Oh, Kenapa kaki ku?

Kaki aku dah mula sakit sejak minggu lepas. 30 Dis lagi dah sakit. Bangun pagi 31 Dis tu rasa sakit sangat. Jalan pun mula tak betul. Bengkak semacam je. Lepas kena bebel dengan wife aku, aku pun dengan paksa rela pergi ke klinik dekat Kinrara.

Doktor tu dok tekan-tekan kaki aku lepas tu terkejut. Aku pun tak paham sangat kenapa dia terkejut. Dia dok tanya aku ada masalah jantung atau apa-apa dalaman. Aku cakap tak ada. Dia periksa tekanan darah aku. Alhamdulillah, tekanan darah aku normal. Pertama kali aku dengar doktor cakap tekanan darah aku normal sejak kejadian aku menggelunsur masuk bawah kereta beberapa tahun lepas. Haha!

Doktor tu cakap kemungkinan gout. Tapi tak ada sebut nak suruh test darah untuk confirmkan gout atau tidak. Dia bagi ubat gout yang cukup untuk 2-3 hari je. Hari ahad aku rasa ok sikit kaki aku. So aku teruskan perancangan untuk #sembanglebat2010.

Hari selasa, kaki aku mula sakit balik. Aku tahan je macam biasa. Hari rabu kaki aku mula bengkak balik. Bangun pagi Khamis, kaki aku bengkak gila. Nak bangun pun susah. Isteri aku dah bersiap-siap nak pegi kerja pon tak jadi nak pergi kerja. Tengah hari baru aku rasa kurang sikit. Kena paksa pergi klinik. Aku pergi klinik yang aku pergi minggu lepas. Masuk-masuk doktor bising sebab dia cakap kalau gout, dah nak baik takkan kena lagi. Dia dah siap-siap tulis surat untuk pergi hospital. Aku dah terkedu. Haha.

Wife aku tanya nak pergi hospital ke tak. Aku cakap tak kesah kalau masuk wad kalau nurse-nurse yang ada tu cun-cun belaka. Tapi tak nak jarum cucuk-cucuk tu semua. Haha. Wife aku buat keputusan untuk pergi satu lagi klinik kat Kelana Jaya untuk dapatkan pendapat kedua. Doktor kat klinik yang di Kelana Jaya tu wife aku lebih percaya sebab wife aku dah selalu pergi ke situ setiap kali dia sakit masa bujang.

Doktor tu kata mungkin tulang kaki aku retak sebab bengkak bukan kat sendi tapi bengkak seluruh kaki. Doktor tu siap kondem doktor yang klinik mula-mula aku pergi sebab bagi dos sikit sangat untuk ubat gout. Dia bagi surat rujukan ke Kelana Jaya Medical Center untuk x-ray kaki aku.

Pagi tadi aku pergi x-ray dan terus bawa keputusan x-ray ke klinik tersebut. Doktor cakap tak ada masalah lansung pada tulang. Masa dia dok berfikir apa masalah dengan kaki aku, aku pi tanya confirm ke bukan gout? Dia terus kata nak ambil darah aku untuk ujian gout. Terus aku menggigil. Aku takut jarum woo! Teruk aku kena perli dengan doktor dan pembantu dia. Haha. Akhirnya berjaya juga doktor ambil darah aku. Penuh satu tabung uji tu. Haru betul. Haha. Doktor suruh aku berehat dan makan ubat yang dia bagi. Kalau Isnin masih teruk dan confirm bukan gout, dia akan rujuk pada pakar ortopediks (betul ke eja ni?). Fuh! Hospital…

Minta-minta kaki aku akan pulih seperti sedia kala. Amin..

P/s : Bila kaki dah sakit ni, baru sedar kepentingan kaki.

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

  1. mohd yazid abu bakar says

    Assalamualaikum,

    Saya nak bagi pandangan sikit. Mungkin boleh cuba makan cuka kurma. Ini makanan sunnah. Ada pendapat kata kalau dijadikan amalan elok untuk gout. wallahualam… cubalah…murah je rm 15 call saya yazid 0122306637

    [Reply]

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge