Orange 4 Kay

Bukan Omongan Kosong

| Ambil DuitKu | LoveBaby.MY | Apesal.com |

Real Time Web Analytics

Creative Commons License
Orange 4 Kay by Mr Kay is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

Powered by AIMedia

Aku pasti merinduimu, 2010

January 1, 2011 by Mr Kay Em Why 7 Comments

Aku pon tak pasti apa yang aku perlu dan nak tulis kat entry ni. Dah lama sangat tak berupdate blog ni. Tapi apa yang pasti, 2010 pasti menjadi tahun yang akan aku rindui. Banyak suka duka aku tempuhi. Banyak cabaran yang datang dan disusuli dengan kegembiraan. 365 hari yang sukar untuk di terjemahkan dalam satu entri.

Memasuki 2010 sebagai pengantin suam-suam kuku, aku dan isteri menjalani hidup penuh dengan cabaran dan dugaan. Biasalah, baru-baru berumah tangga, baru-baru nak mencari keserasian. Lagi pun kami baru kenal setahun lebih sebelum berkahwin. Antara dugaan yang terbesar, aku kehilangan kerja. Dalam serabut mencari kerja baru, kami terima berita yang orang baru akan datang. Tak lama selepas tu, aku dapat kerja baru di saat akhir. Orang kata rezeki anak. Tapi sayang, minggu pertama di tempat kerja baru, kami terima berita yang orang baru belum sedia untuk melihat dunia.

Tahun 2010 juga menjadi tahun yang agak baik untuk blog ni. Banyak juga rezeki yang datang dari blog ni. Tapi makin lama aku makin sibuk dan tak sempat untuk update blog sangat. Tahun 2011, aku masih tidak pasti macam mana. Apa yang aku tahu, blog ini dan kandungan yang sedia ada akan terus dibiarkan online selagi aku masih bernafas. Dengan harapan kandungan-kandungan blog akan terus memberi pengetahuan pada semua orang. Oh ya, aku harap sangat entri-entri seperti telefon bimbit telah membantu ramai orang dari terus tertipu. Entri tu pon telah menjadi rujukan Aduan Rakyat TV3 dalam salah satu episod. Tapi sayangnya, tak ada kredit lansung dari mereka.

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=YYxgIxq8Qw8]

Dalam tahun 2010 ni, aku lebih rajin membaca email dari membalas email. Aku mintak maaf pada pembaca blog aku yang hantar email dan aku masih belum reply. Aku akan cuba reply secepat mungkin. Aku akan ubah tabiat ni dalam tahun 2011 ni. InsyaAllah.

Tahun 2011 yang mendatang ni, aku harapkan kerjaya aku lebih sukses dan harapan aku untuk ada startup sendiri akan menjadi kenyataan. 2011 pasti menjanjikan cabaran dan dugaan yang lebih hebat untuk kita semua. Semoga kita semua berjaya menempuhi segala-galanya dan lebih berjaya dari tahun-tahun sebelum ni.

Selamat tinggal 2010, aku pasti merinduimu. Selamat datang 2011, semoga kau datang untuk memberi lebih banyak kejayaan pada aku.

Credit : Picture by Google image, Video Aduan Rakyat by EjamOthman.

Filed Under: Abstrak Kehidupan, Orange4k Tagged With: happy new year, selamat datang 2011, selamat tahun baru, selamat tinggal 2010

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

  1. Loq says

    January 1, 2011 at 3:22 am

    Semoga tahun ni lebih baik dari tahun lepas bro :)

  2. ejam says

    January 1, 2011 at 7:23 am

    sama-samalah kita, semoga 2011 memberikan yg terbaik utk kita semua…amin.

  3. Khaidir says

    January 5, 2011 at 3:56 pm

    @MrKayMY,

    Selamat tahun baru,2011. Semoga tahun ini lebih sukses dan wang besar! hehe

    Khaidir

  4. samanosuke_04 says

    January 6, 2011 at 5:20 am

    hehe, aku pun berazam nak update blog secara lebih rajin tahun baru nie.. hehe, amin utk kite berdua..

    happy new year :)

  5. suffer8zine says

    January 29, 2011 at 8:00 pm

    semoga tahun ni menyimpan memori yg lebih baik berbanding tahun2 akan datang

    Terkini : Trend Gigi Bercahaya di Jepun

  6. Daus says

    March 13, 2011 at 11:14 pm

    aku pun ;p

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *