Archive for September, 2008

Aku perasan dari analytics, ramai yang masuk sini untuk mencari lagu raya. Tapi pasti mereka kecewa kerana lagu raya yang aku upload tahun lepas telah menjadi Deadlink. Aku minta bantuan rakan aku untuk uploadkan kembali lagu-lagu raya yang ada ke ziddu. Aku terlalu sibuk untuk update blog ini kebelakangan ini. Kau semua pon tahu kan? Jadi maafkan aku kerana terlewat menyediakan lagu-lagu tersebut sebagai juadah telinga kau-orang di bulan ramadhan ini. Kau boleh download mp3 tersebut di page Mp3 Raya atau kau klik sahaja pada tab diatas.

Chika ada suruh aku promote blog baru beliau. Tapi aku sudah terlewat nampaknya. Blog beliau makin tinggi hits dan orang berebut-rebut untuk mendapatkan komen nombor satu walaupun terpaksa bermain secara kotor. Oh ya, beliau sedang menjalankan Kempen Berbahasa Melayu dan Baku sepenuhnya di blog beliau. Apa lagi, pergilah kau peningkan kepala dengan entry-entry beliau. Hahaha. Blog beliau telah berpindah ke www.nurulism.com.

Hari ini tiada carutan lagi. Cukup-cukuplah tu. Haha. Tapi semalam aku rasa malang sangat. Aih.

1. Aku dapat sms dari Celcom yang jumlah penggunaan aku dah melebihi had kredit. Sangat terkejut dengan jumlah penggunaan. Err, aku sudah jangka sebenarnya. Tapi jumlah itu lebih dari jangkaan aku. Aku menepuk dahi. Menyesal menaikkan had kredit beberapa bulan lepas. Lantas aku terus turunkan semula had kredit. Dan pagi ini telefon aku sudah kena barred! Nah, padan muka kau! Erghh!

2. Secara tiba-tiba sangat banyak laporan bug yang masuk. Beberapa minit sekali 4-5 helai kertas laporan masuk. Tak menang tangan. Rupa-rupanya client buat STRESS TEST pada system. Stress Test ni berjaya menimbulkan stress pada kami, para developer.. aih..

3. Balik kerja pukul 11.30 malam. Akibat letih, aku memecut untuk sampai ke rumah awal (alasan! memang aku suka pecut! haha). Dan akhirnya aku di tahan di satu sekatan jalan raya di hadapan Muzium Negara. Cis! Puas aku merayu pada pak Polisi itu. Tapi kesannya tidak seperti yang aku harapkan. Dem!