Ulasan Filem “WANTED”

*AMARAN! Ulasan ini agak terperinci. Jika anda tidak mahu menjejaskan mood menonton, anda tidak digalakkan membaca ulasan ini.*

Akhirnya berjaya juga aku menonton filem ini. Walaupun terdapat beberapa masalah ketika membuat rancangan untuk menonton filem ni, masalah sebelum masuk panggung (TGV Mines sucks!) dan juga momen manis setelah menonton filem ni, aku perlu ketepikan seketika untuk menulis ulasan filem ni.

Filem ni antara yang berada dalam senarai mesti tonton aku sejak pertama kali aku menonton trailer-nya. Efek-efek gempak yang ditunjukkan dalam trailer tersebut berjaya membuatkan aku (dan ramai lagi, aku pasti) yang tertarik untuk memasukkan filem ini kedalam senarai mesti tonton masing-masing. Komen beberapa orang pelawat blog ni yang minta aku mengulas tentang filem ini (dlm entri Ulasan filem “Get Smart”) membuatkan aku lebih bersemangat untuk masuk panggung secepat mungkin untuk menonton cerita ni.

Sebelum mula aku mengulas filem ni, aku beri kau orang sedutan dialog dari filem ni.

Fox: I knew your father.
Wesley: My father died,
[pause]
Wesley: the week I was born.
Fox: Your father died yesterday in the rooftop of the Metropolitan Building. He was one of the greatest assassins who ever lived. And the other one is behind you
[shoots]

Wanted mengisahkan tentang Wesley Gibson (lakonan James McAvoy), seorang Pengurus Akaun yang sangat tertekan dengan kerjanya. Mempunyai seorang bos, Janice (lakonan Lorna Scott) yang sangat melampau garangnya. Setiap kali dimarah, Wesley akan menggeletar dan berpeluh-peluh. Degupan jantungnya sangat laju dan perkataan yang sering disebut oleh Wesley terutama ketika mengalami masalah adalah “Sorry”.

Wesley mempunyai seorang teman wanita yang curang, melakukan hubungan seks bersama rakan sepejabat Wesley (diatas meja IKEA. Haha). Akibat dari tekanan yang melampau, Wesley mengambil pil anti-anxiety setiap kali merasa tertekan.

Satu hari ketika Wesley sedang membeli pil anti-anxiety (sehari selepas seorang pembunuh upahan terhandal dibunuh), Wesley didatangi oleh Fox (lakonan Angelina Jolie) dan waktu itulah dialog diatas dituturkan. Selepas itu bermula aksi-aksi hebat Fox dan Wesley yang cuba melarikan diri dari pembunuh upahan, Cross (lakonan Thomas Kretschmann). Wesley dibawa ke satu bangunan kilang tenunan kain, dimana dia dipertemukan dengan Sloan (lakonan Morgan Freeman) dan beberapa orang pembunuh upahan professional. Wesley diberikan sepucuk pistol dan dipaksa untuk menembak sayap 3 ekor lalat yang berterbangan sekitar bakul sampah dalam bangunan itu. Wesley berjaya menembak dengan tepat setelah berada didalam tertekan akibat diacukan pistol ditengkuknya.

Sloan kemudian memperkenalkan diri mereka dari pertubuhan rahsia yang dipanggil “Fraternity”, dimana semua mereka adalah pembunuh upahan yang telah ditentukan oleh takdir. Sloan bercerita bahawa ayah Sloan merupakan pembunuh upahan terbaik dan baru saja dibunuh oleh Cross. Wesley dikatakan mewarisi kehebatan ayahnya dan tekanan yang sering dialami oleh Wesley adalah satu anugerah kerana setiap kali Wesley tertekan, dia akan dapat melihat sesuatu dengan lebih jelas dan gerakkan badan menjadi lebih pantas dan teratur.

Wesley dilatih menjadi pembunuh upahan professional dengan latihan yang sangat kejam dan lasak. Apabila Wesley benar-benar bersedia dan berjaya melepasan pelbagai latihan, dia akhirnya diserap masuk ke dalam Fraternity dan menjadi pembunuh upahan professional dengan misi utama untuk membunuh pembunuh ayahnya, Cross. Sebelum Wesley dilepaskan untuk membunuh Cross, dia telah diberi tugas untuk membunuh beberapa orang yang tidak dikenalinya.

Adakah Wesley berjaya membunuh Cross? Adakah benar yang dibunuh oleh Cross itu adalah ayah Wesley? Apakah kaitan Fraternity dengan kilang tenunan kain? Bagaimanakah mangsa pembunuhan dikenal pasti sebelum dibunuh oleh pembunuh upahan Fraternity? Dan kenapakah Sloan berkata pembunuh upahan Fraternity adalah ditakdirkan untuk menjadi pembunuh upahan? Kau orang tonton-lah sendiri.

Beberapa komen sampingan yang aku ingin berikan berkaitan filem WANTED :

- Angelina Jolie nampak sedikit tua, tetapi tetap HOT. Hahaha ;))
- Kesan khas yang ada dalam filem ni sangat mengujakan.
- Walaupun filem ni kelihatan serius, masih terdapat babak-babak yang boleh membuatkan penonton geli hati.
- Ada babak Wesley menggunakan enjin carian Google dan menggunakan namanya sebagai kata kunci. Tapi keputusan yang dijana oleh Google adalah 0, menunjukkan dia adalah “no body”. Haha. Pastinya page google itu di buat menjadi statik html kerana jika anda mencari Wesley Gibson di google, ada beribu-ribu keputusan yang dijana oleh google. Haha.
- Filem ni diklasifikasikan sebagai 18SG. Jangan kau bawa adik, anak atau siapa sahaja yang dibawah 18 tahun menonton filem ni dipawagam. Cerah peluang kau orang untuk dihalang masuk ke panggung jika kau orang bawa juga.
- Walaupun filem ni dah diklasifikasikan sebagai 18SG, terlalu banyak perkataan yang dituturkan oleh pelakon di-sensord-kan. Ianya menjadikan mood menonton sedikit terjejas.

Rating: ★★★★★

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

  1. Fadh says

    byk sangat perkataan yg disebut kene censored..patut wat 21SG utk filem tak bertapis huhu..ilang kejap mood aku time tu..nnt nak tgk citer ape lagi eh kay..??

    [Reply]

  2. Mr. Kay Em Why says

    aku lagi ilang mood bila 3 orang berturut2 jawab call.. kiri, dan blakang aku.. hahaha.. :p

    pasni nak tgk citer Sepi ngan teater Bukan Deja Vu.. amacam?

    [Reply]

  3. Mr. Kay Em Why says

    hahaha.. aku dah tulis warning kat atas tu.. haha.. tp panjang lagi jalan cerita dia.. still ade yg aku tak cerita… and of coz semua stunt die aku tak dpt nak ceritakan.. so itu still tak spoil beb.. hehe

    [Reply]

  4. says

    memang details beb.. camner aku nak tengok?
    hehe..
    lagipon aku mmg bz xde masa nak tengok..
    ades..

    sori la baru komen..
    aku baru dapat on9..

    [Reply]

  5. says

    dah tengok dah movie ni! memang best! dapat tengok dengan clear peluru menusuk ke dalam dahi. kemudian diiringi darah memecut keluar. auw~ memang patut 18 SG! yup2 angelina jolie nampat tua tapi aksi dia tetap superb. still sexy gitu :D

    tahu tak background music apa time awal2 pasal Wesley seorang yang loser tu? sedang mencari.

    [Reply]

  6. Mr. Kay Em Why says

    hahaha.. part peluru menusuk dlm kepala tuh sangat best.. haha..

    err.. tak tau la plak bg music tuh.. sorry..

    [Reply]

  7. ADAM says

    MAYBE FILM AKAN MENARIK SEKIRANYA TAK BANYAK SKRIP YG DISENSORED.ANYWAYS…THIS MOVIES ONE OF THE GREAT ACTION AND THRILLER MOVIE …YG SAYA PERNAH TONTON .LAGIPUN DIRECTORNYA HEBAT DAN PELAKONNYA PUN HEBAT.HE…HE…ANGELINA SAPA YG TAK KENAL….???

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge