Aku macam sedikit terlambat untuk join mengamuk hal team klik-klik Nuffnang. Tapi aku rasa tak salah kalau aku nak tumpang mengamuk sama sebab aku baru free untuk update blog ni.
Megat, topotato, kak jie dan beberapa orang blogger lain dah pon kasi gegar team budak-budak berhingus ni. Ikutkan dia orang dah pon lenyap ditelan dek gelombang makian. Terus hilang blog-blog team klik-klik dan rangers tersebut. Apa yang buat aku tergerak nak buat entry ni juga sebab aku terjumpa blog-blog mereka yang mengamalkan amalan “mari beramal dengan klik-klik”.
Yang aku tak tahan siap marah orang yang tegur dia orang ni. Cakap yang menegur ni dengki la, melayu yang tak suka tengok orang lain senang la, apa la. Punya la menyirap. Ni yang rasa nak emo ni. Hahaha. Hey budak berhingus, mari aku sekolahkan kau sikit!
Aku ni join Nuffnang sejak awal-awal penubuhan lagi. Kalau tak silap aku sekitar tahun 2007. Tapi sehingga sekarang, baru dua kali je aku dapat payment. Itu pon jumlah cukup-cukup untuk cashout. Ya, sikit je pendapatan aku. Tapi tak bermakna aku dengki dengan kau yang dapat banyak dengan cara yang HARAM! Aku masih boleh hidup seperti biasa dan tenang. Aku tak sanggup telan duit haram! Lagi pun aku tak faham sangat apa itu SEO dan SERP. Aku cuba belajar dan buat. Tapi tak berjaya, tak ada pulak aku nak join team klik-klik tu.
Kalau ikutkan, aku ada domain dan hosting sejak 2003. Masa tu blog sangat-sangat baru. Belum ada demam blog. Malah ada yang cakap blog ni perempuan je minat. Lelaki minat berblog, gay! Itu masa tahun 2003 la. Dan terus terang aku tak pernah pakai blogspot. Aku cuba install satu persatu blog engine kat hosting aku. Macam-macam aku dah cuba. Sampailah tahun 2006 aku jumpa wordpress. Masa tu wordpress baru sangat diperkenalkan. Kau cuba kira dari tahun 2006 sampai 2009. Berapa banyak belanja aku dah keluar untuk domain dan hosting? Bukan sikit-sikit. Tapi aku tak heran kalau tak dapat buat duit online. Kenapa? Sebab tujuan aku ada domain dan hosting untuk belajar PHP! Terus terang aku katakan aku tak pernah belajar PHP dalam kelas secara formal. Tapi dengan sebab hosting dan domain yang aku keluarkan belanja dulu, dah beri pulangan pada aku. Macam mana? Aku sekarang bekerja sebagai Software Engineer dalam team PHP. Dan pendapatan aku sama banyak dengan lulusan ijazah walau aku cuma ada diploma! Aku bukan nak riak, tapi aku nak tunjuk yang pulangan aku lebih berbaloi dari pendapatan klik-klik kau tu!
Kau pulak ramai yang pakai blogspot dan blog platform yang free. Tak ada keluar sesen pon! Bukan aku nak menghina atau merendeh-rendahkan taraf blog yang free ni, tapi kau nak kecoh tak dapat duit nuffnang macam kau nak kena bayar server harga beribu-ribu!
Sekarang kita tukar perspektif. Mari kita letak diri kita dalam kasut para pengiklan (put ourself in advertiser shoes). Cuba bayangkan yang kau adalah seorang peniaga yang mahu iklankan produk baru kau. Kau nak orang kenal produk kau dan nak mereka cuba produk kau semestinya kan? Cuba kau fikir kalau team klik-klik ni main klik pada iklan kau. Duit kau keluar berkoyan-koyan, tapi produk kau lansung tak jalan. Rasa-rasa kau marah tak? Ada tak harapan perniagaan kau rugi? Silap-silap bankrap terus! Bila jadi macam ni, kau nak iklankan produk kau dengan nuffnang lagi ke? Aku pasti kau akan cerita pada kawan-kawan peniaga yang lain supaya jangan iklan kat nuffnang. Lalu apa yang jadi? Nuffnang pon melingkup! Lepas tu kau nak klik iklan siapa lagi?
Mungkin kau boleh cakap “Aku peduli apa nuffnang bankrap? bukan syarikat aku pun”. Tapi kalau kau letakkan diri kau ditempat mereka, mungkin kau akan faham! Tuhan bagi otak dan akal untuk berfikir secara waras. Bukan untuk mencari kesenangan tanpa keredhaan Dia!
Sebenarnya aku pernah terfikir untuk iklankan produk aku di nuffnang bila projek-projek aku di lancarkan. Kalau terus kes klik-klik ni jadi, baik aku iklan dengan agensi luar. Lebih berbaloi pulangan dia.
Nasihat akhir aku, kau tak payah buang masa dengan klik-klik tu. Apa kata kau yang guna blogspot tu belajar CSS dan design. Mantapkan skill CSS tu. Yang pakai wordpress self-hosted pon sama. Malah yang pakai WP boleh belajar PHP. Boleh cuba-cuba buat plugin dan sebagainya. Lepas tu buat freelance. Yang tahu CSS kat Malaysia ni memang ramai. Tapi yang hebat dan betul-betul minat tak ramai. Kalau kau boleh menonjolkan hasil kerja kau, tak mustahil pendapatan freelance kau jejak 5 angka sebulan. Lebih banyak dari duit haram kau klik-klik tu! Faham?!
Dah, kelas dah habes. Boleh bersurai sekarang.
megat says
ingat dah abis kawan-kawan amuk, rupanya ada yang tertinggal. ni mesti power rangers oren (he3)
kat sini ada penambahan poin apabila sentuh tentang bagaimana perasaan pengiklan. cubalah kita fikir sama-sama, mungkin akan datang kita juga perlu guna pengiklan seperti nuffnang kan?
aku dah tak mahu komen apa-apa sebab dah puas dan mereka pun dah sedar. mungkin ianya boleh dijadikan iktibar.
Mr Kay Em Why says
power rangers oren selalu lambat, tertinggal dan terkial2.. haha.. aku dah lama fikir nak jadi pengiklan.. cuma produk dan duit je tak ada.. sebab tu aku sentiasa fikir apa yang dia orang rasa..
ramai lagi yang belum sedar lagi megat.. cuba ko blog hop.. confirm ada jumpa mereka yang tegar.. masih tak sedar diri.. itu yang aku dok mengamuk.. haha
Kujie says
Bab lama kena fahamlah Megat…skrg ni dia ada bantal peluk interaktif :p
Bab masuk dlm kasuk pengiklan tu best…harap2 adik-adik yang berlajar akaun kat sekolah tu boleh guna pakai ilmu mereka dalam dunia blog.
p/s – uwek..uwekk…apasal ni….stokin tak bsuh seminggu!
Mr Kay Em Why says
bantal peluk interaktif? wahahaha..
macam2 la kak jie ni.. hehehe
Sham Hardy says
aku tak pernah masukkan iklan dalam blog aku, tapi tau la pasal perkembangan dunia ‘make money from ads blogging’.
satu soalan timbul, diorg (nuffnang) takde nak do something ke about click fraud? Google dah implement dalam Adsense nya.
hurmmmmm..
lagi satu, team klik mengklik ni sounds like one of dumb thing people do on the internet. teringin jugak aku nak tau berapa diorg dapat sekali cek.. bole tak dapat beat one time project aku of the month.. 😀
anot says
rm50 je utk bloggers yg tongong2 cam kami ni..
Mr Kay Em Why says
dulu (dulu-dulu la) nuffnang claim system dia boleh detect fraud click.. tapi aku tak tau la sekarang macam mana.. mungkin ada yang tak dikira la klik nya.. apa yang aku tak puas ati, orang yang mintak di click.. sepatutnya kena ban terus!
aku pasti, takkan boleh lawan punya! macam langit dengan bumi. confirm!
Mr Kay Em Why says
itu pon nak tunggu dekat setahun baru dapat kan? aih..
julietANNA says
herm tak tahu pulak benda ni tak betul so anna ikut jelah sebab still baru pakai nuff.
orang datang click and soh click2 dorang balik,anna pun click jelah.adeh =.=’ dah2 taknak buat dah lepas ni.
lantaklah orang cakap sombong or apa.tu pun still ada kat blog anna yang datang click.dorg tak tahu kot?
epool86 says
aku sorg jer la tak pernah try nuffnang ni rupanya haha.. dulu masa kt ukm aku guna adsense jer, time tu web tgh top dpt 2 3 ribu sebulan.. smpai ambik hosting semi-dedicated rm500/month. but seriously, i never ask people to click my ads.
tp tu time dulu2 lah, skrg ni takde dah, dah bz keje, web pun tak terurus huhu.. hosting pun dah ambik shared hosting jer haha.
atreyu strange says
Wah. Terkilan sebentar bile bercakap tentang bloggers yg host on blogspot. Huhu.
Aku tak kisah dgn mereka2 (slalunya newbie dlm dunia blogging) yang keluar masuk blog org meninggalkan komen, tapi aku mmg rase xleh blah if at the end of their comments, diorang letak “p.s. I clicked on your ad. Click mine back yeah! Thanks!”
Otai2 takde plak buat macam nih. Mungkin newbies tak paham dunia perniagaan kot? Yang mampu aku lakukan – geleng kepala je. Tak sangka plak dah jadi isu panas skang. Huhu.
Ok, I clicked on your ad. Click mine back yeah! Thanks! Gagagaga!!~
Mr Kay Em Why says
Bukan maksud aku nak mengutuk atau merendahkan mereka yang pakai blogspot. tapi aku tengok dia orang yang main klik-klik ni mcm desperate nak duit macam la kena bayar hosting dengan domain. orang yang pakai hosting dengan domain sendiri pon takde desperate macam tu sekali..
isu ni dah jadi suam2 kuku sebab dah anggap selesai.. hope tak ada lagi lepas ni..
ok, pesanan tu tak boleh blah.. haha
Atieshu says
I’m new blogger.
Walaupun saya menggunakan blog platform yang free, saya sangat2 menyokong entry ini dan entry salah seorang blogger yang disertakan namanya dalam entry ni.
Berinformasi.
Agak kurang gemar sikap blogger yang macam tu.
Thanks for your info.
Have a nice day. 🙂
P/s : Dahsyat jugak blogger lama sekolahkan orang ye. 😀
yonna says
KENAPALAH POMPUAN GILA IKLA TU TAK MASUK SINI?????
MAI NAK SEKOLAHKAN DIA PULAK!!!
yonna says
*IKLAN
Mr Kay Em Why says
haha. ini bukan tujuan utk merendahkan pengguna platform yang free. cuma penekanan pada tujuan mencari duit dgn blog yang nampak terlampau desperate. =)
p/s : marah punya pasal, semua benda pon terkeluar.. haha
Aimee Termizi says
Kau memang betul-betul basuh aku babe!
Itu dulu, tapi tak ada lah dulu sangat, HAH!
Tapi aku tak pernah tulis kat situ,
“Click lah sini”
“Meh klik sini, nanti saya klik awak”
“Plez click”
Aku cuma pernah terlibat dalam kegiatan yang pendek akal ni.
Sudah-sudah lah. Insaf aku.
.-= Aimee Termizi´s last blog ..Bahana Najis Tikus =-.
Mr Kay Em Why says
Hahaha. Entry ni dah lama la sayang oi. Dah lama orang tembak, awak baru terasa sakit. Kalau dah insaf baguslah. tak guna buat kerja2 macam ni. tak berkat. Insafkan yang lain ye 😉
Anarm says
ade jugak yg masuk blog aku, klik2 nuff aku (tak tau diorang klik betol ke tak) pastu suruh aku klik die balik.. takde masa aku nak gi klik balik.. nak masuk blog die tu 1 hal, lama nak mampos loading.. org gile duit iklan kan.. penuh kat sidebar semua iklan die nak taruk.. nuff die taruk.. advert die taruk.. sengal~
.-= Anarm´s last blog ..Buang Widgeo.. Elakkan benda tak perlu di blog =-.
myfr3ak says
Apa kata kau yang guna blogspot tu belajar CSS dan design. Mantapkan skill CSS tu.
Setuju benar! Selalu aku buat-buat tak nampak ja orang dok jerit-jerit, klik2. Setakat singgah balik + komen kat shoutbox. Settle! Hahaha.
Terus terang aku katakan aku tak pernah belajar PHP dalam kelas secara formal.
Ijazah dari jalanan lagi banyak pengalaman =D
.-= myfr3ak´s last blog ..Fort Cornwallis, Padang Kota Lama, Penang =-.
Almy says
Betul,Aku pon sokong.. Hidup tak faham terma dan syarat budak-budak camtu, aku ni naik rimas bila ada blog2 yang tinggalkan jejak, “dah click, dtg la click2 saya balik”.. Takut free2 ja aku yang kena banned, bukan dya yang kena banned.. Hmmm…