Flymas.mobi – as easy as 1, 2, 3!

Beberapa hari lepas aku terpandang iklan di surat khabar The Star. Iklan Malaysia Airlines System atau MAS tentang perkhidmatan terbaru mereka, “flymas.mobi”. Aku agak teruja. MAS mengambil langkah bijak. Teringat aku kisah bulan Julai lepas.

Julai 2009, aku dan keluarga berpeluang ke Sabah. Pergi dan balik menaiki MAS. Untuk penerbangan pergi, aku sempatlah buat “Online Check-in“. Bukan apa, penerbangan seawal 7 pagi. Takut-takut terlambat pula. Lagi pun ada printer, senang nak print Pas Berlepas. Untuk penerbangan balik ke semenanjung, aku terfikir untuk buat Online Check-in lagi sekali. Tapi sayangnya tak tau mana nak cari tempat nak print. Masa tu keluarga aku tunggu kawan ayah aku untuk hantar ke airport. Aku cuba untuk check-in menggunakan telefon bimbit tapi cuba bayangkan bertapa beratnya website MAS untuk di load oleh telefon bimbit biasa (yang bukan dikhususkan untuk internet). Setelah beberapa kali cubaan untuk membuka website MAS di telefon bimbit aku gagal, baru aku terfikir “kat mana aku nak print Pas Berlepas?”. Terus saja aku batalkan niat aku dan berharap kami sempat sampai di airport untuk check-in dalam tempoh masa yang ditetapkan.

flymas-english flymas-malay

Untuk mengakses perkhidmatan “Flymas.mobi” ni mudah saja, cuma taip flymas.mobi pada browser telefon bimbit anda. Perkhidmatan “Flymas.mobi” di sediakan dalam 2 bahasa, iaitu bahasa Inggeris (default) dan Bahasa Malaysia. Antara menu utama “Flymas.mobi” adalah :

  • Tempah Penerbangan (Book Flight) – Anda boleh menempah tiket penerbangan dengan harga murah yang ditawarkan. Anda juga boleh membayar menggunakan kad kredit. Apa yang lebih cool, anda boleh berkongsi itinerary anda dengan rakan-rakan di social media! Cool bukan?!
  • Tempahan Saya (My Booking) – Dengan hanya satu klik menggunakan telefon yang berteknologi tinggi (seperti telefon yang menggunakan Android, Blackberry dan iPhone) anda boleh memilih tempat duduk yang anda suka didalam penerbangan dan akan menghubungkan anda dengan Pas Berlepas Mobile (Mobile Boarding Pass). Wow! Inilah yang aku paling suka!features
  • Daftar Masuk (Check In)Sekarang kita semua dah tak perlukan printer untuk print pas berlepas! Kurangkan penggunaan kertas dengan hanya menunjukkan Pas Berlepas didalam telefon bimbit anda yang dilengkapi dengan 2D Barcode ketika mendaftar masuk! Memang berteknologi tinggi.
  • Status Penerbangan (Flight Status) – Ini adalah kemudahan Informasi Status Penerbangan secara real-time (real-time flight information status facility).
  • Jadual Penerbangan (Timetable) – Periksa jadual terkini ketibaan dan perlepasan penerbangan. Anda juga boleh terus menempah penerbangan dari jadual penerbangan dengan butir-butir penerbangan sedia terisi!
  • Hubungi Kami (Contacts) – Berhubung dengan mana-mana pejabat urusan MAS di seluruh dunia dan dapatkan penunjuk arah ke pejabat berkenaan secara mudah dengan Google Maps!
  • Pengesan Bagasi (Baggage Tracer) – Jika anda ada kehilangan barang semasa penerbangan, anda boleh memeriksa status barang berkenaan secara mudah dari mana-mana pelusuk dunia dengan menggunakan telefon bimbit anda!
  • Tawaran (Deals and Offers) – Periksa tawaran hebat walau dimana anda berada dan berjimat dengan Promosi Ekslusif pengguna “flymas.mobi” dan juga Promosi Harian.

flymas-bm-tawaran

Memang semua menu yang ada mempunyai ciri-ciri yang sangat-sangat COOL! Pelancaran perkhidmatan “flymas.mobi” ni memang tepat pada masanya dan sangat berguna untuk internet addict dan pengguna internet on-the-go seperti aku. Haha. Oh ya, terima kasih kepada MAS kerana menyediakan URL yang sangat ringkas dan mudah di ingat. Cuba bayangkan jika MAS mengikut trend terkini dengan hanya menggunakan domain website mereka dan hanya menambah subdomain untuk mobile (contoh mobile.malaysiaairlines.com atau m.malaysiaairlines.com). Memang letih nak menaip di telefon bimbit! Haha!

img_promo img_promo_elf

Sempena pelancaran perkhidmatan “Flymas.mobi”, Malaysia Airlines System bermurah hati untuk memberi pelanggan terawal mereka telefon iPhone 3G. Satu berita menarik bagi mereka yang mengidamkan iPhone dan juga pelanggan tetap MAS. Keterangan lanjut mengenai promosi ini anda boleh dapatkan di MHmobile.

P/s : MH is more than an airline code, MH is Malaysian Hospitality (MH bukan sekadar kod penerbangan, MH melambangkan hopitaliti kita).

Screenshot diambil menggunakan HTC Hero.
Sumber gambar promosi dan features : MHmobile

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge