Aku dan Orange 4 Kay

Sejak kebelakangan ni, banyak pula blog yang membincangkan soal kata ganti diri di blog. Ada yang kata pengunaan “aku” sebagai kata ganti nama di blog agak kasar. Dan ramai yang nampaknya memilih untuk beralih menggunakan “saya” yang lebih nampak sopan. Rasanya, aku akan tetap terus menggunakan kata ganti diri “aku” dalam blog ini. Aku ada alasan yang tersendiri.

Dari awal berblog beberapa tahun lepas, aku memang membahasakan diri aku dengan kata ganti diri “aku”. Tak pernah bertukar dan tak pernah terfikir untuk bertukar. Pada aku, secara peribadi, bila aku sudah rasa rapat dengan seseorang, aku akan gunakan kata ganti diri “aku” dan “kau”. Bila gunakkan kata ganti diri yang lain seperti “saya”, “awak”, “I” dan “you” serasa seperti ada jurang antara aku dengan orang tu. Kalau ada perbezaan umur dan pangkat (kakak, abang, pakcik, makcik dan sebagainya), memang aku terasa seperti ada jurang yang terbina dan aku akan bahasakan diri aku dengan “saya”.

Bila aku berblog, aku terasa seperti bercerita dengan teman rapat. Tiada jurang dan pemisah, walau aku tahu ada antara pembaca blog aku lebih tua dari aku, lebih tinggi pangkatnya. Tapi bila menulis, aku anggap semua adalah teman rapat yang sudi mendengar cerita dan luahan pendapat aku. Jika ada yang merasakan seperti aku kasar dalam penulisan aku, aku mohon ampun dan maaf. Tapi itu adalah cara aku. Benarkan aku menulis dengan cara aku sendiri.

Mengenai apa yang aku tulis dalam blog ini pula, semuanya adalah pendapat aku semata-mata. Blog menjadi medium utama aku dalam meluahkan pendapat aku kepada dunia. Aku sedar, kebelakangan ni, entry yang aku tuliskan mengandungi point yang berterabur dan tak teratur sehingga ada yang tersalah faham. Terus terang aku katakan yang aku tidak membuat proses saringan dan editing. Biasanya aku tulis dan terus publish. Almaklumlah. Aku tidak banyak masa untuk berblog sebenarnya. Tapi aku masih ingin menulis dan meluahkan pendapat aku di blog ini.

Seperti entry Wang Hantaran – Kesian tunang aku, dari awal aku telah terfikir untuk mencari dan memasukkan hadis-hadis dan dalil menguatkan pendapat aku. Tapi kerana kengkangan masa, aku terlupa semua itu. Aku akan cuba memperbaiki cara aku menulis di blog ini lepas ini. Dan aku akan pastikan tag line blog ini, “Bukan Omongan Kosong” sentiasa tercapai.

Aku jarang dapat komen tentang gaya penulisan aku dan blog ni dari segi susun atur dan penampilan. Kalau ada yang sudi berikan pendapat, aku teringin nak mendengar/membacanya. :-)

P/s : Kontest Tulis & Menang masih berjalan. Siapa yang belum join tu, tak teringin ke nak mencuba? ;-)

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

  1. says

    kat cisdel.com guna “aku”

    hohoho kalau kat topotato.com aku selalu guna “aku” kadang2 “gua” hohoho

    kat nazrien.com gunakan “penulis” hahaha tu pon jarang2.. memang jarang letak kata ganti diri kat blog tu..
    .-= topo´s last blog ..Kereta Polis yang Cool dari Seluruh Dunia =-.

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    ko ada konflik identiti ke? hahaha. tak rasa pelik ke lain tempat lain cara? mmg nampak mcm ada konflik. haha

    [Reply]

  2. says

    Saya guna saya dalam blog saya sebab saya rasa saya lebih sesuai dengan umur saya.
    Saya juga rasa, ganti nama aku lebih bebas dan pembaca mudah rasa dekat, tapi ganti nama saya lebih nampak matang dan terjaga.
    Kalau time remaja dulu saya sudah ada blog, rasanya saya akan guna aku. Tapi sekarang ni, takkan nak rasa muda sangat lak kan?
    .-= hadjie´s last blog ..Kupu-Kupu Malam Renta Bernasib Kelam =-.

    [Reply]

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge