Erti Hidup Pada Memberi

Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima

Pinjam sekejap tagline blog saifulislam milik Ustaz Hasrizal untuk entry aku kali ini. Ini saja tajuk yang aku rasakan sesuai untuk entry ini. Kau orang faham maksud “Erti hidup pada memberi”? Err, tak. Aku bukan nak terangkan atau bincang mengenai maksud kata-kata tu. Sekadar tanya je sebab aku rasa apa yang aku cuba untuk sampaikan dalam entry ni ada berkaitan dengan kata-kata tu.

Aku mula mempunyai hosting sendiri sejak tahun 2003. Tujuan aku ketika itu hanya satu. Ingin belajar PHP dan mendalami ilmu-ilmu web. Masa tu aku lansung tak tahu tentang apache yang boleh di install di komputer sendiri dan belajar PHP menggunakan localhost. Almaklumlah, masa tu trend berblog baru nak mula. Masa tu nak dapatkan sedikit ilmu pon susah. Selalu di layan seperti anjing kurap yang meminta makanan. Tak macam sekarang ni, kau search saja di google, pasti jumpa tutorial untuk sesuatu perkara yang kau tak tahun. Dari yang mudah sampai lah ke perkara yang sukar.

Apabila WordPress muncul sekitar tahun 2006, aku terasa nak berkongsi keindahannya dengan beberapa orang rakan. Aku beri sedikit ruang dari hosting aku dan subdomain pada mereka. Jauh dalam hati aku berharap mereka akan belajar perkara-perkara baru seperti FTP, basic php dan perkara-perkara yang berkaitan.

Ada juga rakan yang ingin membuat eksperimen berkaitan website. Ada yang ingin mencuba Joomla dan apa saja. Aku berikan juga sedikit ruang dan subdomain. Semoga mereka lebih mudah belajar apa yang mereka mahu. Pada aku, aku tak mahu mereka lalui apa yang aku pernah lalui.

Sekarang, aku masih meneruskan apa yang aku lakukan sejak lebih kurang 8 tahun yang lalu. Masih memberi ruang hosting pada yang memerlukan dan masih terus berharap mereka belajar. Kalau ilmu yang mereka dapat tu di ajar pada orang lain lebih baik. Moga-moga aku ada sahamnya, paling tidak pon sedikit.

Aku lebih suka memberi pada mereka yang betul-betul memerlukan. Sebab mereka akan lebih berusaha dari mereka yang sekadar menginginkan. Aku tidak pernah marah kalau orang tanya soalan-soalan yg berjela-jela. Tak ada soalan yang aku anggap soalan bodoh. Semua soalan yang ditanya untuk menambah ilmu dan menjadi lebih pandai. Cuma aku tidak suka sesetengah manusia yang aku ajar dari A sampai Z dan berkali-kali, tapi tetap salah buat. Kerana apa? Hati mereka tidak dibuka untuk menerima ilmu. Itu yang aku kata jenis yang menginginkan dan bukan memerlukan.

Kebelakangan ini, ada saja yang menerima bantuan aku cuba untuk membalas apa yang aku beri. Aku kurang senang. Aku memberi bukan untuk meminta apa-apa balasan. Aku lebih selesa berpegang pada prinsip “hari ini hari kau, esok lusa mana tahu hari aku”. Hidup saling bantu membantu. Bukankah itu yang sepatutnya? Tak perlulah bersusah payah untuk membalas mahupun mencanang di mana-mana. Esok-esok kalau aku susah, baru la tolong aku ye. ;-)

Sumber gambar : http://www.chopra.com

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

  1. says

    ayat last tu adalah sangat menusuk hati. memang pengakuan jujur ni HAHAHHA. tapi takpa.

    kita cakap di ym nnt haha
    .-= yonna´s last blog ..18 February =-.

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    erm. mintak sorry kalau ada terasa hati. tak terniat lansung. =.=”

    [Reply]

  2. says

    I dah lama tak canang nama u kat blog I. Bukan maksudnya I lupa, tapi cukup lah sekadar i tahu u banyak berjasa kat blog I.
    Highly appreciated…!

    Ilmu ditimba memang untuk disebar. Kerana tiada istilah ilmu ditimba hanya untuk diri sendiri sahaja”

    hello kay…!! hahaha
    .-= queenlyana to mr kay´s last blog ..Menghapus silamku =-.

    [Reply]

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge