Macam biasa, entry aku biasa ditulis dengan keadaan terlewat. Sudah sebulan lebih aku bergelar suami, baru la aku ada kesempatan nak tulis entry “Terima Kasih” ni.
Aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada semua kawan-kawan yang banyak wish aku sempena perkahwinan aku sebulan lepas. Banyak sangat ucapan. Dekat twitter, Facebook, YM, SMS dan merata-ratalah. Terima kasih banyak. Aku tak sempat nak reply satu sebab banyak sangat. Terima kasih juga pada QueenLyana, Yonna dan Megat yang siap buat entry khas ucapan selamat pengantin baru. Megat siap letak nama penuh aku lagi tu. Haha. Kalau ada sesiapa yang buat entry khas, tapi aku tak perasan, aku minta maaf. Mungkin boleh tinggalkan komen kat sini dengan link sekali dan aku akan update entry ni. 🙂
17 Oktober 2009, majlis resepsi di Seremban. Terima kasih pada kawan baik wife aku, Fareeza & Didie. Sentiasa menemani wife aku dari hari pernikahan sampai la waktu menuju ke dewan untuk majlis. Kalau 2 orang ni tak ada, agak susah gak la kita orang. Tak pasal-pasal pulak pengantin kena drive sendiri pergi majlis. Haha.
Ada juga kawan-kawan aku yang datang ke majlis di Seremban. Tapi tak ramai. Special case. Hehe. Thanks banyak-banyak pada Sham Hardy dan wife, kawan-kawan APL (hanya kita saja yang tau. Haha), Sob dan husband (Selamat Pengantin Baru!) dan err.. itu je kot? Ada yang aku terlupa ke?
Seminggu lepas tu, 25 Oktober 2009, Majlis resepsi di Segamat pula. Sangat-sangat teruja dan berterima kasih pada Pakatan Khariah Taman aku sebab menolong dari semua segi untuk persiapan dan perjalanan majlis. Boleh kata hampir SEMUA diuruskan oleh mereka.
Terima kasih pada kawan-kawan yang datang. Aku tak pasti siapa yang datang sebelum dan semasa aku bersanding. Apa yang aku ingat, Ikoko dan suami datang ke rumah bersanggah sebab nak jumpa aku. Terima kasih dan aku mintak maaf sangat-sangat sebab tak kenal dan tanya secara direct ya, ikoko. Yalah, tak pernah jumpa. Lebih-lebih lagi aku susah nak ingat muka orang. Hehe.
Masa aku bersanding, aku perasan beberapa orang kawan. Nashreq, Syaff (satu keluarga datang), Fadhli, Alif dan Azreena. Terima kasih banyak-banyak sebab datang. Sahabat aku pulak, Skipskool sampai lepas bersanding. Geng-geng Aflexian sampai masa aku tengah makan beradap. All the way from KL. Thanks a lot! Dan antara tetamu terakhir yang sampai tak lain si Syafrin, Anot dan Bell. Tahniah Anot sebab berjaya berpura-pura kecewa tidak dapat menjadi pengantin perempuan di depan mak aku sampai dia rasa bersalah. Sangat sengal lakonan mu. Oh ya, kalau tak silap aku ternampak 2 orang kawan sekolah aku, Mawar dan Huda datang masa aku tengah bersanding.
Terima kasih banyak-banyak kepada semua. Terima kasih kerana datang dan memeriahkan majlis aku. Terima kasih pada yang memberi ucapan yang berkoyan-koyan. Terima kasih banyak-banyak.
P/s : Kepada semua blogger yang letak button link ke blog ni, sila buang button tu. Just text link je. I`ll do something to put back all the link kat blog ni. Thanks!
P/p/s : Aku nak kurangkan hal peribadi di blog ni. Hal peribadi cerita saja di Kay@kronikus. 😉
yonna says
terima kasih sebab update blog 2 kali dalam sebulan HAHAHAHHAHA
oh ya.sorry tak dpt dtg ye bro.. tak merasa kek lappy tu ;p
tak sabar nak tgk gambar kahwin dr OP ni .. (jgn lupe OP tu ape) ngee
semoga kekal sampai akhir hayat 🙂
Roslan Nazri says
tahniah bro..1st komen kot..newlywed la ni ek..slmt berbulan madu lebah la yer..moge sampai ke anak cucu..bila nak timang anak agak2??huhu
Sham Hardy says
ama ama…
mawar says
uiks ?
ttbe ak jd famous jap …
nie la untung nya dtg tme pgantin nk berarak ..
bru nmpk sape dtg..
btw,… thanks kerol… ko ingt ak …
thousand congrats !
mge kkl hga hujung nyawa … jd suami n bapa yg soleh …
nti aku kwin ko kna dtg plak ! wjib … klo x, putus fren … hikhihkhikhiki …. kte kan jran ….
megat says
tiada apa yang boleh aku sediakan memandangkan keadaan aku yang tak mengizinkan untuk aku hadir undangan.
yalah apatah lagi segamat tu kampung aku (he3).
aku doakan semoga perkongsian hidup dan janji yang dimeterai berkekalan sehingga ke syurga. semoga cepat-cepat dapat rezeki dari hasil amanah untuk anak-anak (he3).
dirahmati sepanjang hayat kamu berdua dan dilimpahi selimpah-limpahnya rezeki 😉
chika says
Si syafrin tu, masa wedding aku pon, dia datang masa majlis dah habis. Masa aku dah buang mekap. Saja je nak tengok muka nude aku. HAHA
Aih. Teringat wedding aku. Ko datang dengan wife aku. Masa ko kawen, tak dapat plak aku datang T_____T Nantilah, ko buat potong jambul anak ko ke apa, ko jemput aku. HAHA
chika says
eh silap.
*kau datang dengan wife KAU*
Mr Kay Em Why says
actually kat blog-blog lain bro banyak gak update bulan ni. Pi la check :p
Mr Kay Em Why says
Thanks! anak? haha.. tengok rezeki la bro.. =)
Mr Kay Em Why says
sejak2 nak jadik bapak ni, dah mula blajar bahasa baby ek? pelat? :p
Mr Kay Em Why says
InsyaAllah, aku akan datang wedding ko nnt.. tapi persoalannya, BILA? :p
Mr Kay Em Why says
Amin.. thanks megat =)
Mr Kay Em Why says
dia mmg stok last-last.. masa wedding ko tu, kita orang tau dia dah nak sampai.. tapi masing-masing ada hal.. sebab tu tak dapat tunggu dia..
Mr Kay Em Why says
HAHAHAHA
NoktahHitam says
Biar lambat, jadi sampai. Tak kire la mesej ke, kereta ke, online shopping ke, barang dari amazon ke. Anyway, sebelum “terlambat” jugak, aku nak ucapkan selamat pengantin baru! Semoga rezeki anda melimpah ruah hendaknye.
Mr Kay Em Why says
intro giler panjang.. hahaha Amiinn.. thanks bro 😉