Archive for the SoK SeK FiLeM & TeaTer... Category

*AMARAN! Ulasan ini agak terperinci. Jika anda tidak mahu menjejaskan mood menonton, anda tidak digalakkan membaca ulasan ini.*

Akhirnya berjaya juga aku menonton filem ini. Walaupun terdapat beberapa masalah ketika membuat rancangan untuk menonton filem ni, masalah sebelum masuk panggung (TGV Mines sucks!) dan juga momen manis setelah menonton filem ni, aku perlu ketepikan seketika untuk menulis ulasan filem ni.

Filem ni antara yang berada dalam senarai mesti tonton aku sejak pertama kali aku menonton trailer-nya. Efek-efek gempak yang ditunjukkan dalam trailer tersebut berjaya membuatkan aku (dan ramai lagi, aku pasti) yang tertarik untuk memasukkan filem ini kedalam senarai mesti tonton masing-masing. Komen beberapa orang pelawat blog ni yang minta aku mengulas tentang filem ini (dlm entri Ulasan filem “Get Smart”) membuatkan aku lebih bersemangat untuk masuk panggung secepat mungkin untuk menonton cerita ni.

Sebelum mula aku mengulas filem ni, aku beri kau orang sedutan dialog dari filem ni.

Fox: I knew your father.
Wesley: My father died,
[pause]
Wesley: the week I was born.
Fox: Your father died yesterday in the rooftop of the Metropolitan Building. He was one of the greatest assassins who ever lived. And the other one is behind you
[shoots]

Read More "Ulasan Filem "WANTED""

Dah lama aku tak buat ulasan filem. Kali terakhir adalah ulasan filem “Buli Balik” pada 29 Januari 2006. 2 tahun lepas. Itulah satu-satunya ulasan filem aku diblog ni. Yang lain semua dekat Portal Jiwang.

Filem Get Smart memang salah satu filem yang ada dalam list mesti tonton aku. Cuma kekurangan fulu$ membuatkan banyak filem dalam senarai mesti tonton aku terpaksa dilepaskan begitu sahaja. Ni pun Fadhli ajak aku tengok wayang semalam. Thanks sebab belanja bro :-D

Pertama kali aku tengok “trailler” filem ni, aku ingat filem ni tentang perisik yang bodoh-bodoh alang. Tapi sangkaan aku meleset sama sekali. Aku memang tak akan baca sinopsis atau ulasan filem sebelum tonton filem tu. Aku tak nak spoil kan mood menonton

Read More "Ulasan Filem "Get Smart""

Kawanku : Weh… nak follow kami tak?
aku : pi mana?
kawanku : Kami nak pi tengok teater arrr!! Bukan bunuh diri!!
aku : hah?? bile masa aku cakap korang nak bunuh diri?
kawanku : ades… mmg lar… aku yg ckp… kami nak pi tengok teater… bukan bunuh diri…
aku : *blur*

dialog diatas adalah rekaan semata-mata… ekekeke…

Ari jumaat malam sabtu ari tuh aku ngan bebudak umah aku pi menonton teater BUKAN BUNUH DIRI kat Taman Budaya Melaka… Teater ni projek MATA (Multimedia Arts and Theatre Club) untuk taun ni… Bukan Bunuh Diri adalah karya Dinsman dan diarahkan oleh Aiman…

Apa yg aku faham dari tontonan aku… teater ni mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Adam ( lakonan Aiman yg juga pengarah teater ni) yg mendalami ilmu agama tanpa guru… Adam mendalami ilmu agama melalui pembacaan… akibatnya, die manjadi terlalu taksub… beliau tertanya2… begitu lama masa yg dihabiskan utk mendalami ilmu agama, tetapi beliau masih tidak dpt bertemu dgn tuhan… tidak dpt mendengar suara tuhan… dan akhirnya beliau mengambil keputusan utk menggantung diri… bukan utk bunuh diri… tetapi langkah terakhirnya untuk bertemu dengan tuhan…

Itu ape yg aku faham dari ape yg aku tonton arr… kalo ade sesiapa dari Production team Bukan Bunuh Diri yg masuk sini dan sinopsis yg aku tules tuh tak tepat, sila betulkan aku yerk….

Dalam teater ni, ade beberapa line yg aku minat sgt dgr… antara nye:-

“tidak! tidak! tidak! aku bukan bunuh diri! tapi ini adalah usaha terakhir aku untuk bertemu dengan-Mu”

ade beberapa line lagik.. aku tak berapa igt sbb disebut dgn laju… tp serius… line2 tuh sungguh best…

Yalal Chin
Yalal Chin - Penasihat Bukan Bunuh Diri

Aku juga dpt tau yg Yalal Chin adalah penasihat utk teater Bukan Bunuh Diri ni… wahh.. Bertuah sungguh production team nieyh dpt tunjuk ajar dari Yalal Chin…

Beberapa scene yg agak meninggalkan kesan pada penonton… antaranya :-

1) langsir pintu yg terbuka sendiri dan kerusi malas yg bergerak sendiri…
2) perbalahan antara Adam dan beberapa watak invisible (langsir yg terbuka sendiri menunjukkan kehadiran watak2 ni)

Teater ni agak berat utk difahamkan… dari pertengahan cerita sampai lar penghujung, aku asyik terdengar org belakang aku ckp “berat… berat sungguh teater ni”… yea.. aku pon terasa begitu… mungkin die lebih memahami teater dari yg aku paham… sbb die pernah berlakon dlm satu teater yg pernah menang peringkat negeri Melaka (aku tak pasti die ada menang utk pelakon terbaik atau tidak tetapi sememangnya lakonan die pon baik)…

Ape pon, utk Production Team Bukan Bunuh Diri, Congrats aku ucapkan… korang dah buat yg terbaik… good work… ;)

P/s : aku teringin sgt nak tgk Lantai T Pinkie… tp aku baru pasan ari ahad ni last… sape nak gi tgk? Jom arr.. isk isk isk… teringin nyeee… :(

Buli Balik - Kau ingat kau dah kuat?

Apakah yang akan anda lakukan jika diberi peluang untuk membuli balik insan yang pernah membuli anda?

Apakah tindakan anda jika insan tersebut yang sentiasa menghantui kehidupan anda pada masa silam tidak mampu
untuk bertindak untuk diri sendiri? Apakah yang akan berlaku jika insan tersebut diletakkan di bawah jagaan anda?

Sinopsis cerita Buli Balik:

Nordin (Afdlin Shauki) kini mempunyai segalanya - salah seorang rakan kongsi untuk syarikat perisian komputer miliknya, wanita idaman setiap lelaki, Ika (Nasha Aziz); dan Roy (Hans Isaac) yang sering membuli Nordin akhirnya tiada lagi menghantui kehidupannya.

Nordin kini ialah cerita sebuah kejayaan - pemimpin, baik hati serta pemurah. Bagi mereka yang mengenali Nordin, dia langsung tidak mempunyai sifat-sifat berunsur kejahatan dalam dirinya. Jauh sekali untuk membalas dendam terhadap mereka yang pernah menyusahkan hidupnya.

Sehingga pada suatu hari, dia diberitahu bahawa Roy masih hidup. Malangnya, Roy sekarang bukannya Roy dahulu. Roy mengalami hilang ingatan dan hanya Nordin seorang yang mampu mengembalikan ingatannya semula.

Nordin kini harus membantu Roy mendapatkan semula ingatannya yang telah hilang. Mampukah dia membantu insan yang selama ini menyusahkan kehidupannya?

Adakah dia akan menggunakan peluang ini untuk membalas dendam terhadap segala kejahatan yang telah dilakukan oleh Roy? - Sinopsis dari website rasmi Buli Balik

Ni adalah filem yg dah lama aku tunggu. Sejak melangkah kuar dari panggung wayang setelah menonton Filem Buli, aku mmg tertunggu2 Filem Buli part 2 ni. Tapi aku rasa sikit kecewa bila melangkah keluar dari Cineplex 2, GSC Mahkota Parade malam tadi. Penantian aku terhadap filem ini rasa tak berbaloi.

Aku dah baca review2 blogger2 lain semua. Mmg aku akui apa yg dierang semua komen. Filem ni masih mengekalkan elemen lawak tapi lebih bermakna sbb lawak2 tuh semua ade moral value. Apa yg kurang menyenangkan aku adalah ending yg aku tak dpt terima. Aku dan munir tertanya2. Bila masa Nordin kena tikam? Macam mana plak tangan kanan Nordin ada darah sedangkan luka dibahagian belakang. Bila masa dia pegang luka tu?

Dalam tidak puas hati terhadap ending filem ni, aku sedar, jalan cerita Buli Balik mmg ade kelainan yg ditonjolkan oleh Pengarah Filem yg aku minat ni. Jalan cerita yg mengandungi unsur lawak yg penuh dgn pengajaran. Antara adengan2 yg aku rasa menarik adalah :-

- Bila Nordin rasa marah sbb diejek oleh 3 org budak sekolah ketika dia melawat sekolah lama dia & roy. Kali ini, Nordin dah tak rasa rendah diri dgn kelemahan dirinya iaitu PERUTnya. Bagi Nordin, dia berdepan dgn masalah itu dgn cara memukul ketiga-tiga org budak tersebut dan mencampakkan basikal budak2 tuh ke dalam longkang.

\"Saya menyesal atas apa yg saya lakukan semalam..\"

- Adengan Nordin meminta maaf kepada Dr. Ika juga adalah satu adengan yg lain dari filem2 yg biasa kita tonton. Biasanya dlm filem2 Melayu, ada suara latar yg membaca surat ketika watak lain menerima surat tersebut. Dalam adengan ini, Afdlin juga menggunakan motif yg sama. Bezanya, Nordin benar2 berada di hadapan rumah Dr. Ika dan bukannya menggunakan suara Afdlin sbg suara latar.

- Adengan Nordin berhadapan dgn cermin dan menyatakan yg dia tak takut dibuli. Teknik yg digunakan menjadi dan tidak ada cacat.

Antara ayat2 yg menarik perhatian penonton :

\"Betul ke dia ni hilang ingatan?\" Nordin

- “Betul ke dia ni hilang ingatan? Mana tau nnt waktu saya tidur dia datang dia heng heng saya” ayat Nordin sambil menunjukkan aksi seperti pembunuh ingin menikam mangsanya.

Roy takleh tido. Nak tido sama2 dgn Tuan Nordin

- “Kalau kau nak tidur dgn aku boleh. Tapi ada 2 syarat. Pertama, tak boleh tidur dkt2. Kedua, mesti pakai seluar dalam.” ayat nordin bila Roy mintak nak tidur sama dgn dia.

- “Pasanglah aerial tu, aku nak tengok telenovela Venezuela Salmonela” ayat Syaf pada Roy ketika membuli Roy utk panjat bumbung rumah utk pasang aerial tv.

- “Saya terhantuk sikit je. Dr. Selina tertelan Lip Bum” ayat Dr. Ika menjawab pertanyaan Nordin selepas kereta Nordin terbabas ke bahu jalan akibat dihimpit samseng jalan raya.

Ada lagi satu yg menarik perhatian penonton. Berita2 dalam surat khabar ni…

Berita2 lawak dalam paper yg ada dalam Buli Balik

- Malaysia hantar ketupat gergasi ke Antartika.

- Melayu tak boleh hip hop sebab mulut tak tebal - Eminem.

- Saya tak tiru 50 cent - 60 sen.

- Katak meletup selepas cabar kerbau.

Kelemahan pada filem Buli Balik.

- Waktu babak ragbi masa Nordin & Roy lepak dkt padang sekolah. Apa yg digambarkan ialah pasukan ragbi sekolah terbabit sedang berlatih ragbi ketika itu. Apa yg silap adalah jersi yg dipakai oleh pemain2 tersebut. Mempunyai lambang UPM.

- Ending yg tak dpt diterima oleh kebykkan penonton. Seperti mana yg aku katakan awal tadi. Terlalu byk yg meragukan dalam adengan penamat tersebut.

Bagi aku, kepuasan menonton wayang adalah terletak pada jalan cerita dan juga penamat yg best. Ini adalah komen ikhlas aku sebagai salah seorang dari jutaan peminat Afdlin Shauki. Aku pinjam ayat SultanMuzaffar yg ade tertulis dalam blognya, “mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.”

P/s : 56 jam masa yang aku ambil utk siapkan review ni (termasuk makan, minum, tidur, mandi dsb). Susah jugak nak tulis review Filem ni yerk.. Nape dulu masa aku jadi JWG News Crew laju je aku buat review? urmm…