Aku macam sedikit terlambat untuk join mengamuk hal team klik-klik Nuffnang. Tapi aku rasa tak salah kalau aku nak tumpang mengamuk sama sebab aku baru free untuk update blog ni.
Megat, topotato, kak jie dan beberapa orang blogger lain dah pon kasi gegar team budak-budak berhingus ni. Ikutkan dia orang dah pon lenyap ditelan dek gelombang makian. Terus hilang blog-blog team klik-klik dan rangers tersebut. Apa yang buat aku tergerak nak buat entry ni juga sebab aku terjumpa blog-blog mereka yang mengamalkan amalan “mari beramal dengan klik-klik”.
Yang aku tak tahan siap marah orang yang tegur dia orang ni. Cakap yang menegur ni dengki la, melayu yang tak suka tengok orang lain senang la, apa la. Punya la menyirap. Ni yang rasa nak emo ni. Hahaha. Hey budak berhingus, mari aku sekolahkan kau sikit!
Aku ni join Nuffnang sejak awal-awal penubuhan lagi. Kalau tak silap aku sekitar tahun 2007. Tapi sehingga sekarang, baru dua kali je aku dapat payment. Itu pon jumlah cukup-cukup untuk cashout. Ya, sikit je pendapatan aku. Tapi tak bermakna aku dengki dengan kau yang dapat banyak dengan cara yang HARAM! Aku masih boleh hidup seperti biasa dan tenang. Aku tak sanggup telan duit haram! Lagi pun aku tak faham sangat apa itu SEO dan SERP. Aku cuba belajar dan buat. Tapi tak berjaya, tak ada pulak aku nak join team klik-klik tu.
Kalau ikutkan, aku ada domain dan hosting sejak 2003. Masa tu blog sangat-sangat baru. Belum ada demam blog. Malah ada yang cakap blog ni perempuan je minat. Lelaki minat berblog, gay! Itu masa tahun 2003 la. Dan terus terang aku tak pernah pakai blogspot. Aku cuba install satu persatu blog engine kat hosting aku. Macam-macam aku dah cuba. Sampailah tahun 2006 aku jumpa wordpress. Masa tu wordpress baru sangat diperkenalkan. Kau cuba kira dari tahun 2006 sampai 2009. Berapa banyak belanja aku dah keluar untuk domain dan hosting? Bukan sikit-sikit. Tapi aku tak heran kalau tak dapat buat duit online. Kenapa? Sebab tujuan aku ada domain dan hosting untuk belajar PHP! Terus terang aku katakan aku tak pernah belajar PHP dalam kelas secara formal. Tapi dengan sebab hosting dan domain yang aku keluarkan belanja dulu, dah beri pulangan pada aku. Macam mana? Aku sekarang bekerja sebagai Software Engineer dalam team PHP. Dan pendapatan aku sama banyak dengan lulusan ijazah walau aku cuma ada diploma! Aku bukan nak riak, tapi aku nak tunjuk yang pulangan aku lebih berbaloi dari pendapatan klik-klik kau tu!
Kau pulak ramai yang pakai blogspot dan blog platform yang free. Tak ada keluar sesen pon! Bukan aku nak menghina atau merendeh-rendahkan taraf blog yang free ni, tapi kau nak kecoh tak dapat duit nuffnang macam kau nak kena bayar server harga beribu-ribu!
Sekarang kita tukar perspektif. Mari kita letak diri kita dalam kasut para pengiklan (put ourself in advertiser shoes). Cuba bayangkan yang kau adalah seorang peniaga yang mahu iklankan produk baru kau. Kau nak orang kenal produk kau dan nak mereka cuba produk kau semestinya kan? Cuba kau fikir kalau team klik-klik ni main klik pada iklan kau. Duit kau keluar berkoyan-koyan, tapi produk kau lansung tak jalan. Rasa-rasa kau marah tak? Ada tak harapan perniagaan kau rugi? Silap-silap bankrap terus! Bila jadi macam ni, kau nak iklankan produk kau dengan nuffnang lagi ke? Aku pasti kau akan cerita pada kawan-kawan peniaga yang lain supaya jangan iklan kat nuffnang. Lalu apa yang jadi? Nuffnang pon melingkup! Lepas tu kau nak klik iklan siapa lagi?
Mungkin kau boleh cakap “Aku peduli apa nuffnang bankrap? bukan syarikat aku pun”. Tapi kalau kau letakkan diri kau ditempat mereka, mungkin kau akan faham! Tuhan bagi otak dan akal untuk berfikir secara waras. Bukan untuk mencari kesenangan tanpa keredhaan Dia!
Sebenarnya aku pernah terfikir untuk iklankan produk aku di nuffnang bila projek-projek aku di lancarkan. Kalau terus kes klik-klik ni jadi, baik aku iklan dengan agensi luar. Lebih berbaloi pulangan dia.
Nasihat akhir aku, kau tak payah buang masa dengan klik-klik tu. Apa kata kau yang guna blogspot tu belajar CSS dan design. Mantapkan skill CSS tu. Yang pakai wordpress self-hosted pon sama. Malah yang pakai WP boleh belajar PHP. Boleh cuba-cuba buat plugin dan sebagainya. Lepas tu buat freelance. Yang tahu CSS kat Malaysia ni memang ramai. Tapi yang hebat dan betul-betul minat tak ramai. Kalau kau boleh menonjolkan hasil kerja kau, tak mustahil pendapatan freelance kau jejak 5 angka sebulan. Lebih banyak dari duit haram kau klik-klik tu! Faham?!
Dah, kelas dah habes. Boleh bersurai sekarang.
December 3rd, 2009
Mr Kay Em Why
Posted in
Tags:
Setelah beberapa ketika aku berfikir, aku mengambil keputusan untuk tidak update mengenai perkembangan Tuduhan Liwat terhadap DSAI. Aku mengambil keputusan untuk tunggu dan lihat. InsyaAllah, aku akan update perkembangan kes tersebut bila masa sesuai. Aku simpan dulu info-info yang aku dapat kumpulkan beberapa jam lepas. Kita balik ke landasan asal. Mari bercerita bagaimana jana pendapatan melalui blog terutama dengan Nuffnang.









