Posts Tagged ‘D`Tour @ D`House’

Teruja Dek Innity & DiGi

Pedulikan tentang mereka yang mencaci dan menghina almarhum Sultan Johor. Semoga mereka mendapat balasan yang setimpal. Jika tidak di dunia, pasti mereka tidak akan terlepas di akhirat. Sudah, jangan biarkan bangsat-bangsat ini menghilangkan keterujaan aku.

2 perkara membuat aku teruja pada petang Khamis dan pagi Jumaat lepas. Kalau di ingat-ingat balik, sampai sekarang masih teruja. Hahaha.

innity

Bulan lepas (Dec 2009) aku pernah cuba apply Innity. Tapi di tolak bulat-bulat. Hanya beberapa minit setelah aku hantar permohonan aku, aku terima email mengatakan permohonan aku di tolak. Haha. Sudah di jangka. Hits blog aku bukanlah tinggi pun. Malah tidak menepati syarat permohonan lansung. Antara syarat utama, blog mesti memiliki 15K pageviews (purata) dan 3K unique visitors (purata) – maklumat lanjut, sila ke website innity. Walaupun sudah di jangka, tapi hati tetap rasa kecewa. Haha. Dengan kekecewaan tu, aku nekad untuk naikkan traffik blog dalam masa sebulan!

Hari Rabu lepas aku cuba hantar email kepada innity. Bertanya jika mereka akan menilai blog yang uniques visitor sudah melebihi dari syarat permohonan tetapi pageviews sangat kurang. Pihak Innity menasihatkan aku untuk apply dahulu. Aku tidak terus apply sebab tidak terlalu berharap. Pagi Khamis aku cuba untuk apply. Tapi nyata ada masalah pada borang mereka. Aku terus email mereka berkenaan masalah terbabit. Aku tidak menerima respon sehingga petang. Aku cuba menghantar email sekali lagi. Beberapa minit kemudian aku menerima respon mengatakan masalah di borang mereka telah di selesaikan tetapi aku tidak perlu mengisi borang tersebut lagi. Pihak Innity hanya meminta jumlah Unique Visitor dan Pageviews. 2 minit selepas aku membalas email mereka, aku mendapat satu lagi email yang disertakan dengan username dan password sistem mereka. Yes! Dah lulus. Sangat teruja rasanya.

Tapi hingga kini iklan-iklan innity masih belum dapat di letakkan di blog ini. Ruang yang padat dan serabut. Aku sedang mencari-cari ruang-ruang yang sesuai untuk iklan innity supaya blog aku tidak kelihatan seperti blog gila iklan yang sangat serabut.

digi-yellowman

Pagi Jumaat pula, masa aku baru nak start kerja, aku dapat Direct Msg dari @DiGi_Telco. Twitter rasmi DiGi ni minta aku add mereka di facebook sebab aku dikatakan dapat jemputan peribadi ke majlis tertutup DiGi. Aku pun add la DiGi di Facebook. Tapi lepas tu aku blur. Jemputan untuk ke majlis tu untuk mereka yang turut serta dalam contest khas yang DiGi buat di facebook. Memang tak ingin aku masuk.

Tak lama kemudian DiGi menghantar invitation melalui facebook untuk aku RSVP. Fuh! Aku antara beberapa orang yang mendapat jemputan peribadi tanpa perlu turut serta dalam contest mereka. Punya la seronok orang rumah aku bila aku beritahu dia. Dia pula yang excited suruh aku RSVP cepat-cepat. Maklumlah, ini pertama kali dapat jemputan istimewa seperti ini dalam hidup kami.

Aku sendiri tidak pasti apa yang mendorong mereka untuk memberi jemputan peribadi kepada aku. Mungkin sebab aku rajin komplen tentang DiGi di twitter kot? Atau mungkin kerana tutorial untuk setup digi broadband di ubuntu. Entah, aku tak pasti. Apa pun, aku dah RSVP dan rasa tidak sabar-sabar untuk ke event D`Tour @ D`House. Sangat teruja. Memang dah lama aku teringin ke HQ DiGi. Thank you DiGi!

P/s : Akhirnya ada juga webpage untuk kronikus. Cuba jengah kat www.kronikus.com ;-)

Credit : Thanks to @wfxyz untuk innity banner & DiGi Facebook untuk yellowman.

Wazy84
The Zestful IcedNyior
Ariff Shah