Apa sebenarnya terjadi pada isteri ku dan Jr kami?

Ramai yang respon pada 2 tweet aku tentang berita sedih yang kami terima. Terima kasih aku ucapkan. Terharu ada kawan-kawan seperti ini. Walau ramai yang aku tak pernah jumpa, tapi respon seperti telah kenal lama. Aku rasa, elok aku ceritakan apa sebenarnya yang berlaku dengan lebih jelas di sini. Twitter terlalu terhad sehingga terasa dunia amat sempit. Bercerita di blog lebih semesta luasnya.

Mengikut kiraan doktor, minggu ni masuk minggu ke 10 usia kandungan isteri aku. Jadi sabtu lepas kami pergi buat 1st checkup. Pergi klinik panel syarikat isteri aku. Bila doktor buat ultrasound, saiz kandungan terlalu kecil. Doktor tu anggarkan sekitar 6 minggu (ikut pengalaman dia). Jadi doktor kata ada yang tak kena pada kandungan. Kami di nasihatkan untuk berjumpa dengan Pakar Sakit Puan dan buat ultrasound dengan mesin dan peralatan yang lebih canggih dan tepat.

Kami terlalu sedih untuk menerima hakikat tersebut. Apatah lagi dalam keadaan kewangan kami ni, memang sesak utk keluarkan jumlah wang yang banyak untuk berjumpa dengan pakar. Jadi kami ambil keputusan untuk pergi ke klinik panel lain untuk mendapatkan pendapat kedua. Di klinik kedua, doktor membuat anggaran umur kandungan (berdasarkan kiraan oleh mesin ultrasound) adalah pada minggu ke 7 dan bentuk kandungan kelihatan tidak normal. Sekali lagi, kami di nasihatkan untuk berjumpa dengan pakar.

Setelah beberapa kali cuba membuat temujanji dengan Pakar Sakit Puan, akhirnya kami dapat berjumpa dengan Pakar Sakit Puan sebuah pusat perubatan swasta di PJ pagi tadi. Pada mulanya, doktor membuat ultrasound normal (seperti sebelum-sebelum ini) dan disahkan bahawa bentuk kandungan adalah normal dan tidak mempunyai masalah. Doktor buat keputusan untuk buat ultrasound dengan memasukkan alat ke dalam saluran peranakan. Lebih tepat dan terperinci katanya. Dan selepas dibuat ultrasound tersebut, tiada heartbeat yang kelihatan (kandungan akan mula ada heartbeat pada minggu ke 6). Doktor sahkan isteri aku misabortion (misabortion adalah situasi dimana kandungan dikatakan tidak hidup dan membesar, dan kekal didalam rahim – tidak keluar darah seperti keguguran).

Kami mengambil keputusan untuk membuang dan mencuci rahim di Hospital Serdang memandangkan kos yang terlampau tinggi di hospital swasta (katanya hampir sama dengan kos bersalin). Di Hospital Serdang, doktor melakukan ultrasound sekali lagi dan kiraan dari mesin ultrasound dan pengalaman doktor, kandungan isteri aku baru berusia 5 minggu. Tiada heartbeat boleh di kesan sebelum minggu ke 6. Jadi doktor menasihatkan kami untuk tunggu lagi 2 minggu sebelum buat ultrasound sekali lagi bagi menentukan misabortion benar-benar berlaku atau tidak.

Apa yang di nasihatkan oleh doktor di Hospital Serdang, sedikit sebanyak melegakan hati kami. Sekurang-kurangnya kami masih punya sinar harapan. Aku minta ihsan kawan-kawan semua untuk mendoakan kandungan kami selamat dan terus hidup untuk melihat dunia yang fana ni.

UPDATE TERKINI : Sila baca Nama perempuan : Kekeliruan timbul dari tweet kontroversi

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

  1. says

    sabar banyak2 abang.. saya doakan semua baik2 belaka.. ada rezeki tak kemana..
    Post terkini dari nurull ..sleepyzzzZZZ

    nurull Reply:

    maksudnye.. kalau ade rezeki.. baby tu selamat insyaAllah.. kalau bukan rezeki kali ni.. akan datang insyaAllah.. masih ade lagi..
    Post terkini dari nurull ..sleepyzzzZZZ

  2. says

    berita baik tu bro. apa pun yg bakal terjadi harap ko dan isteri dpt terima dengan tabah. aku dan keluarga doakan yg terbaik ye :)

    pengalaman suka duka bapa dan ibu sentiasa ada… bila teringat kes-kes bayi dibuang, dibunuh… aku rasa sedih sgt :(
    Post terkini dari zaryl ..Along- tunggu adik ye…

  3. says

    Salam Mr & Mrs Kay.

    Betul semua tindakan yg dibuat…dapatkan pengesahan pihak ketiga keempat jika alami masalah seperti ini.

    Macam tu juga apa yang Kak Jie buat waktu mengandung dulu yang juga ada beberapa masalah. Harapan tak akan putus untuk orang yang berdoa…. kuasa Allah diluar jangkaan kita.

    Pernah alami 2 kali ‘kehilangan’ sebelum ada Along dan Intan. Sabar adalah ayat yang biasa tetapi itulah ubatnya.
    Post terkini dari Kujie ..Janganlah Merajuk…Bukanku Tak Sayang!

  4. laili says

    Salam,saudara

    Harap dpt bersabar dan bsedia dgn segala kemungkinan,sy ada pengalaman yg mirip saudara,sgt mirip.kejadian berlaku pd tahun lepas…sy dpt tau yg saya hamil pd usia kandungan 4 minggu,2kali pegi scan size janin mbesar,tp pd usia 10 minggu doc mdapati janin bhenti mbesar dan sizenya pd waktu itu bsamaan dgn 7 minggu,pd minggu ke 4-5 sy mendapati adanya pendarahan(drh bwarna coklat) tp dlm kuantiti yg sedikit,sy rujuj pd doc dan doc memaklumkan situasi bkenaan adalah threaten abortion,sy di beri ubat penguat rahim dan keadaan pulih utk 2 minggi,tetapi pd minggu ke 10 didapati kandungan x mbesar spt yg sepatutnya,di pendekkan cerita sy keguguran pd minggu ke 10 tsebut,selepas semua langkah berjaga2,jd sy anggap masih belum tiba masa kami utk menimang cahaya mata,walaupun setelah 3 tahun menanti…di harap saudara sekeluarga tabah menghadapi cubaan ini…Salam

  5. says

    Salam kay,
    baru berkesempatan baca catatan hang. mintak maaf lambat singgah. aku dulu dengan wife aku pon ade jugak masalah macam ni. tapi syukur tak sampai pihak ke tiga dan ke empat. sebab bila dekat PPUM, bila tadek heartbid atau kitaran haid tak normal, dia akan buat imaging scanning. aku pon cuak jugak masa tu, sebab doktor suspect baby tak gerak. aku macam nak nanges dah.

    ape kata aku sarankan hang cube plak kat ppum. sebab fasility dia kira ok la.. walaupon dia tak mesra suami. perbanyakkan doa ye kay. kami sekeluarga doakan kesejahteraan keluarga hang. insyaallah ada rezeki. jangan putus-putus doa. tapi jangan terlampau mengharap kay, ini rezeki tuhan bagi.

    mungkin dia tak bagi masa ni. tapi di simpan untuk masa akan datang. insyaallah. kuatkan semangat ye.
    Post terkini dari Kreuger ..Sekali lagi kita bertemu dalam rancangan “Ketuk-ketuk blog AzmanIshak”

  6. says

    Semoga selepas ni, ko tabah walau ape pon keputusan k…

    Aku doakan semoga semuanya selamat..Aminnn

    Rezeki…rezeki..insyallah…
    Post terkini dari Bear ..Raya Melaka

  7. says

    Ya Allah, sorry Kay, I baru tahu.
    I pun turut sama macam yang lainnya mendoakan keselamatan dan kesejahteraan ke atas you dan Munira. Semoga Allah mempermudahkan segalanya.

    Bersabar dengan dugaan ni ye.
    InsyaAllah, semoga semuanya baik-baik.

    Ya Allah, permudahkan lah urusan mereka
    dan jika sulit yang Engkau mahu, biarlah kesulitan itu makin mendekatkan mereka berdua dengan-Mu
    Amin.. InsyaAllah.
    Post terkini dari seri lyana si permaisuri ..101010

Trackbacks