Siapakah yang akan menang Anugerah Juara Lagu ke 24?

Ahad ini akan berlangsung Anugerah Juara Lagu ke 24 di Stadium Putra Bukit Jalil. 14 buah lagu telah pun terpilih untuk bertanding di malam Anugerah Juara Lagu. Bagi aku, semua lagu yang di pertandingkan mantap-mantap belaka. Aku bukanlah seorang yang gilakan muzik. Dengar lagu pun dari radio dan tv sahaja. Itu pun jarang-jarang. Namun, aku dan isteri berkongsi pendapat yang sama, lagu yang di masuk ke AJL kali ni ada kekuatan masing-masing dan seperti sukar untuk meneka siapakah yang bakal bergelar Juara Lagu 2010.

Senarai lagu yang dipertandingkan pada AJL 24

- Aurora – Estranged (komposer/penulis lirik: Estranged)
- Kau Aku – Aizat (komposer/penulis lirik: Aizat)
- Pergi – Aizat (komposer/penulis lirik: Pete Teo)
- Aku Skandal – Hujan (komposer/penulis lirik: Noh)
- Tak Mungkin Kerna Sayang – Alyah (komposer: Ajai, penulis lirik: Habsah Hassan)
- Bengang – Akim (komposer: Amir, penulis lirik: Sheikh Qalam)
- Aku Rindu Sayang Kamu – Black (komposer/penulis lirik: Yuzai)
- Dan Sebenarnya – Yuna (komposer/penulis lirik: Yuna, Paan, Efry, Adil)
- Rindu Terhenti – Tomok (komposer: Aubrey Suwito, penulis lirik: Tinta)
- Pakai Buang – Stacy (komposer/penulis lirik: Edry)
- Situasi – Bunkface (komposer/penulis lirik: Sam)
- Bencinta – Faizal Tahir (komposer: Audi Mok, penulis lirik: Faizal Tahir)
- Cinta Adam Dan Hawa – Misha Omar (komposer: Azmeer, lirik: Allahyarham Loloq)
- Masih Jelas – Hafiz (komposer: Aidit Alfian, penulis lirik: Ad Samad)

Promo-promo Anugerah Juara Lagu tahun ini juga sangat kreatif dan meriah. Seronok pula aku menonton. Ada juga promo Host AJL yang bersiri. Haha. Gelak guling-guling bila aku tengok. Layankan promo-promo yang ada.

Kau orang rasa, siapa yang akan menang?

Anda mungkin juga berminat dengan post:

  1. Senarai Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu 2010 (AJL 24)
  2. Ku Seru – Lagu tema PHSM 2
  3. Senarai Pemenang Anugerah Skrin 2009
  4. Protected: Milik Siapakah Gadis Ini…
  5. Ku Kenang Setahun Yang Lalu

A post by "Mr Kay "

Seorang Software Engineer (PHP) yang bekerja dengan syarikat CDN. GEEK yang juga merupakan suami kepada seorang GEEK.

You can leave a response, or trackback from your own site.


10 Responses to “Siapakah yang akan menang Anugerah Juara Lagu ke 24?”

  1. huhu…rasenye faizal tahir la.hihi
    aidi-safuan´s last blog ..Twilight Jacob? Twilight Edward? Stop admiring them Girls! My ComLuv Profile

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    kita tengok nanti. hahaha

    [Reply]

  2. ejam says:

    aku target Aizat menang…
    ejam´s last blog ..Rancangan dan Cadangan. My ComLuv Profile

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    Oh, dia ada 2 lagu. Peluang nak menang lebih tinggi.

    [Reply]

  3. AJL 24 says:

    Saksikan finalis2 Anugerah Juara Lagu ke-24 dan tontoni Imbasan AJL dulu & kini!!

    Layari http://ajl.tv3.com.my/

    Sekarang!! :)

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    err.. ni kru AJL24 ke? kalau betul, *ehem* ada tiket lagi tak? haha

    [Reply]

    MediaHehe Reply:

    Kalau ko dapat bawak aku ek bro? Hee
    MediaHehe´s last blog ..Saat Fail Sukaneka 2009 My ComLuv Profile

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    haha. itu pon kalau dapat la kan. :p

  4. MediaHehe says:

    Den harap Yuna menang.. Sebab den pon produk berkualiti dari UiTM macam dia.. Haha up sket! =P
    MediaHehe´s last blog ..Saat Fail Sukaneka 2009 My ComLuv Profile

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    ni dah macam sokong sebab dia junior ko. haha. tak best la gitu :p

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv Enabled

Ariff Shah
Wazy84
The Zestful IcedNyior