Pernah dengar orang kata “Kalau ada jodoh, tak ke mana”, “tak ada jodoh”, “jodoh tak panjang” dan sebagainya? Sejauh mana kita faham apa itu jodoh? Dulu aku selalu guna salah satu ayat tu. Tapi mungkin dulu aku tak berapa paham secara mendalam maksud jodoh tu.
Orang kata ajal maut, jodoh pertemuan semua di tangan Allah. Aku setuju. Pada aku jodoh setiap orang telah di tetapkan. Kita cuma perlu berdoa supaya jodoh kita itu adalah yang terbaik untuk kita dan berusaha untuk mencari di mana jodoh kita. Bila waktunya sampai, kahwin la kita.
Lepas aku berkahwin ni, aku lebih mengerti tentang jodoh. Aku semakin bersetuju dengan kata-kata “kalau ada jodoh, tak ke mana”. Betul!
Kalau dah memang jodoh kau dengan seseorang, walau datang cabaran banyak mana sekali pun, takkan dapat memisahkan kau dan dia. Kalau dah memang jodoh kau dengan dia, kau elak la macam mana pun, kau benci lah dia banyak mana pun, kau gaduh la dengan dia sampai bergegar bumi, kau takkan dapat lari dari ketentuan-Nya.
Begitu juga kalau kau tak ada jodoh dengan dia, kau janji sehidup semati pun tak ada guna. Kalau kau tak ada jodoh dengan dia, kau paksa macam mana sekali pun tak akan berjaya. Ambil contoh cerita Laila Majnun dan Romeo & Juliet. Tak ada jodoh antara mereka. Berusaha bagai nak rak, akhirnya sama-sama mati tanpa dapat hidup bersama.
Beberapa bulan lepas, ketika kisah pelakon Zizie Izette berkahwin dengan Datuk Bung Mokhtar Radin sedang panas, aku terbaca satu blogpost dengan tajuk “Best ke kahwin dengan orang tua”. Aku agak sakit hati membaca entry tersebut. Jelas penulisnya masih belum matang untuk memahami maksud jodoh.
Nenek aku pernah pesan, kalau nak jodoh yang baik, setiap kali lepas solat, doa dan minta pada Allah supaya jodoh kita adalah yg terbaik dan dari kalangan yang baik-baik. Kalau jodoh kita bukan orang yang baik sebelum kita bersama dia, doa dan mohon pada Allah supaya dia akan berubah menjadi baik dan lebih baik bila bersama dengan kita.
Jodoh tak kenal beza umur. Jodoh tak kenal paras rupa. Jodoh itu ketentuan Allah. Jodoh itu kerja Allah. Jodoh itu anugerah dari Allah. Siapa kita untuk menghalang dan mengkritik kerja Allah, Yang Maha Berkuasa dan Maha menentukan atas sesuatu yang dikehendaki-Nya.
luth textile says
ntahla, aku kalau ada jodoh dengan awek sekarang ni aku akan teruskan ke jinjang pelamin. wpon dia tua dua tahun tapi aku tak kesah. dia pon tak kesah..
dengki dgn bung mokhtar radin. haha
oDiN says
harap – haraplah aku ada jodoh dengan si dia ..
🙂
.-= oDiN´s last blog ..Pencarian Logitech V550 =-.
samanosuke_04 says
hoho, aku stuju bahwa jodoh tak mengenal usia.. sebab aku dah brape ratus kali jatuh cinta ngan senior2 aku.. cuma tak dapat diluahkan.. yeah!
salam ziarah…
p/s: luth, jadual bloghopping ko sama ngan aku ke, asal aku komen jer kat mana2 blog ko ader… zzzzz jangan rr stalk aku camtue..
.-= samanosuke_04´s last blog ..PascaSPM ingin menguasai ‘tudung’ dan ‘pencuci muka’! =-.
blowie says
jodoh ketentuan allah, tapi kita kena usaha untuk mendapatkan jodoh. takde usaha, takde doa, takde la jodoh 😛
.-= blowie´s last blog ..Filem 2010 – Hikayat Merong Mahawangsa a.k.a The Malay Chronicles =-.
Mr Kay Em Why says
insyaAllah, kalau ada jodoh tak kemana (kan aku ulang lagi ayat ni). Aku doakan ko dan dia akan ke jinjang pelamin tak lama lagi. amin. Jangan risau soal umur. isteri aku pon lebih tua dari aku. dan umur tak penah jadi masalah pada kita orang 😉
Mr Kay Em Why says
amin. 🙂
Mr Kay Em Why says
cuba ko belajar untuk luahkan. mana tau ada jodoh 😉
Mr Kay Em Why says
ikut pengalaman aku, bab jodoh, kalau tak ada usaha pon tetap akan ada jodoh. contoh mcm jodoh pilihan mak bapak. dan contoh terdekat, isteri aku. dia tak pernah terfikir untuk kawen dalam masa terdekat dan tak pernah cari BF. bila aku jumpa dia, aku terus melamar dia. Kenal 4 bulan, couple. lepas 4 bulan couple, terus bertunang. 😉 cari la entry lama aku pasal aku dgn isteri kat blog ni. ada 🙂
ejam says
benar tu…jodoh tidak mengenal usia…isteri aku juga tua dua tahun dari aku gak…kami bahagia…
.-= ejam´s last blog ..Sungguh Mudah Minta Maaf. =-.
miss keroppi says
n3 yang bez!! suka baca…Thanx:P
.-= miss keroppi´s last blog ..< MeNgEnAnG kIsaH LaMa > =-.
Syazleen Ismail says
yeah! best entri ni (:
.-= Syazleen Ismail´s last blog ..Audition Jangan Lupa Lirik =-.
seri lyana si permaisuri says
Pepatah yang I cipta sendiri untuk diri dan kawan-kawan sejak dulu-dulu lagi..
“Jodoh ni, susah-susah cari, senang-senang je jumpa nanti”.
Kay, doakan I cepat-cepat kahwin yeh. Tak sabar nak jadi tukang masak untuk suami. HEHE
.-= seri lyana si permaisuri´s last blog ..Tasik Banding – I LIKE =-.
Fazreen says
panduan untuk mereka yang masih tercari2 pasangan sendiri..tq!
Mr Kay Em Why says
thanks. kalau suka, sebar2kan la. bagi kawan2 baca 😉
Mr Kay Em Why says
Thanks. sebarkan pada kawan2 ye 😉
Mr Kay Em Why says
hahaha. ada betulnya pepatah tu. hehe. insyaAllah, I doakan untuk u 🙂
Mr Kay Em Why says
semoga dapat membantu ramai orang 😉
ariff says
hm.. susah gak bab jodoh ni. Dah nikah baru kita tahu tu jodoh kita ke tak.
.-= ariff´s last blog ..Hi U.. Bleh kenal? 😀 =-.
Khai says
Fuh! mendalam.. tersentuh aku.. orang yang dah bertemu jodoh je layak nak keluarkan artikel macam ni. Nice la bro!!
ila-ali says
Nak dpt jodoh satu hal. Nak kekalkan jodoh pun satu hal lagi..
.-= ila-ali´s last blog ..Tips Menyemarakkan Rasa Cinta Part 1 =-.
Risha Irsyad says
Dulu selalu juga dengar “jodoh pertemuan ketentuan tuhan”. Pernah satu masa, lingkungan umur 22-23 tahun, member semua dah ada BF. Kita tertanya-tanya, ada ke jodoh untuk kita? Orang kata bila kita lahir aja, Allah dah tentukan jodoh kita…So, kita terfikir, agaknya jodoh kita yang Allah tentukan dah mati kena langgar ke? Atau baru lahir atau masih bersekolah lagi? Tup..tupp.. bila kita 35 tahun kita ditemukan dengan seseorang yang 11 tahun lebih muda…Betullah tu…masa kita tengah mencari-cari jodoh kita, rupanya dia masih belum baligh lagi…
hehe…kekal juga setakat ini…dah lebih sepuluh tahun berumahtangga….
ain says
wah. kuasa tuhan kan
semoga kekal dan lebih bahagia.. insyaallah..
.-= ain´s last blog ..Trilogi Laksamana Sunan =-.
azizan4444 says
jodoh xkn dtg kalau x di cari dan xkn dpt kalau xde yg memberi..berdoalah dan berusaha untuk mendapatkan jodoh yg sebaiknya…kita hanya merancang tuhan yg menentukan..
ps:bila la agknye bertemu jodoh ni..hehe..
.-= azizan4444´s last blog ..Perempuan Itu Calon Kedua =-.
Mr Kay Em Why says
haa.. baru ko tau 😀
Mr Kay Em Why says
haha. thanks. moga2 dapat bantu orang yg masih cuba mencari jodoh untuk faham apa itu jodoh 😉
Mr Kay Em Why says
tepat sekali 😉
Mr Kay Em Why says
alhamdulillah. itu la maksud jodoh sebenarkan? 🙂
Mr Kay Em Why says
tak juga. dari pengalaman aku bukan mcm tu. cuba kau baca komen2 kat atas 😉
x-po says
jodoh oh jodoh..nape aku dpt awek yg curang? nsb baik bkn jodoh aku yg sbnr..huhu
Scromix says
btol tuh bro. kalo dah jodoh x kemana.hehe
.-= Scromix´s last blog ..Selamat Kembali Scromix & Pengajaran Daripada Raja Lawak 4 =-.
smaelz83 says
1st time baca entri pasal jodoh yg aku sgt setuju~~~ Hahaha… Dari dulu x pernah ada yg nak kat diri aku, kene rejek on da spot je.. That’s mean aku belum jumpa jodoh aku la ni… Moga Allah terus membahagiakan Mr. Kay dan isteri sampai akhir hayat..
.-= smaelz83´s last blog ..Assassin’s Creed 2 (XBOX 360, PS3, PC) =-.
imran says
Sekarang ni musim mencari jodoh dan bertemu jodoh 😀
.-= imran´s last blog ..Fatwa Membaca Talqin Ke Atas Mayat =-.
hamka says
aku setuju dengan semua pendapat korang. jodoh rezeki ajal maut dah tertulis sebelum kita dilahirkan didunia. Bila kita kawin. rezeki kita dimana? dan tarikh kematian kita semua dah tertulis di loh mahfuz. percaya. allah x kejam dengan umatnya
abdfatah says
yer laa…
kalo dah jodoh tak ke mana…
kalo dah takder jodoh dengan dia yang kita nak sesangat tu… apa boleh buat..
jodoh kita dengan orang lain laa yang lebih sesuai.
.-= abdfatah´s last blog ..Siapakah gerangan tetamu anda? =-.
Hazmanudin says
Walhamdulillah hirobbil a’lamin….
khairul says
kalau ditakdirkan suami saudari berkahwin lagi, marahkah saudari… bukankah itu semue ketentuan tuhan…
so suami kenelah banyakkan langkah mencari jodoh yg tersembunyi lagi…