Orange 4 Kay

Bukan Omongan Kosong

| Ambil DuitKu | LoveBaby.MY | Apesal.com |

Real Time Web Analytics

Creative Commons License
Orange 4 Kay by Mr Kay is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

Powered by AIMedia

Bantuan Kemanusiaan Di Perlukan

January 9, 2010 by Mr Kay Em Why 13 Comments

cari_sharlinie

Hari ini, 9 Januari 2010. Genap 2 tahun adik Sharlinie hilang dan sampai sekarang masih tidak dijumpai. Tiada sebarang khabar berita mengenai adik sharlinie. Apa khabar agaknya dia? Masihkah bernafas atau tidak? Jika masih bernafas, di manakah dia berteduh? Jika tidak, di mana jasadnya? Di mana kuburnya? Jika masih hidup, semoga Allah mempertemukan adik Sharlinie dengan keluarganya. Jika tidak, semoga jasadnya dipelihara Allah dan rohnya dicucuri rahmat. Amin.

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=

Rakan Blogger mohon bantuan!

Tengah hari tadi aku baca entry khas di blog azmanishak.com. Aku terkedu. Aku minta maaf pada Megat kerana aku sangkakan dia sedang pulih dari masalah yang di hadapi selama bertahun-tahun. Tidak aku sangka ada lagi masalah di hadapi oleh rakan blogger yang telah lama aku kenal ini.

Sedih, pilu dan hiba. Itulah perasaan aku ketika membaca entry terbaru di Megat.net. Ligat otak aku berfikir bagaimana aku boleh bantu. Namun selepas berkira-kira, aku tidak dapat membantu dari segi kewangan untuk bulan ini. Aku agak tersepit bulan ni. Apetah lagi aku juga kesakitan sejak kira-kira seminggu lalu.

Apa yang aku mampu buat untuk masa sekarang, hanya menyebarkan berita ini di sini dan memohon rakan-rakan pembaca yang berkemampuan untuk menghulurkan bantuan pada saudara kita ini. Bagi anda yang ingin menghulurkan bantuan, boleh di salurkan kepada :

Akaun CIMB.
Faisal Amirul Othman.
0123 0015 4575 21.

Aku doakan semoga saudara Megat dan keluarga terus tabah menghadapi dugaan yang turunkan oleh Allah. Sesungguhnya setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Sentiasa ingat bahawa Allah tidak akan menurunkan ujian kepada hamba-Nya yang tidak mampu menanggung ujian tersebut. Maafkan aku kerana hanya ini yang aku mampu buat untuk masa ini.

Edit (tambahan)
Seorang blogger telah menganjurkan Kempen “Blogger – We Care!“. Letakkan ribbon “Blogger – We Care” di blog anda sekarang. RM 1 akan di sumbangkan kepada en. Megat untuk setiap blog yang diletakkan ribbon ini. Maklumat lanjut sila ke blog en. Hydir.

Filed Under: Abstrak Kehidupan Tagged With: blogger - we care, di mana sharlinie, kediaman kos rendah, keikhlasan, megat, mencari rumah sewa, musim persekolahan, simpati, sumbangan ikhlas, Tiada tempat tinggal, ujian dalam kehidupan

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

  1. z@ck says

    January 9, 2010 at 10:39 pm

    kenapa dgn megat?
    .-= z@ck´s last blog ..Follow me back =-.

  2. hazman aka species1980 says

    January 9, 2010 at 11:15 pm

    Saya baru je lepas baca citer kat blog bro megat tue… memang simpati… sama2x la tolong apa yang termampu….

  3. aman says

    January 10, 2010 at 12:15 am

    sama-sama kita bantu yang termampu.
    .-= aman´s last blog ..myMetro Perkenalkan Halaman Profail Dan Fungsi Komen =-.

  4. Mr Kay Em Why says

    January 10, 2010 at 12:17 am

    maafkan aku kalau entry ni tak berapa jelas. Boleh baca entry megat di http://megat.net/tangisan-aku-isteri-dan-anak-anak.html

  5. Mr Kay Em Why says

    January 10, 2010 at 12:18 am

    ya aman. kita tolong mana yang termampu. hari ni hari megat, esok lusa mana tau hari kita pulak.

  6. hydir says

    January 10, 2010 at 9:55 am

    Salam,
    Jom join kempen Blogger We Care dan setiap penyertaan menyumbang RM1 kpd en. megat
    .-= hydir´s last blog ..[Khas] Ribbon khas untuk blogger semua – Blogger, We Care =-.

  7. Mr Kay Em Why says

    January 10, 2010 at 11:41 am

    saya dah letakkan di sidebar. terima kasih 🙂

  8. menteil says

    January 10, 2010 at 2:36 pm

    erm… aku akan menolong semana yang mampu..

  9. Mr Kay Em Why says

    January 10, 2010 at 4:56 pm

    kita bantu mana yang mampu. bantu seikhlas hati. hari ni hari dia, mana tau esok lusa hari kita.

  10. Mr Kay Em Why says

    January 10, 2010 at 4:56 pm

    alhamdulillah =)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *