Minggu lepas, 3-4 hari aku tak dapat nak on Yahoo Messenger. Agak resah gelisahh jugalah aku dibuatnya. Rasa macam terputus hubungan. Sebenarnya aku gunakan Sistem Operasi (OS) Ubuntu Linux. Yahoo pula tak ada develop YM untuk Linux. Jadi aku gunakan application Pidgin IM.
Apa tu Pidgin IM? Pidgin ni adalah aplikasi komputer untuk on hampir semua jenis Instant Messenger yang ada. Boleh online AIM, ICQ, Google Talk, Jabber/XMPP, MSN Messenger, Yahoo! Messenger, Bonjour, Gadu-Gadu, IRC, Novell GroupWise Messenger, QQ, Lotus Sametime, SILC, SIMPLE, MySpaceIM dan Zephyr serentak guna satu aplikasi je. Senang. Tak sesak desktop. Pidgin ni boleh install di Linux dan juga Windows. Untuk Ubuntu, pidgin ni dah siap pre-loaded.
Tapi sejak guna pidgin dan ubuntu, dah beberapa kali aku ada masalah tak boleh nak connect ke YM. Sebelum-sebelum ni bila ada masalah, aku search kat google, dapat la cara untuk mengatasi masalah tersebut. Semua masalah berkaitan dengan url server chat YM. Baru aku tau pidgin rupanya simpan url tersebut bukan secara dynamic. Jadi, bila Yahoo menukar url server chat YM, pidgin tak tukar secara automatik dan url yang ada sudah tidak boleh digunakan lagi.
Berbalik kepada masalah aku tak boleh connect ke YM munggunakan Pidgin minggu lepas, aku cuba cari penyelesaian di google. Lansung tak ada jumpa. Aku cuba update pidgin menggunakan Update Manager Ubuntu. Pidgin datang pre-loaded dalam Ubuntu, jadi aku fikir mesti setiap kali ada release baru untuk Pidgin mesti masuk ke Update Manager Ubuntu. Tapi tak ada apa-apa perubahan lepas aku update. Masih tak boleh connect.
Aku cuba masuk ke laman web pidgin untuk mencari jalan penyelesaian. Baru aku jumpa jawapannya.
Ubuntu ships Pidgin but does not update it after a release (except for security issues and high-severity bugs). For those users who desire new releases of Pidgin, we have packaged Pidgin in a PPA. If you encounter problems with these packages, try building from source and report the bug.
Barulah aku tau. Ubuntu hanya membawa Pidgin kepada pengguna tapi tidak mengemaskini Pidgin sekiranya ada realease dari pidgin kecuali untuk isu keselamatan dan masalah aplikasi yang kritikal. Bagi pengguna yang mahukan update terkini dari pidgin, boleh dapatkan dari PPA (Personal Packages Archive) yang di sediakan oleh pihak Pidgin. Jadi, bagi pengguna Ubuntu yang sering menghadapi masalah untuk connect ke YM, MSN atau mana-mana IM menggunakan pidgin, boleh set PPA dalam senarai Update Manager Ubuntu. Ikut langkah-langkah berikut (taipkan di terminal).
sudo apt-key adv –recv-keys –keyserver keyserver.ubuntu.com \ 67265eb522bdd6b1c69e66ed7fb8bee0a1f196a8
dan
echo deb http://ppa.launchpad.net/pidgin-developers/ppa/ubuntu \ `lsb_release –short –codename` main | \
sudo tee /etc/apt/sources.list.d/pidgin-ppa.list
Kemudian, buka Update Manager dan periksa jika ada release baru dari Pidgin. Jika ada, pilih update tersebut dan tekan butang Update. Mudah je kan? Lepas set PPA ni, Pidgin anda akan sentiasa menggunakan release terbaru dari Pidgin (kalau Update setiap kali dapat notis dari Update Manager Ubuntu).
Roslan says
wah complicated tul menatang nih..name pun u buntu..u mesti buntu cari penyelesaian.. (kih3)..huhu aku pki digsby jer kalo nak on mcm2…twitter ym fb chat n so on la yg ade atas tu bleh..yg mane pemes2…sekian..
.-= Roslan´s last blog ..Blog Aku Do Follow, Blog Anda Bagaimana? =-.
magsob says
wah..pandai plak ko cari solution dia..aku pon dah lama tak pakai pidgin neh..tapi senanglah pasal pidgin boleh letak dalam thumdrive,,gi mane2 pc pon takdek YM bleh pakai pidgin..
imran says
Susah-susah guna YM biasa sahaja. Lagipun messenger yang lain seperti skype jarang guna 😀
luth textile says
kalau aku tak mendeejay lah, aku nak sgt guna ubuntu ni.. oleh sbb tak dpt support software yg aku guna utk dj tu, aku terpaksa pakai xp utk karier aku..
ubuntu best,, laju
.-= luth textile´s last blog ..Setia dalam bercinta? =-.
Pisyek says
aku dari dlu lagi x lepas nk login ym tru pidgin…
last2 da putus asa dah.. lyn gtalk lg best.. haha…
.-= Pisyek´s last blog ..Bagaimana Pisyek mencegah plagiat? =-.
Mr Kay Em Why says
hahaha. buntu gak la kadang2. maklumlah, belum biasa sgt. baru setaun pakai. oh, lupa plak, pidgin ni pon boleh on twitter. tapi aku tak buat. rasa lain macam. haha.
Mr Kay Em Why says
tak tahan beb tak dapat online YM. rasa mcm ada benda tak lengkap. erm. yg bawak dalam pendrive tu installer ke appsnya?
Mr Kay Em Why says
hehe. ikut hati mmg nak pakai YM biasa je. tak payah bersusah payah. tp YM tak develop untuk platform linux. so, nak tak nak terpaksa pakai pidgin gak.
Mr Kay Em Why says
takde lagi ke software untuk menDJ dalam ubuntu? cuba ko carik2. Aku pon dah lama tak menDJ. ari tu igt nak apply gak mana2 radio online. tp pk2 takde masa lak. kalau aku beriya nak menDJ balik meesti aku cari sampai dpt software yg compatible dgn ubuntu. huhu
Mr Kay Em Why says
pakai ubuntu ke? buat mcm yg aku terangkan kat dalam entry tu. insyaAllah boleh. 2 step je pon. Tapi kalau bukan ubuntu, jangan tanya aku, aku tak tau. hehehe
x-po says
aku still xphm, apa la yg bestnya ubuntu dgn linux?
Pisyek says
aku dah nk beralih… xnk gune ubuntu dah…
nk try backtrack pulak…
hahaha…
.-= Pisyek´s last blog ..Pisyek benci plagiat. Anda suka plagiat? =-.
Muhammad Tarmizi bin Kamaruddin says
1. Bahaya! Jangan guna Pidgin! Pidgin mempunyai satu isu besar yang berkaitan dengan kebersendirian dan kerahsiaan (dalam bahasa Inggeris juga dikenali sebagai privacy). Pidgin simpan kata laluan (password) dalam fail yang berformatkan cleartext. Dengan kata lain, kalau guna Pidgin, kata laluan akan disimpan dalam format yang tidak disulitkan (not encrypted). Oleh itu, kata laluan tersebut boleh dibaca sesuka hati dengan hanya menggunakan Notepad. Berikan sahaja mana-mana komputer yang guna Pidgin, sekejap itu jugak kita boleh tahu apa dia kata laluan yang digunakan oleh pemilik komputer tersebut.
Pihak Pidgin mempunyai pendapat yang tersendiri berkaitan kontroversi tersebut, sila rujuk penerangan daripada pencipta Pidgin http://developer.pidgin.im/wiki/PlainTextPasswords
Oleh itu, jangan guna Pidgin…
P/S: Kalau ikut falsafah yang digunakan oleh pencipta Pidgin tersebut, nampak gayanya sampai bila-bila pun diorang takkan sulitkan (encrypt) kata laluan tersebut…
2. Dia guna Pidgin portable kot… http://portableapps.com/apps/internet/pidgin_portable
Tetapi bukan untuk Ubuntu, untuk PC.
P/S: Pernah cuba guna sekali dengan Wine (software)?
http://en.wikipedia.org/wiki/Wine_%28software%29
.-= Muhammad Tarmizi bin Kamaruddin´s last blog .. =-.