bagi nasihat macam mana nak atasi masalah ni. Terima kasih banyak-banyak. Tak lupa jugak, entry tu menjadi semakin panas bila seseorang yang menggunakan nama “You Know me right!!” dan menggunakan e-mail help@tm.com.my bila komen di blog ini dan meninggalkan komen yang lansung tak membantu malah membuatkan ramai pengguna Streamyx dan pelanggan TM menjadi sakit hati kerana perlu berterima kasih pada TM sebab sponser banyak event di Malaysia tanpa sedar yang duit tu datang dari pelanggan jugak.



Hari Isnin, 26 April 2010 (hari pertama bekerja selepas aku publish entry panas tersebut), aku dapat e-mail dari Cik Hanani, Staff bahagian aduan TM mengatakan aduan aku telah di failkan. Keesokkan harinya, sekitar jam 12 tgh hari aku dapat call dari Cik Rehan, staff TM yang bertanggungjawab untuk menguruskan aduan aku. Cik Rehan kata arahan dah dikeluarkan untuk pasang jumper untuk streamyx aku selepas waktu makan tengah hari, hari tersebut. Lepas beberapa minit perbualan, baru tersedar yang TM beri aku pakej 1Mbps dan bukan 4Mbps seperti yang aku mintak. Jadi mintak Cik Rehan check balik sebab aku mahukan 4Mbps dan bukan 1Mbps.

Masa aku tunggu Cik Rehan confirmkan balik tentang pakej 4Mbps tu, aku cerita kat wife aku tentang berita yg Cik Rehan sampaikan. Kami rasa ragu-ragu untuk terima tawaran TM tersebut. Kebetulan pula waktu tu kabel bawah laut TM ada masalah. Jadi kami rasa mungkin kami akan berdepan dengan masalah connection, kerenah operator TM dan macam-macam lagi, kami mengambil keputusan untuk meminta TM hold on proses jumpering sementara aku menunggu berita dari Jaring. (Hari aku publish entry tersebut, aku ada buat permohonan penuh untuk Jaring Broadband). Kalau streamyx buat jumpering terlebih dahulu, Jaring akan ada masalah masa nak buat jumpering sbb Jaring menggunakan Talian telefon TM.

Aku telefon Cik Rehan semula. Meminta semua proses ditangguhkan terlebih dahulu. Aku kata lebih prefer Jaring Broadband. Kalau Jaring tak boleh nak provide aku service broadband, baru aku terima Streamyx. Cik Rehan cuba memujuk aku dengan offer2 Blockbuster Deal. Tapi bagi aku, apa gunanya barang-barang percuma tu semua kalau connection selalu drop? Aku bercakap berdasarkan pengalaman aku yang lepas-lepas dan juga pengalaman orang lain. (Lagi pun wife aku pernah bekerja dengan Streamyx masa baru grad). Dah hadam sangat dengan masalah-masalah Streamyx. Lagipun, bila kata port di satu-satu kawasan tu dah penuh, besar kemungkinan streamyx kawasan tersebut dah congest. So chances untuk menghadapi masalah dengan Streamyx tu tinggi. Ini teori aku semata-mata.

Aku tanya juga dengan Cik Rehan macam mana TM boleh nak pasang jumper untuk line aku sedangkan sebelum ni kata port penuh? Jawapan yang aku terima, port yang diberikan pada aku waktu tu adalah port simpanan. Port cuma akan ditambah kalau ada banyak request. Erm. Aku tak nak komen banyak-banyak bab ni.

Ramai juga staff TM yang cuba hubungi aku melalui e-mail selepas membaca entry aku. Katanya dapat arahan dari ketua masing-masing. Alhamdulillah. Masih ramai staff TM yang tahu tanggungjawab mereka. Aku ucapkan terima kasih dan minta maaf andai kata tulisan aku dalam entry tersebut ada membuat sesiapa sakit hati. Aku terpaksa menolak semua pelawaan bantuan dari staff-staff TM ni dengan baik memandangkan aku sudah pun berurusan secara rasmi dengan Cik Rehan. Lebih mudah berurusan dengan seorang dari ramai-ramaikan? Terima kasih banyak-banyak aku ucapkan sekali lagi.

Di pendekkan cerita, seminggu lebih lepas tu aku dapat pengesahan dari Jaring bahawa line aku telah di jumpered dengan Jaring Broadband. Itu pun ada la masalah kecil-kecil berlaku. Tak perlu aku cerita. Yang penting, aku selamat menggunakan Jaring Broadband. Walaupun cuma 1Mbps, tapi bagi aku jauh beza dengan kualiti 1Mbps Streamyx. Kenapa? Sebab sejak aku aktifkan Jaring Broadband aku ni, sampai sekarang aku masih dapat IP yang sama. Connection tak pernah drop lansung. Uptime connection aku dah hampir 2 minggu tanpa disconnected lansung. Lebih memeranjatkan, wife aku boleh tertengok full movie streaming (dia ingat itu trailer mula-mula) tanpa buffer lansung dan speed internet aku seperti tidak terganggu lansung waktu itu (aku tengah surfing waktu tu).

SpeedTest terkini

SpeedTest terkini

13 Mei 2010, TM menjemput aku ke twtup tertutup mereka. Mulanya aku rasa malas nak pergi. Tapi aku terasa ingin tahu apa sebenarnya agenda TM mengadakan twtup, jadi aku pun menjejakkan kaki ke tingkat 54, Menara TM. Sampai sana, aku disambut dengan makanan-makanan yang sedap dan menyelerakan (HAHA!). Lepas tu ada sedikit presentation mengenai UniFi (HSBB). Tetamu yang di jemput malam tu tak ramai tapi boleh kata hampir semua hebat-hebat belaka profile. Salah seorang dari tetamu, orang yang aku selalu dengar kehebatannya dalam teknologi dan pernah bekerja dengan company CDN nombor satu di dunia. Dan salah seorang dari wakil TM yang ada di majlis tersebut adalah CEO TM sendiri, Dato Zam.

Dalam sesi soal jawab, banyak isu yang timbulkan. Pelbagai masalah berhubung dengan TM Point, Streamyx, UniFi dan macam-macam lagi di ketengahkan. Boleh katakan perbincangan pada malam tersebut adalah perbincangan dua hala. Semoga TM dapat meningkatkan lagi taraf perkhidmatan dari feedback yang di berikan semasa twtup tersebut.

Selepas majlis, aku berjumpa secara personal dengan Dato Zam. Aku ceritakan masalah yang aku hadapi dengan TM walaupun kes boleh dianggap sudah selesai. Aku cuma mahu dia tahu apa yang berlaku dan dia boleh fikirkan jalan terbaik untuk mengelakkan orang lain menghadapi masalah seperti aku. Aku ceritakan juga pengalaman aku yang pernah di blacklist oleh CCRIS pada umur 20 tahun yang berpunca dari kesilapan staff TM suatu ketika dulu. Aku ceritakan juga tentang pelawat blog aku yang menggunakan nama “You Know me right!!” yang berkemungkinan besar adalah staff TM.

Respon dari Dato Zam, mengenai “You Know me right!!”, apa yg dia cakap tak ada kena mengena dengan kes aku dan dia tak perlu timbulkan semua itu. Mengenai masalah TM Point Kelana Jaya, Dato Zam kata dia pernah menyamar menjadi pelanggan di TM Point Kelana Jaya dan tak ada siapa yang kenal. Dato Zam juga kata dah banyak terima aduan berkenaan dengan TM Point Kelana Jaya.

Aku juga berikan cadangan kepada Dato Zam supaya pelanggan TM diberi pilihan untuk tidak menerima bil fizikal (kertas bercetak) dan digantikan dengan bil online dan berikan rebet kepada pelanggan-pelanggan ini kerana menyokong untuk mengurangkan penggunaan kertas. InsyaAllah akan di laksankan selepas di pertimbangkan.

Apa pun, dari kes ini, aku memang jadi bengang, marah dan menyampah dengan TM Point dan call center (100). Aku tak sanggup berurusan dengan mereka lagi. Sebab tu aku memilih untuk menggunakan Jaring. Aku nak buat perkhidmatan auto debit untuk bil aku pon tak buat lagi sebab berat rasa kaki nak melangkah ke TM Point.

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

  1. says

    teruja aku baca sampai habis..yang lepas biarlah lepas..sekarang dah selamat guna service jaring…aku pun kalau ada problem malas nk call 100 tapi no choice.. aku just nak tanya mahal tak service dari jaring?

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    aku ada choice utk elak dari berurusan dgn dia orang, so aku elakkan la. hehe.

    service jaring ni, murah je. lepas kira dgn sewa line telefon TM, harga lebih kurang dgn streamyx combo. ada yg murah sikit. usyar kat sini bro –> http://www.jaring.my/service/broadband/index.cfm?cont=flite_wired

    [Reply]

  2. says

    goooooood one la bro! gilaa la bro dapat twtup dgn diaorg, patutnya basuh cukup2 sket. Kasi bos TM tu tau masalah kecik2 yg dianggap remeh.

    Cth : Operator yang ntah ape2, bukan selesai masalah tapi bikin masalah lagi.
    .-= blowie´s last blog ..WiFi Percuma Didalam Train KTMB =-.

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    aku dah ceritakan semua. dari yg sekecik2 hama sampai la yang besar. dia orang pon ada mintak cadangan untuk cara terbaik dgr aduan selain dari call center. so tunggu je la apa outputnya nnt.

    [Reply]

  3. says

    boleh bernafas lega sikit la dah setel tuh..haha..anyway, direct contact ngan CEO trus tuh memang bagus..kalau boleh follow up dengan dia, lagi2 la bagus..haha
    .-= Azizuan´s last blog ..Suratkhabar : Iklan Lebih Dari Berita =-.

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    aku dah rasa macam kes ni boleh tutup terus. next time ada hal apa2, aku boleh email dia direct. ada org kata dia penah email kat CEO TM dan tindakkan di ambil. :)

    [Reply]

  4. says

    waaa… dasat ar dapat perhatian..
    tapi kenapa bila aku letak kat blog pasal TNB tak de sape nak peduli.. sian aku.. huhu..
    .-= menteil´s last blog ..Aku Memang Kedekut, So?! =-.

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    kalau ko perasan, aku pon penah komplen pasal TNB kat blog ni. takde respon lansung. dia orang tak celik IT lagi kot. haha

    [Reply]

  5. says

    setakat nie takda masalah dengan Telekom Malaysia
    dari mula-mula pemasangan internet dan talian telefon..maklumlah talian telefon dah lama pasang,tak taw lah masa dulu-dulu kala ada masalah ke tak…

    aku pakai streamyx 1Mb pon ok gak..service still boleh dibanggakan..ada problem telefon kalau dari centre tak lah selesaikan,confirm akan datang technician dia kot..

    sampai sekarang masih ok..mungkin TM disana memang bermasalah.. TM Corp kot..
    .-= Piston Pecah´s last blog ..[Contest] Key Kaspersky Internet Security 2010 Selama 1 Tahun =-.

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    connection punya kualiti bergantung pada beberapa faktor. faktor paling besar adalah kawasan tu sendiri. kalau tak ramai orang pakai, so ok la. tp kalau kawasan tu ramai gila orang pakai streamyx, so dia jadi sesak. lagi satu faktor, kabel dasar laut yg TM guna selalu prob. so connection ke luar negara slow. baru kejap ni tadi TM announce lagi satu kabel rosak. haha.

    Kepuasan pelanggan pada speed connection adalah subjektif. mungkin ada orang dah cukup berpuas hati kalau dapat download speed laju dan tak kesah pasal upload speed. tapi aku tengok dari keseluruhan faktor sebab kalau connection prob, aku tak boleh buat keje. kalau tak boleh buat keje, aku nak makan apa? haha

    [Reply]

  6. says

    wah….
    seronok aku baca sampai habis entry nih
    hurm
    so,kepada tm…
    mereka boleh belajar daripada kesilapan nih

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    harap semua pihak kat TM betul2 belajar dari kesilapan ni la. Jangan ada berulang lagi.

    [Reply]

    hans Reply:

    insyaallah

    [Reply]

  7. says

    arghhh…………tarik nafas. Lega!

    popular betul You Know me right! – boleh berkenalan?

    Dia cukup “SMART” sebab guna email TM help desk, jadi seluruh komen dan reply komen dia satu TM boleh baca!

    gud!
    .-= Kujie´s last blog ..Apa rahsia terbesar dalam hidup ini? =-.

    [Reply]

    ejam Reply:

    yer tak yer kan…dlm pd dia memuji TM dia juga bertindak menyedarkan TM yg “tidur” ketika tu…
    so dgn cara itu secara berjemaah mereka join balas entry tu…
    siap sistem mereka pun terkejut bila dpt kutukan sebegitu, mungkin sistem mereka alami trauma utk seketika…haha
    .-= ejam´s last blog ..Rindu pada AMANI terubat =-.

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    haha. trauma takpe. jgn sistem dia ada sakit jantung. kena lagi sekali macam ni, terus down semua. haha

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    Saya pon teringin nak berkenalan dengan orang yg bijak pandai tu. Serious, dia punya ayat seolah2 dia kenal lama dengan saya. sebab tu teringin sangat nak tau sapa dia. Tapi TM tak ada btau apa2 setakat ni. Alasan yang di beri, You Know me right tu guna akaun streamyx biasa. bukan milik staff.

    [Reply]

  8. says

    aku tengah try nak apply talian phone. macam biasa staff tm buat kerja lambat. port dah penuh katakan. tapi dah seminggu lebih tak nak pasang. aku dah buat komplain. esoknya cawagan TM Point Melaka call. ngatkan nak pasang talian phone rupanya nak sahkan alamat je. takut kot lepas aku complain kat 100. grrrrr

    ntah bila lahh nak pasang talian phone tu. selagi tak pasang selagi tu aku tak leh teruskan utk pasang streamyx. geram ok. sampai skg tak ada berita langsung. FINE. esok aku nak telepon 100 lagi. buat complain. biar dorang rasa takut. grrrr
    .-= amoi´s last blog ..[Review]: Novel Hot Gimmick (boys over flowers Malaysia) =-.

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    Dah dapat ke belum sekarang ni? kalau 100 tu tak mampu buat apa2, try email kat help@tm.net.my. cerita masalah ko. bagi semua details yg perlu. kalau takde berita gak, contact aku balik.

    [Reply]

    amoi Reply:

    aku baru hantar complain kat email tu. hopefully dorang akan baca dan setelkan masalah aku. dah sebulan dah aku tunggu talian telefon aku dipasang tapi masih tak leh pasang sebab ada masalah dengan penambahan port.

    thanks bro~
    .-= amoi´s last blog ..[Download] Portable Photoshop CS5 Extended (64.6 Mb) =-.

    [Reply]

  9. says

    kes aku pulak tadi ada technician datang nak pasang line tepon, dah siap nak buat appointment nak datang tghari, pastu tak sampai sejam kemudian bgtau aku port penuh!! takkan time nak datang tak check dulu port penuh ke tidak.. sengal tul la..
    .-= eiman´s last blog ..Menangkap Spam Dengan Mudah =-.

    [Reply]

    ejam Reply:

    pulak dh…
    sungguh menyusahkan org, aku lagi suka org buat appointment last minit yg mana mmg kompom jadi dan xde masalah dari appointment dgn janji bagai tapi hasilnya hampeh…
    dia igt org xde keje lain ker?
    buang masa btol..
    .-= ejam´s last blog ..Rindu pada AMANI terubat =-.

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    si azmanishak pon kena macam ko ni gak la lebih kurang beberapa minggu lepas. kontraktor ni buat kerja main2. kalau ko dapat nama dia, details dia, ko report kat help@tm.net.my

    [Reply]

  10. says

    Dapat invitation Tm gak untuk pergi ke sana
    Tapi tak jadi pegi ada exam math hehe
    Dal lah masih hingusan ..
    Kalau cadangkan pe2 jek diorang amik ringan jek.
    Ingat kita ni tak setaraf mereka.
    Bila lah diorang ni nak majukan internet
    Kat jepun dah 100mbps harga hanya 150 jek
    Kat sini? Hampeh
    Baru 1mbps da harga 100

    Saya harap Tm kena setanding betul2 dengan luar negara.

    Saya punya harapan bila balik Malaysia nanti Tm still tak majukan internet. Insyaalah saya akan buat satu Line network yang speed 100mbps dan murah harganya..

    Kata2 Sensei saya tentang streamyx ni :” Kalau da Malaysia tu malaysia jugaklah ..lambat jek service..kalau kat jepun diorang yang call customer kalau ada masalah dan sebagainya BUKAN KITA.” Kami adalah client anda. Anda kena jaga betul2 kami sepertimana kami percaya produk anda ok?

    Harap Tm baca statement saya ini. Bila mahu berubah? Walaupun saya ni kecil lagi tak mustahil tangan ini yang akan bersaing dengan syarikat anda tak lama lagi..Sekian
    .-= Nizam6281´s last blog ..GROUP FACEBOOK YANG PALING BANGANG =-.

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    Bagus semangat ko. Balik sini, TM dah bagus ke belum, ko cuma je bersaing dengan dia orang. Persaingan yang sihat =)

    [Reply]

  11. Ex says

    btw, mslh aku dgn tm ni pon disetelkan oleh cik rehan ni.. a very good staff..

    [Reply]

    ejam Reply:

    bila ada staff yg bagus camtu ler yg buat kita selaku pelanggan TM rasa puas hati dan lega..kita tak nak lebih pun, cuma pastikan hak pengguna dan pelanggan tu dijaga sebaiknya setimpal dgn byran yg diterima…

    semoga staff yg baik ini mampu menaikkan nama baik TM semula, staff hampeh buang jer…hehe…
    .-= ejam´s last blog ..Rindu pada AMANI terubat =-.

    [Reply]

  12. says

    hai bro,ni nk tanya skit,aku ade prob ngan tm since aku pindah ke umah baru,after kol 8 mlm line mesti jem,trus down,takleh pakai,aku sampai mrh beli line p1 plak,nk tanye skit,aku dh jadi pelanggan streamyx so camner nk tukar ke jaring ni,aku ade kontrak ngan tm so kalo nk kuarkan kontrak tu aku kene bayar 350ringgit,duit dh aku takde sebanyak tu,so can you give me any suggestion bro,thank you…..:)
    .-= epul´s last blog ..INI KAMERA BIKIN AKU GILA =-.

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    sori bro aku lambat reply komen ko. Aku nasihatkan ko untuk komplen, komplen, komplen dan terus komplen. Ko report hari2 kat talian 100. mintak nombor report. ko kasik dia 2 minggu atau 10 hari bekerja. kalau takde perubahan gak, ko report kat MCMC direct. Lepas tu ko demand utk potong line tanpa kena penalti sbb service teruk. Tapi kalau ko nak stay dgn streamyx, aku boleh inform staff TM yg contact aku utk cuba tolong ko.

    [Reply]

    epul Reply:

    aku kekadang bila pakai p1 rase cam tak perasan kt streamyx………heheh

    kalo ko ade masa aku hargai pertolongan ko untuk tolong aku,thanks bro….:)
    .-= epul´s last blog ..SEKAWAN MONYET YANG TAK SEDAR DIRI =-.

    [Reply]

  13. says

    wah wah wah en.k.. hang hebat la..
    aku salut! dapat jumpa ceo tm tu gempak la. ni bukan benda kecik. ni bukan benda remeh. takpala kalau kita besar2kan demi masa depan tm jugak.

    apa2 pon setiap masalah ada penyelesaian! salut!
    .-= luth textile´s last blog ..Majoriti Rakyat Malaysia beli barangan tak berkualiti? =-.

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    kebetulan je dapat jumpa CEO. kebetulan aku di jemput dan CEO TM hadir majlis tu. Dah sampaikan pada dia. Harap ada la jalan untuk pastikan perkara ni tak berulang

    [Reply]

  14. says

    saya dalam plan nak pakai streamyx..harap2 nya area rumah saya tu tak der mslh mcm bro

    em diharapkan TM dapat pengajaran dari isu seperti ini
    .-= mijie´s last blog ..Saya bukanlah pakar =-.

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    mental dan fizikal kena ready. Mungkin akan ada masalah. so ready je nak buat komplen banyak2 bila dah start meragam :)

    [Reply]

    mijie Reply:

    itu je pilihan yg ada kat area ni

    [Reply]

  15. Nanie MK says

    Salam,

    Alhamdulillah I’m glad to hear that your problem have been solved. I do hope that after your personal talk with Dato’ Zam, he will be taking a responsible action towards TM Point KJ. Btw, I do not work with the complaint dept. glad you think that I do though. But I do work closely enough with those who deal with TM Points which is how I reported your complaint. So the credit goes to a very good friend of mine, Nasiruddin from TM Consumer Sales as well for helping :)

    [Reply]

  16. says

    Alhamdulillah semuanya dah selesai. Bravo.. bravo.

    Err.. nak tanya soklan takde kena mengena skit. Penah tak ngamuk ngan staff orang kuning? Kekekeke. Btw, akak dah tak keja situ tau. Saje nak menyibuk. Hahaha.
    Post terkini dari erni ..Life is a fragile affair

    [Reply]

  17. pakdawod says

    salam..saya pon ade masalah dengan TM nih…(jom r ramai2 masuk jaring) masuk ni da dekat semgggu lebih xde tenet kat kampung..lampu adsl x nyale…sy still belajar n dok kat university…so kat kmpg ade akak je yg boleh settlekan..mak ayah mmg x reti la..complaint mmg da buat kat 100..tp bukan 48 jam la die call balik..besela Jnji melayu..mmg nak dekat seminggu baru die call balik..tp akak keje..xde sape la nk agkat call(akak pakai mxis, da bg no tepon maxis..tp sombong xnak call)…ble call 100 ..die still suh buat mende yg same…cek kable la ..ape lah..arini akak mintak cuti sehari..harap boleh settle…as a conslusion: TM servis mmg lembab..bukan saye sorg cakap..da ramai yg ckp..birokrasi pye pasal..dlu nak pasag tenet pon 3 bulan tggu baru ade org call nk pasag wayar..pastu 2 mggu tggu untk pasag streamyx..hahahahahaha..Tm mmg buat lawak..bukan merentas kemungkinan..tp merentas kelembapan..

    [Reply]

  18. aiman yg kesah says

    boleh kah pihak ke tiga membuat permohonan pemasangan talian tetap di rumah? cth:(adik menggunakan nama abangnya utk pemasangan telefon)
    bolehkah permohonan seperti contoh di atas diluluskan tanpa pengetahuan empunya nama? cth: (A memohon pemasangan talian tetap tanpa diketahui B)
    bukankah sepatutnya ada persetujuan/pengesahan daripada nama yang didaftarkan sebelum permohonan itu diluluskan? cth: (pihak TM menelefon A untuk mengesahkan bahawa beliau ada memohon pemasangan talian tetap tersebut).

    [Reply]

  19. mila malai says

    just wanna share bro…..

    if rasa nk terminate or potong telipon…potong laa cepat2 sbb tm ambil masa 7-14 hari utk potong…..ade yg amik mase sebulan, dgn alasan masalah sistem…dan korang terpksa bayorrr lerr wlau pun korang dah mmg x nk pkai dlm mase tu gak….so wat the point kene bayor that 14 days…i dont know…..tu mmg process utama…kalau ade cs yg bijak pandai…mmg aku tadah jer laa muke ni kene maki…kalau rasa nk pindah cepat2 la potong…kalau x nnti time tu nk pindah time tu nk gi isi borang potong pastu org baru masuk…mmg abihla korangnyer 14 hari tu org baru pkai…

    berkenaan report 100, x blh nk slhkn diaorg dan jg tmpoint…sbb tm suka ubah2 procedure….1st akunyer pengalamn keje…bos cakap kalau downgrade ke upgrade stx kene sambung kontrak baru sdgkan hanya upgrade shja perlu wat kontrak baru…downgrade smbg yg lama….aku x pasti knp info dia tukar…sdgkan aku call staff dr tmpoint laint sama mcmana info yg aku ade….peningkan keje aku…camne aku nk respect dia…aku pun x thu laa(coz ade 2-3 sbb lain…..sbb hari 1st dia bg arahan pada bdk tmpoint…semua buat muka bodo x layan…dah keje baru tahuuu….camnerr laa staf nk pandai kalau yg ajor pun ketam batuuuuu…..

    to my bos …..jgn laa nak nama hingga abaikan kepentingan dan kebajikan staff….bnyk efek2 pd service pd customer…..

    [Reply]

Trackbacks

  1. Masalah Dengan @TMCorp Selesai – Terima Kasih | Orange 4 Kay

    Aku rasa ramai yang dah baca entry Staff @TMCorp Tak Tahu Buat Kerja Ke? Malah ada yang sampai ke blog ini kerana entry tersebut. Seperti yang aku janjikan, aku update apa yang terjadi selepas entry tu di postkan di blog ni. Alhamdulillah, entry terseb…

  2. Masalah Dengan @TMCorp Selesai – Terima Kasih | Orange 4 Kay

    Aku rasa ramai yang dah baca entry Staff @TMCorp Tak Tahu Buat Kerja Ke? Malah ada yang sampai ke blog ini kerana entry tersebut. Seperti yang aku janjikan, aku update apa yang terjadi selepas entry tu di postkan di blog ni. Alhamdulillah, entry terseb…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge