Teruja Dek Innity & DiGi

Pedulikan tentang mereka yang mencaci dan menghina almarhum Sultan Johor. Semoga mereka mendapat balasan yang setimpal. Jika tidak di dunia, pasti mereka tidak akan terlepas di akhirat. Sudah, jangan biarkan bangsat-bangsat ini menghilangkan keterujaan aku.

2 perkara membuat aku teruja pada petang Khamis dan pagi Jumaat lepas. Kalau di ingat-ingat balik, sampai sekarang masih teruja. Hahaha.

innity

Bulan lepas (Dec 2009) aku pernah cuba apply Innity. Tapi di tolak bulat-bulat. Hanya beberapa minit setelah aku hantar permohonan aku, aku terima email mengatakan permohonan aku di tolak. Haha. Sudah di jangka. Hits blog aku bukanlah tinggi pun. Malah tidak menepati syarat permohonan lansung. Antara syarat utama, blog mesti memiliki 15K pageviews (purata) dan 3K unique visitors (purata) – maklumat lanjut, sila ke website innity. Walaupun sudah di jangka, tapi hati tetap rasa kecewa. Haha. Dengan kekecewaan tu, aku nekad untuk naikkan traffik blog dalam masa sebulan!

Hari Rabu lepas aku cuba hantar email kepada innity. Bertanya jika mereka akan menilai blog yang uniques visitor sudah melebihi dari syarat permohonan tetapi pageviews sangat kurang. Pihak Innity menasihatkan aku untuk apply dahulu. Aku tidak terus apply sebab tidak terlalu berharap. Pagi Khamis aku cuba untuk apply. Tapi nyata ada masalah pada borang mereka. Aku terus email mereka berkenaan masalah terbabit. Aku tidak menerima respon sehingga petang. Aku cuba menghantar email sekali lagi. Beberapa minit kemudian aku menerima respon mengatakan masalah di borang mereka telah di selesaikan tetapi aku tidak perlu mengisi borang tersebut lagi. Pihak Innity hanya meminta jumlah Unique Visitor dan Pageviews. 2 minit selepas aku membalas email mereka, aku mendapat satu lagi email yang disertakan dengan username dan password sistem mereka. Yes! Dah lulus. Sangat teruja rasanya.

Tapi hingga kini iklan-iklan innity masih belum dapat di letakkan di blog ini. Ruang yang padat dan serabut. Aku sedang mencari-cari ruang-ruang yang sesuai untuk iklan innity supaya blog aku tidak kelihatan seperti blog gila iklan yang sangat serabut.

digi-yellowman

Pagi Jumaat pula, masa aku baru nak start kerja, aku dapat Direct Msg dari @DiGi_Telco. Twitter rasmi DiGi ni minta aku add mereka di facebook sebab aku dikatakan dapat jemputan peribadi ke majlis tertutup DiGi. Aku pun add la DiGi di Facebook. Tapi lepas tu aku blur. Jemputan untuk ke majlis tu untuk mereka yang turut serta dalam contest khas yang DiGi buat di facebook. Memang tak ingin aku masuk.

Tak lama kemudian DiGi menghantar invitation melalui facebook untuk aku RSVP. Fuh! Aku antara beberapa orang yang mendapat jemputan peribadi tanpa perlu turut serta dalam contest mereka. Punya la seronok orang rumah aku bila aku beritahu dia. Dia pula yang excited suruh aku RSVP cepat-cepat. Maklumlah, ini pertama kali dapat jemputan istimewa seperti ini dalam hidup kami.

Aku sendiri tidak pasti apa yang mendorong mereka untuk memberi jemputan peribadi kepada aku. Mungkin sebab aku rajin komplen tentang DiGi di twitter kot? Atau mungkin kerana tutorial untuk setup digi broadband di ubuntu. Entah, aku tak pasti. Apa pun, aku dah RSVP dan rasa tidak sabar-sabar untuk ke event D`Tour @ D`House. Sangat teruja. Memang dah lama aku teringin ke HQ DiGi. Thank you DiGi!

P/s : Akhirnya ada juga webpage untuk kronikus. Cuba jengah kat www.kronikus.com ;-)

Credit : Thanks to @wfxyz untuk innity banner & DiGi Facebook untuk yellowman.

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

  1. says

    haha baguih2.. boleh ler teman belajor dari mike nih..
    haha..kalo letak sekali nuffnang..jadi ordinary kan? gelihati ilang..so kalo camtu buff akan jadi kurang gak ler kan? sbb b4 ni aku ilg gelihati buff earning automatic jadi kurang..huhu..saje nak tanye..
    .-= Roslan Nazri´s last blog ..Kenapa Hosting Murah Tak Patut Dibeli? =-.

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    a`ah. aku penah terhilang status gelihati tu. buffered earning jatuh lebih 50% siot. mmg parah. tu salah satu sebab aku takut nak letak innity buat masa sekarang. hehe.

    [Reply]

    Roslan Reply:

    eeecceehh!! =P innity dah approve aku pagi tadi..hehe..sonok nyer!!! =)
    .-= Roslan´s last blog ..Kenapa Hosting Murah Tak Patut Dibeli? =-.

    [Reply]

  2. says

    aku pon baru jer register tadi. sebelum ni dok asyik dia kate page already exist jer.. pening aku. so aku email kat support@innity.com. then depa reply macam yang hang cakap. memang ade masalah pada page tuh. PHP dia silap set la kot. hehe… so sekarang ni dah boleh dah register.

    thanks to innity sebab bagi peluang. rasenya kalau nak ikut kriteria yang dia mintak tuh.. dah memang lepas agaknya. just cuba jer la. NN slow le sesangat. tak salah kalau kite beralih arah.
    .-= Kreuger´s last blog ..Mari belajar berkomen cara Azman Ishak =-.

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    aha. aku pon kena mcm tu ari tu. tapi dia cakap dah betulkan. pelik2 je la. btw, ko tak tanya dia ko dah di approve ke tak?

    dah register semula? NN mmg sangat slow. aku baru pakai innity tak sampai 24 jam. ada la dpt sikit ni. tapi kalau kat NN ni, 2-3 bulan baru dapat banyak ni. hehe.

    [Reply]

  3. says

    akoo lg la xlayak. tp brapa ko tulis tuk pageview ngan unique. kot2 leh kowtim. hehe!
    .-= Extremist Thinker´s last blog ..Kita Semua Rakyat Malaysia =-.

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    tak byk bro. uniques tu lebih sikit dari yg dia nak. page view cuma ada lebih kurang separuh yg dia nak

    [Reply]

    qimie Reply:

    saya pun tak cukup p/view, unik ngam2 je.. ayat power sikit.. dapat dah.. try tengok dulu camne.. :)
    .-= qimie´s last blog ..Tips Nak pergi Beli kereta =-.

    [Reply]

  4. says

    boleh tolong Rara tak? My Innity advert tak keluar, mula-mula keluar. Lepas tu dalam 2 hours macam tu, it dissapear! T_________T

    [Reply]

    blogresipi Reply:

    Try check dgn browser safari atau google chrome dulu.keluar tak default ads innnity.
    .-= blogresipi´s last blog ..Eggless Chocolate Cake Trifle =-.

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    thanks sbb tolong jawabkan ;-)

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    rara, ur innity keluar dgn normal. dah check dah.

    btw, better move to WP :-)

    [Reply]

    Rara Reply:

    thankyou for your answer :)
    nak pindah WP dalam masa terdekat ni.
    harap dapat membantu :D
    .-= Rara´s last blog ..Felt : Names and minnie mouse =-.

    [Reply]

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge