Tiba-tiba aku teringat pada seorang rakan sekelas semasa tingkatan 4. Apa khabar agaknya? Sejak aku berpindah ke sekolah lain (penghujung tahun ketika tingkatan 4), aku tidak lagi dapat menghubungi dia. Ya, seorang perempuan. Seorang kawan rapat yang saling berkongsi masalah hidup di hostel (tidak lebih dari itu).
Beberapa bulan selepas aku berpindah, aku pernah cuba hubungi no telefon yang pernah dia beri pada aku. Seorang wanita dewasa menjawab panggilan aku. Yang aku dapat hanyalah jawapan pendek, “tak ada” dengan nada yang agak tinggi dan diikuti dengan bunyi telefon di hempas. Aku pasti yang menjawab adalah ibu kepada kawan aku dan aku tahu ibu bapa kawan aku tidak membenarkan anaknya berkawan dengan lelaki.
Ini bukan pertama kali aku berdepan dengan situasi begini. Sudah banyak kali sebenarnya. Tapi baru sekarang aku terfikir, apa rasionalnya? Kenapa agaknya ibu bapa ini menghalang anak perempuan mereka untuk berkawan dengan lelaki? Aku tahu dalam islam menyuruh membataskan pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Tapi tidakkah tindakkan untuk menghalang anak dari bergaul semasa zaman persekolahan agak keterlaluan? Bukanlah maksud aku bergaul terlampau bebas, tapi ada batasnya. Lagipun, lumrah manusia, makin di tegah, makin dibuat. Bukankah lebih elok jika benda seperti ini di tangani dengan lebih “halus” seperti pendekatan psikologi?
Sekarang, aku sedang berfikir, bagaimana caranya untuk aku menghubungi rakan aku yang seorang ini untuk memberi jemputan ke majlis perkahwinan aku nanti.
P/s : Aku menanti pendapat kalian, terutama yang dah ada anak dan menggunakan pendekatan seperti ini.
Mohd Ismail says
mungkin masa anak perempuan still kat sekolah (even universiti pun), mak ayah nak diaorg fokus stadi.. 🙂 bergaul lelaki perempuan ni pada orang tua tak elok + mengganggu tumpuan..
*rakan sekerja, couple dr sekolah menengah, masuk u lain2.. kerja petronas sama2..kahwin :)*
Mr. Kay Em Why says
memang aku akui bergaul lelaki pompuan masa sekolah mengganggu tumpuan.. tp kalo di ambil dari sudut positif, lagi byk sbnrnye dari negatif…
*rakan sekerja ko mmg setia la beb.. hebat…
chii says
hurm..susah gak kalo mak ayah dk halang anak nk bergaul..later..yg susah..anak nye sndiri..idup ni bukan srng2..kalo dr awal x biasakan..takut nnt bila dpt peluang kwn ngan laki..terus culture shock..tu yg nnt akan dgr citer..mcm2…haishh…
ape susah..soh tunang kay sampaikan je..senang citer..eeh
Mr. Kay Em Why says
dah lama sgt tak dpt contact.. so contact yang ada tuh mungkin tak leh guna lagi dah 🙁
Khai says
Betul. Masalah yang sama aku hadapi dulu masa sekolah. Mak ayah si dia angkat, kompem aku letak terus sbb before pernah kene tanya macam2 soalan kenapa dan mengapa.. aduyai…
Dia tak sedor, anak dia kat luar dok meraba aku.. kahkah! (gurau je).. tapi kat luar anak dia hari hari la ajak aku dating dgn alasan study…
Cuma kalau mak ayah dia x menyinga, sure aku datang umah dia baik2… borak2 kat meja bawah pokok rambutan depan umah dia sambil buat homework.. mak ayah leh ngintai je kat tingkap.. kan lebih bagus..
Khai says
eh lagi satu, apa rasionalnya font untuk entri ko tu bro? sakit mata aku… hehehe… pakai je font macam entri ni.. sedap mata.. hikhik!!
Mr. Kay Em Why says
itulah, kalau tak dikongkong sangat, kan boleh aja anak2 berbual dan buat homework dpn mata mak bapak… selamat pon selamat.. ye dak?
Mr. Kay Em Why says
yang mana yg sakit mata ni bro?
zool says
Eh yang jawab budak2 lum kawin je ek.
Pada aku ada baik dan buruknya.. Tapi apahal pun tunggu jawapan org yg dah kawin je..
riyana says
mr kay.
ni first time nk komen kat sini. lama dulu penah dtg sini tp dah terhilang link blog ni.
apa kata contact kwn2 skola lama tu, cari balik contact number dak tu dr kwn2 len, soh la sapa2 orang pompuan tolong call kan. (eh dah abes skola,dah x kna kongkong kot. huhu.)
salam,
lyana.=D