Hati Menangis Tanpa Sendu

Akhir-akhir ini, ya, sejak ramadhan bermula, katil ku yang dulunya terasa tidak begitu selesa menjadi begitu empuk dan nyaman. Pantang saja badan aku dihempas ke katil tersebut dan kepala dialaskan dengan bantal. Pasti sukar untuk bangkit dan akhirnya tertidur berjam-jam lamanya. Begitu kuat seruan TnB bulan ramadhan ni. Ya, seruan Tilam ‘n’ Bantal. Lebih-lebih lagi bila terlalu banyak masalah yang datang menerpa dan meminta untuk akal bekerja kuat mencari penyelesaian. Badan lebih cepat terasa penat dan seruan TnB semakin kuat.

Sebut tentang masalah dalam kehidupan. Kebelakangan ini sering saja masalah datang melanda. Masalah-masalah yang datang aku sering anggap sebagai ujian. Tapi ujian yang datang kebelakangan ni sangat perit dan menyeksakan. Keputusan harus dibuat segera. Tetapi keputusan perlu dibuat dengan teliti. Satu keputusan yang bakal menentukan masa depan aku dan orang sekeliling aku!

Ya Allah, terasa amat berat ujian yang Kau turunkan kepada diriku ini. Seperti tak terdaya untuk aku menggalasnya. Tapi aku sedar, Kau tidak akan turunkan ujian kepada hamba-Mu jika hamba-mu itu tidak mampu menanggungnya.

Kali ini aku tidak terasa seperti nak menceritakan masalah aku pada sesiapa seperti yang aku biasa lakukan. Apa yang berlaku beberapa minggu lepas benar-benar mengajar aku. Untuk apa aku ceritakan masalah pada orang kalau orang tak faham apa yang aku rasa? Untuk apa aku ceritakan masalah aku pada orang kalau orang tidak mampu mengerti situasi aku? Untuk apa aku ceritakan kalau jalan penyelesaian yang dicadangankan lansung tidak ada dalam option yang aku boleh pilih? Dan lebih perit kalau respon yang diterima lebih ke arah membunuh semangat aku yang tinggal nyawa-nyawa ikan ini dan seterusnya membuatkan aku lebih lemah untuk berhadapan dengan masalah dan terasa seperti ingin menyelesaikan segala masalah dengan menghentikan kehidupan aku serta merta. Ya! Bunuh diri. Tapi aku masih lagi waras. Aku tahu itu dilarang keras dalam Islam.

Kerana kesedaran itu, aku masih disini. Didalam ruang berbentuk segi empat, duduk atas kerusi berhadapan dgn LCD LG kesayanganku ini. Dan terus memerah otak, cuba mencari penyelesaian bagi masalah ini. Terus mencari sambil hati menangis tanpa sendu kerana terasa begitu berat ujian ini.

Dalam otak bekerja mencari penyelesaian, dalam hati menangis tanpa sendu, emosi aku mudah terganggu. Aku tidak begitu jejak dibumi. Sedikit silapnya, pasti aku berada atas angin. Ya, aku mudah naik angin. Tapi aku cuba juga kawal. Supaya orang keliling tidak begitu terasa. Aku tahu sudah beberapa orang yang begitu terasa. Tapi percayalah, aku lebih terasa!

Kesian pada dia. Orang ckp, orang yang paling hampir, paling kita sayang, adalah orang yang paling mudah terkena tempias apa saja mood kita. Sebab itu aku kesian pada dia. Dia yang paling banyak terkena tempias setakat ini. Tidak mustahil jika dia melangkah pergi. Aku tidak akan menyalahkan dia sekiranya itu berlaku.

Ya Allah, Ya Fattah, Kau lah Yang Maha Pembuka. Kau bukakanlah jalan bagiku. Kau bukakanlah penyelesaian bagiku. Kau bukakanlah pilihan yang terbaik bagiku. Sesungguhnya amat berat ujian ini ya Allah. Aku tidak mampu untuk menyelesaikannya tanpa bantuan-Mu Ya Allah. Amin.

P/s : Tiket balik raya dah habis. Padan muka aku. Tapi kalau beraya kat melaka pon tak salahkan? Seronok tak beraya sorang-sorang? Ni la sebab aku mengimpikan sebuah kereta. aih :-<

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

  1. says

    oren, nape nangis nangis nih???sabarrrrr ehhhh…..nak keta? beli keta yg kecik tuh, siram hari2, nanti besarlah dia….leh bawak balik kg…..hehehehehehe

    [Reply]

  2. Mr. Kay Em Why says

    [quote comment="3185"]y nih?got prob?tell me..tell me[/quote]

    ko bz sgt la kakak.. takpe la..

    [quote comment="3186"]amboih.. sedapnyer ngata aku tak jawab tag.. :D[/quote]

    apo dari msjbox membawak ke komen lak ni? update blog pon tak, jawab ke tag kalo kene tag :p

    [quote comment="3187"]oren, nape nangis nangis nih???sabarrrrr ehhhh…..nak keta? beli keta yg kecik tuh, siram hari2, nanti besarlah dia….leh bawak balik kg…..hehehehehehe[/quote]

    sabar la ni… nangis dlm ati je…
    ampeh kak azra.. cam boleh je buat gitu.. kalo bleh org dah buat kat ferari shell tuh.. agagaga..

    [Reply]

  3. Fadhli says

    Takde masalah yg takleh selesai. Mesti ade jalan punye. Lgpun semua orang ade masalah, cuma jalan penyelesaian ikut cara masing-masing. Tapi jangan selesaikan masalah ikut cara2 sesetengah student MMU dgn menerjunkan diri huhu. 1 lg tak raya namanye kalo sorang2 sbb nak raya mesti dgn family .. paling tak pun dgn beberapa org.. nak taknak ko kene balik jugak huuhuh.

    [Reply]

  4. Mr. Kay Em Why says

    [quote comment="3189"]Takde masalah yg takleh selesai. Mesti ade jalan punye. Lgpun semua orang ade masalah, cuma jalan penyelesaian ikut cara masing-masing. Tapi jangan selesaikan masalah ikut cara2 sesetengah student MMU dgn menerjunkan diri huhu. 1 lg tak raya namanye kalo sorang2 sbb nak raya mesti dgn family .. paling tak pun dgn beberapa org.. nak taknak ko kene balik jugak huuhuh.[/quote]

    masalah yg aku lalui tak ramai yg org lain lalui..

    kalo sorg2 bukan beraya heh? ok la tuh.. aku ajak sujan ngan ali beraya ngan aku.. at least beraya gak kan? hahahaha

    [Reply]

  5. says

    Masalah. Memang akan ade. Setiap penjuru. Setiap sudut. Terpulang buat ko untuk cari jalan keluar. supaya tidak tersepit di antaranye.

    Ada satu lubang. Namanye sabar. Kalo ko terjun. Ko akan keluar dari kebelengguan. Insyallah. Pikir masak2 sebelum membuat keputusan.

    [Reply]

  6. says

    ahahaaha, aku takleh nk ckp apa…

    what does ppl know bout this life…? same question goes to me..
    wTf4rk la then. when i’m feel so numb & dumb. nothing can do.
    sometimes i h8 this life. all ppl around me… thanks to din..

    i’m still rasional, eventho i hide my feeling, i cried everyday..
    but what i can say here is… harapan tetap ada ~ insyaAllah..

    aku hanya tunggu masa, samada jawapan ku BAIK atau JAHAT.. its still me rite…
    i’m nobody … ekekekekeke …

    [Reply]

  7. Mr. Kay Em Why says

    [quote comment="3191"]Masalah. Memang akan ade. Setiap penjuru. Setiap sudut. Terpulang buat ko untuk cari jalan keluar. supaya tidak tersepit di antaranye.

    Ada satu lubang. Namanye sabar. Kalo ko terjun. Ko akan keluar dari kebelengguan. Insyallah. Pikir masak2 sebelum membuat keputusan.[/quote]

    thanks bard… thanks for ur advise :)
    aku dah lega sket skang ni..

    [quote comment="3192"]ahahaaha, aku takleh nk ckp apa…

    what does ppl know bout this life…? same question goes to me..
    wTf4rk la then. when i’m feel so numb & dumb. nothing can do.
    sometimes i h8 this life. all ppl around me… thanks to din..

    i’m still rasional, eventho i hide my feeling, i cried everyday..
    but what i can say here is… harapan tetap ada ~ insyaAllah..

    aku hanya tunggu masa, samada jawapan ku BAIK atau JAHAT.. its still me rite…
    i’m nobody … ekekekekeke …[/quote]

    thanks to din je? hahaha…

    [Reply]

  8. Mr. Kay Em Why says

    [quote comment="3205"]kalau xde masalah. x sronot laa hidup. *ayat kasi ko positif sket*[/quote]

    ayat yg aku slalu ckp kat orang.. haha.. tp masalah yg aku maksudkan dlm entry ni mmg sangat besar.. (bukan yg aku citer kat ko tadi).. tp alhamdulillah, aku dah nampak jalan penyelesaian…

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge