Ahad ini akan berlangsung Anugerah Juara Lagu ke 24 di Stadium Putra Bukit Jalil. 14 buah lagu telah pun terpilih untuk bertanding di malam Anugerah Juara Lagu. Bagi aku, semua lagu yang di pertandingkan mantap-mantap belaka. Aku bukanlah seorang yang gilakan muzik. Dengar lagu pun dari radio dan tv sahaja. Itu pun jarang-jarang. Namun, aku dan isteri berkongsi pendapat yang sama, lagu yang di masuk ke AJL kali ni ada kekuatan masing-masing dan seperti sukar untuk meneka siapakah yang bakal bergelar Juara Lagu 2010.
Senarai lagu yang dipertandingkan pada AJL 24
- Aurora – Estranged (komposer/penulis lirik: Estranged) - Kau Aku – Aizat (komposer/penulis lirik: Aizat) - Pergi – Aizat (komposer/penulis lirik: Pete Teo) - Aku Skandal – Hujan (komposer/penulis lirik: Noh) - Tak Mungkin Kerna Sayang – Alyah (komposer: Ajai, penulis lirik: Habsah Hassan) - Bengang – Akim (komposer: Amir, penulis lirik: Sheikh Qalam) - Aku Rindu Sayang Kamu – Black (komposer/penulis lirik: Yuzai) - Dan Sebenarnya – Yuna (komposer/penulis lirik: Yuna, Paan, Efry, Adil) - Rindu Terhenti – Tomok (komposer: Aubrey Suwito, penulis lirik: Tinta) - Pakai Buang – Stacy (komposer/penulis lirik: Edry) - Situasi – Bunkface (komposer/penulis lirik: Sam) - Bencinta – Faizal Tahir (komposer: Audi Mok, penulis lirik: Faizal Tahir) - Cinta Adam Dan Hawa – Misha Omar (komposer: Azmeer, lirik: Allahyarham Loloq) - Masih Jelas – Hafiz (komposer: Aidit Alfian, penulis lirik: Ad Samad)
Promo-promo Anugerah Juara Lagu tahun ini juga sangat kreatif dan meriah. Seronok pula aku menonton. Ada juga promo Host AJL yang bersiri. Haha. Gelak guling-guling bila aku tengok. Layankan promo-promo yang ada.
Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.