Archive for the Politikus Category

Sejak petang Khamis, media-media Malaysia mula mewar-warkan berita peralihan kuasa Pak Lah kepada Dato Seri Najib. Berita mengenai peralihan kuasa sudah lama dicanang-canang tetapi tidak ada tarikh yang ditetapkan. Tetapi Khamis lalu PakLah mengumumkan peralihan kuasa akan berlaku pada Jun 2010. Ada yang bertanya apa pendapat aku tentang peralihan kuasa ni. Jadi, ini komen aku.

Soalan pertama yang timbul bila dengar berita ni ialah “Kenapa mesti Jun 2010?”. Mungkin ada yang akan berkata, “Peralihan kuasa Perdana Menteri bukan satu perkara kecil. Perlu dilakukan dengan betul dan tidak tergopoh gapah.”

Pada aku, setiap saat Pak Lah memegang jawatan Perdana Menteri, setiap saat itu membawa kearah kehancuran Malaysia. Apatah lagi jika Pak Lah punya 2 tahun lagi untuk memegang jawatan Perdana Menteri. Aku anggap Malaysia boleh musnah. Kepercayaan rakyat pada Pak Lah semakin menipis dan tidak keterlaluan jika aku katakan sudah tidak ada lansung kecuali bagi mereka yang masih mengampu dan mengipas bon*ot Pak Lah demi kepentingan poket dan perut masing-masing.

Kata-kata Pak Lah sudah tidak laku
Sepanjang Pak Lah memegang jawatan Perdana Menteri, sudah banyak kali Pak Lah menipu rakyat. Antara yang masih diingat oleh rakyat adalah tarikh pembubaran Parlimen dan isu kenaikkan harga minyak. Rakyat sudah muak dengan penipuan yang dilakukan Pak Lah. Pak Lah sudah dapat gelaran pemimpin Flip-flop - keputusan yang sentiasa bertukar-tukar. Pemimpin yang tidak punya pendirian yang tetap dan tidak berfikir panjang sebelum membuat satu-satu keputusan.

Read More "Peralihan Kuasa? Sudahlah PakLah…"

Beberapa hari lepas Malaysia sekali lagi digemparkan dengan laporan yang mengatakan DSAI meliwat seorang pembantu beliau. Bagaikan sejarah yang berulang, kes yang sama pernah menggemparkan Malaysia 10 tahun yang lepas. Dunia blog dan media alternatif Malaysia hari ni hangat mengatakan tentang kes ni. Sebelum aku teruskan entri ni, ingin aku tegaskan bahawa ketika ini aku masih berada ditengah-tengah dan tidak berat di mana-mana pihak.

Ketika kali pertama mendengar berita ni di TV3, aku semacam terkesima. Aku semacam tak percaya dengan apa yang aku dengar. Aku terasa seperti berundur ke tahun 1998 dan berita yang disiarkan adalah dari arkib berita. Lama aku termenung.

Hari ni aku membaca beberapa blog dan laporan-laporan dari media alternatif (malaysiakini.com dan lain2), Utusan Online, Berita Harian Online untuk mendapatkan update terkini tentang kes ini. Aku juga cuba korek sedikit sebanyak latar belakang Saiful dari kawan aku yang aktif di Uniten.

Aku tahu dalam dunia blog terlalu ramai penyokong Pakatan Rakyat dan sekaligus penyokong DSAI. Ramai yang melenting dan baran bila berita ni disiarkan dan hebat diperkatakan disana sini. Ramai yang berkata dari penampilan DSAI tidak mungkin beliau akan melakukan perkara sedemikian rupa. Tapi harus di ingat, DSAI juga seorang manusia biasa. Jangan terlalu memandang luaran dan mudah terpedaya dengan penampilan semata-mata. Apatah lagi beliau seorang ahli politik. Semua orang tau setiap ahli politik ada helahnya yang tersendiri. TIDAK mustahil beliau melakukan perkara tersebut. Don`t judge a book by it`s cover.

Read More "Kes Anwar : Satu Konspirasi Jahanam?"