Lawak Geek – Upgrade

upgrade

@tekong pernah post lawak “Dialog programmer dan isterinya“. Bagi aku, seorang programmer yang berkahwin juga dengan programmer, perbualan tu mungkin kurang tepat. Haha. Semalam berlaku 2 perbualan yang sangat geek dan terserlah sifat programmernya. Memang boleh gelak besar kalau dengar perbualan ni. Tapi aku tak tau la kalau kau orang rasa tak lawak. Mungkin kena asah ke-geek-an kau orang dulu baru boleh baca balik entry ni kot. Haha.

Perbualan 1 – Suami Isteri

Suami : Si polan ni kahwin berapa? Dekat berita online ni sebut macam ada ramai pula bini dia.
Isteri : Kahwin 5.
Suami : Fuh! Abang nak kahwin 10 la kalau macam tu.
Isteri : Tak boleh. Kuota abang tak cukup. Kuota abang cuma ada 1 je.
Suami : Tak apa. Abang pergi upgrade sekarang.
Isteri : Tak boleh.
Suami : Dah approve pun. Bayar pakai paypal. :p
Isteri : :|

Perbualan 2 – Rakan sekerja

Programmer 1 : Cepat ah. Nanti kawan aku marah kalau lambat.
Programmer 2 : Kawan ke? Bukan girlfriend?
Programmer 1 : Mana ada.
Programmer 2 : Boleh upgrade kot.
Programmer 1 : Tak nak lah.
Programmer 2 : Dia ada trial version. Boleh cuba dulu. Kalau puas hati baru upgrade. Kalau tak, transfer pada orang lain.
Programmer 1 : ~!@#$%^&*()))___+

Perbualan-perbualan di atas tidaklah 100% sama. Ada yang di alih bahasa dan di olah sedikit. Tapi masih cuba di kekalkan inti pati perbualannya.

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

  1. says

    Wakaka…!!
    Lain kali kalau nak carik awek, cari yang ada trial version..
    Cari bini yang ada option mute.. he he
    .-= Nazz´s last blog ..Budak Tak Cukup Akal =-.

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    hahaha. aku tak galakkan macam tu yek :p
    cari bini yg ada option mute tak best. nnt hidup tak berseri. kadang2 kena bising seronok gak :p

    [Reply]

  2. siluman jerung says

    macam celake kan~sampai nk pecah perut aku bace lawak nieyh~walaupown aku bkn GEEK,tp aku kawan ngan ramai GEEKERS~so sedikit terpaham la akan ayat2 ini~keep it up~aku nk tgk update lain plak~wahaha~

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge