Archive for the Abstrak Kehidupan Category

Sudah masuk hari ke 15 untuk bulan Oktober. Bermakna sudah 15 hari juga kita berada di bulan Syawal. Memang blog aku seperti tidak beraya tahun ini. Aku terlalu sibuk dengan urusan peribadi yang terlalu mengganggu fikiran sejak sebelum bulan Ramadhan lagi. Di tambah dengan kerja yang boleh tahan banyak, cukup membuatkan aku tidak mempunyai selera untuk update blog.

Cukup mukadimah. Biar terus kepada isi…

Selamat Hari Raya
Selamat Hari Raya pada semua pengunjung blog ni dan rakan-rakan baru dan lama. 10 jari aku susun mohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Terima kasih kepada Chika, Yonna dan Kakak Diane yang telah mengarahkan Encik Posmen menghantar kad raya kepada aku. Tahun ni tidak berada mood menghantar kad. Tahun depan insyaAllah.

Mohon Maaf
Sempena hari raya ni, biasalah bermaaf-maafan kan? Aku sedar sejak blog ni wujud (2005), aku rasa ramai yang berkecil hati dengan penulisan aku. Err, bukan setakat berkecil hati tapi sakit hati, marah, terhina. Aku tau aku terlalu emosi. Sebelum ramadhan aku ada baca archive blog ni dan jumpa beberapa entry yang sebenarnya aku dah tak ingat kewujudannya dan cerita sebenar yang berlaku. Mana yang aku rasa melampau, dah pun aku remove. Tak baik terus jadi tatapan umum.

Aku mohon maaf kepada sesiapa yang aku telah sakitkan, kecilkan hatinya dengan penulisan aku di blog ini. Sejuta kemaafan aku pohonkan kepada yang aku pernah hina diblog ini secara direct atau indirect. Aku dah betul-betul lupa apa yang pernah terjadi. Memori aku ni sikit je. Dan aku telah maafkan semua salah orang pada aku. Banyak yang aku dah tak ingat pun. Jadi buat apa aku nak terus berdendamkan?

Note 1 : Minta maaf banyak-banyak buat NanieMK. Orang nak minta maaf secara berdepan tetapi ada sedikit rasa janggal. So i think this is the best way.

Note 2 : Minta maaf banyak-banyak buat Miss Kay. I hope you can stop blame me. Kalau you tak buat semua tu, benda ni takkan jadi sampai macam ni. Kita sama-sama salah. Jangan ulangi kesilapan tu lagi lepas ni. Take care and good luck!

Hari ini tiada carutan lagi. Cukup-cukuplah tu. Haha. Tapi semalam aku rasa malang sangat. Aih.

1. Aku dapat sms dari Celcom yang jumlah penggunaan aku dah melebihi had kredit. Sangat terkejut dengan jumlah penggunaan. Err, aku sudah jangka sebenarnya. Tapi jumlah itu lebih dari jangkaan aku. Aku menepuk dahi. Menyesal menaikkan had kredit beberapa bulan lepas. Lantas aku terus turunkan semula had kredit. Dan pagi ini telefon aku sudah kena barred! Nah, padan muka kau! Erghh!

2. Secara tiba-tiba sangat banyak laporan bug yang masuk. Beberapa minit sekali 4-5 helai kertas laporan masuk. Tak menang tangan. Rupa-rupanya client buat STRESS TEST pada system. Stress Test ni berjaya menimbulkan stress pada kami, para developer.. aih..

3. Balik kerja pukul 11.30 malam. Akibat letih, aku memecut untuk sampai ke rumah awal (alasan! memang aku suka pecut! haha). Dan akhirnya aku di tahan di satu sekatan jalan raya di hadapan Muzium Negara. Cis! Puas aku merayu pada pak Polisi itu. Tapi kesannya tidak seperti yang aku harapkan. Dem!

Worker Dead at Desk For Five Days

Keratan akhbar ni aku dapat dari seorang kawan aku melalui e-mail. Masa mula-mula aku baca, aku tak tau nak terkejut atau tak. Mungkin ada la sedikit terkejut. Tapi aku terasa lebih kesian pada si mati. Seorang pekerja yang sangat rajin dan workaholic, tapi tak ada rakan sekerja mahu pun superior yang sedar bahawa pekerja ni dah tak bernyawa. Err, tidakkah itu kejam? Seorang pekerja yang rajin, pasti sentiasa menjana keuntungan pada syarikat dan poket bos, tapi tidak dapat perhatian tentang kondisi-nya oleh pihak yang sepatutnya. Sungguh tidak adil.

Selain moral of the story yang tertulis dalam keratan (Don`t work too hard. Nobody notices anyway.), apa lagi pengajaran yang dapat diambil dari kisah benar ni? Mari aku senaraikan mengikut pendapat aku.

-Tak perlu susah-susah kerja? Err.. itu alasan orang malas. Lain-lah kalau kau seorang peniaga atau Pro-blogger.
-Jadi seorang yang happy-go-lucky dan sentiasa menceriakan suasana pejabat. Jika kau tiba-tiba senyap, pasti terasa janggal dan orang akan sedar “kehilangan” kau.
-Bekerja berpada-pada. Dapatkan rehat yang cukup. Tahukah kau bahawa mereka yang bekerja lebih dari waktu yang sepatutnya (kalau tak silap aku 8 jam sehari) merupakan seorang yang tidak produktif dan kerja-kerja yang dibuat biasanya tak berkualiti?  (Err, tolong jangan sama-kan dengan kes aku. Aku diarahkan bekerja lewat. Bolehkah aku membantah?)

Aku sudah kehilangan idea. Kau ada? Jom kongsi!

P/s: Aku MUNGKIN akan update kisah percutian di Krabi. Aku cuba cari masa untuk update. Tapi aku tak janjilah. Haha.

StressBulan ni adalah bulan stress aku. Kawan -kawan aku juga ramai yang stress. Ell cakap bulan ni baru berapa hari, takkan dah stress. Tapi itulah hakikatnya.

Beberapa hari lepas aku diberitahu yang aku tidak dibenarkan membuat apa-apa perancangan untuk malam merdeka dan hari merdeka. System Architect kata ada parti di client site. Ketua Projek aku pula kata ada parti buih. Tak logiklah bukan parti buih di HQ sebuah bank terkemuka di Malaysia. Haha. Aku sedikit kecewa kerana aku baru nak buat perancangan untuk hari tersebut. Esoknya baru aku diberitahu bahawa 29 Ogos sehingga 1 September aku kena kerja. Ya, kerja. Proses pemindahan projek dari server development ke server live (internet) akan dilakukan pada tempoh tersebut.

Sebelum tu aku memang tahu UAT dijadualkan pada 11 Ogos sehingga 22 Ogos. Bermakna projek mesti disiapkan sebelum 11 Ogos dan tidak ada kerja-kerja development boleh dilakukan semasa UAT. Masih banyak yang belum siap sebenarnya. Ada bahagian yang baru dapat pengesahan dari client untuk development. Serangga (bug) juga masih banyak bersarang. Aku dan seorang lagi developer akan bercuti dari 3 Ogos hingga 6 Ogos.

Hah! Cuti disaat-saat akhir. Kami akan ke Krabi, Thailand untuk percutian yang ditaja oleh Syarikat. Syarikat dah buat perancangan dan beli tiket sejak bulan Mei. Jadi, tidak ada pilihan lain selain meneruskan saja percutian tersebut. Tapi balik saja dari bercuti, kami mungkin kena kerja pada hari minggu dan tidak mustahil sehingga lewat malam. Ergh!~

Dalam tempoh kesibukkan aku ni, mungkin blog ni akan terbiar bersawang. Tapi aku akan cuba sedaya upaya aku untuk update. Aku cuba ok?