Posts Tagged ‘musuh’

Musuh atau kawan baik?

Sebelum teruskan entry ni, aku nak tegaskan yang entry ni tak ada tuju pada sesiapa pun. Sekadar ulasan dari pengalaman selama 24 tahun hidup di muka bumi Allah.

Antara sedar atau tidak. Kebanyakkan musuh adalah kawan baik dalam masa yang sama. Tak, aku bukan mahu sentuh tentang kawan yang bermuka-muka, tetapi tentang sifat manusia yang berada di luar sedar. Cuba perhatikan semula. Cuba renung-renungkan. Kebanyakkan dari kita, bila membenci seseorang, kita akan menjadi lebih peka dan perihatin pada orang yang di benci. Betul atau tidak?

Bukanlah semua orang ada sifat ini. Tapi dari pemerhatian aku, 99% dari kita mempunyai sifat ini. Aku ambil contoh beberapa tahun lepas. Ketika orang melayu di Malaysia hanyut dek demam Akedemi Fantasia, wujud satu blog yang mendakwa mereka adalah kumpulan “Anti AF”. Tapi sangat ironi kerana setiap kali aku membaca blog mereka, aku akan dapat lebih banyak info mengenai AF berbanding di siaran TV, laman web rasmi AF dan beberapa pengulas AF yang sangat terkenal waktu itu. Cuba bayangkan kalau info pukul berapa pelajar keluar dari akedemi menuju ke lokasi konsert pon dia boleh tahu. Sampai aku tertanya-tanya, ini kumpulan Anti AF atau kumpulan Obses terhadap AF?

Cukup dengan contoh AF. Sekarang tanya diri masing-masing. Pernah atau tidak kita membenci seseorang dan kita mengambil tahu hal orang itu secara lebih terperinci dari orang lain. Mengambil tahu hal orang itu untuk mencari kelemahan yang boleh di jadikan modal untuk meng”hentam”. Betul atau tidak? Sekarang fikirkan balik, tidakkan kita rasa seperti di hargai bila ada orang yang sanggup mengambil tahu semua hal kita? Menegur kesalahan kita. Bukankan itu ciri-ciri seorang kawan baik? Cuma cara kawan baik menegur tidaklah tajam dan pedas seperti orang yang memusuhi kita. Tapi usaha yang bersungguh-sungguh mencari kelemahan itu cukup untuk buat kita rasa terharu. Err, kau setuju atau tidak?

Beberapa hari lepas, kawan aku ada cerita pada aku yang dia berkenalan dengan seorang rakyat Malaysia yang sangat membenci Perdana Menteri. Akibat benci yang teramat sangat, dia telah melakukan kajian pada sejarah hidup Perdana Menteri Malaysia ni. Kisah dari lahir sampailah sekarang habis semua dikaji dan dibaca. Katanya untuk mencari kelemahan Perdana Menteri. Cuba tanya mereka yang katanya menyokong Perdana Menteri, berapa kerat yang tahu kisah Perdana Menteri dari kecil sampai sekarang? Silap-silap mereka yang sentiasa di keliling Perdana Menteri pon tak pernah nak ambil tahu. Betul atau tidak?

Err, aku pon dah makin keliru dengan entry aku ni. Aku rasa entry ni habis di sini saja kot. Renung-renungkan dan selamat beramal. ;-)

Ariff Shah
The Zestful IcedNyior
Wazy84