Archive for July, 2007

Tensi!

Nak sgt aku update? hehe. Ni update version super-quick punye… bukan sunquick ye. Ni la hasil lakaran aku akibat tekanan pada otak tahap 101 darjah celcius pada sepanjang minggu lepas. Ape cerita nye? aku tak mau cerita. Sekadar update dgn lakaran buruk aku ni. Ye, lakaran aku tidak secantik lakaran si senior yg dh grad dan mendapat kerja. Haha.

Sorry to all… Lepas sebulan lebih server kene hack baru blog aku dpt diperbetulkan… sgt tension dgn service yg diterima… Lantak la, janji aku dah dpt betulkan sendiri… Sebenarnye theme ni blom abes edit lagi… aku mmg tak brape ske tulis entry selagi theme tak abes edit… tp atas permintaan, aku update la jugak.. just a quick update… byk lagi keje lain dlm list aku utk diselesaikan ari ni.. today and tomorrow will be a long day for me… smlm pon agak penat dgn AGM.. nnt2 la aku cite ape yg jd dlm entry akan dtg (doa la supaya tak lambat update lagi.. hehe)

Macam-macam yang berlaku dalam hidup aku kebelakangan ini. Ya, terlalu banyak cabaran dan dugaan yang aku lalui. Seperti nash dan manusia lain yg sedang berkasih sayang, aku juga tak ketinggalan merasa turun naiknya satu2 perhubungan itu. Apa yg berlaku 2-3 hari lalu mengingatkan aku pada satu kisah…

Kisah yg aku sendiri tak igt mana aku pernah menonton, mendengar atau membaca cerita ini. Kisah seekor anjing dgn tuannya, seorg budak lelaki. Ada 2 versi. Tapi rasanya cukup aku ceritakan satu versi sahaja. Ini pon igt2 lupa ceritanya.

Ada seorg budak lelaki yg sgt suka pada anjing. Satu hari dia terjumpa dgn seekor anjing tak bertuan yg tengah berkeliaran. Dia ambil keputusan utk bela anjing tersebut. Tapi mak kepada budak ni tak suka membela haiwan. Budak lelaki ni pun bela anjing ni secara senyap2. Macam2 yg budak lelaki ni buat dgn anjing tu tiap2 hari. Dierang makin rapat. Satu hari, mak budak lelaki ni dapat tau yang budak lelaki ni bela anjing. Mak budak ni sangat marah dan panggil penangkap anjing liar (kalau tidak silap). Budak lelaki ni tahu, kalau anjingnya diserahkan kepada penangkap anjing liar, tentu anjing tersebut akan dibunuh. Kerana terlalu sayangkan anjing tu, dia bawa anjing tu ke tepi hutan berhampiran. Dia mengarahkan anjing tu pergi ke dalam hutan dan teruskan hidup sendiri. Tapi anjing ni terlalu sayangkan tuan dia dan tak mahu berpisah. Akhirnya budak ni mendapat satu akal. Dia menjerit “aku benci kamu. pergi kamu dari hidup aku”. Anjing tersebut sedih dan terus pergi. Budak tu hanya menggunakan alasan itu untuk pastikan anjing itu tidak mati sia2 ditangan penangkap anjing liar. Walhal dia sendiri terlalu sedih untuk melafazkan perkataan tu.

Kalau ikut dari cerita ni, aku sendiri pernah buat macam tu satu ketika dulu. Tapi bukan pada haiwan. Pada seorang manusia yg pernah aku sayang. Bagi aku ketika itu, aku tidak mampu untuk membalas seperti apa yg dia berikan pada aku. Dan aku rasa tidak mampu utk berikan apa yg dia mahu. Tapi dia tak mahu tinggalkan aku. Aku mula buat seperti tidak punya perasaan pada dia. Aku lakukannya dalam jangka masa beberapa bulan. Agak lama. Tapi akhirnya aku berjaya. Dia tinggalkan aku dan kini bahagia dgn org lain. Ya, itu yang aku mahukan. Aku hanya mahu lihat dia bahagia. Aku tahu aku takkan dpt beri dia seperti apa yg dia dapat sekarang.

Ya, mungkin benar apa yg tertulis dalam satu ayat yang aku jumpa dalam sebuah majalah beberapa bulan lepas. “Akan tiba saatnya di mana kamu akan berhenti mencintai seseorang, bukan kerana orang itu berhenti mencintai kamu, tetapi kamu menyedari orang itu akan lebih berbahagia apabila kamu melepaskannya…”

2-3 hari lepas aku hampir melakukan perkara itu sekali lagi. Tapi akhirnya aku sedar, aku sangat2 perlukan dia. Terutama dalam saat aku sedang berdepan dgn masalah yang paling besar dalam hidup aku dan dilema yg aku lalui sekarang ini. Aku sedar jalan itu bukanlah penyelesaian yang terbaik untuk situasi sekarang. Kerana aku sedar, dia yang terbaik pernah aku miliki. Adakah aku terlalu bodoh utk melepaskan dia pergi?

P/s : Selamat pulang ke UiTM buat dia. Good luck for new sem. Congrats sbb dpt result yg cemerlang.

P/s 2: Team aku gagal ke 2nd phase Mobile Content Challenge. *Down gile*