Orange 4 Kay

Bukan Omongan Kosong

| Ambil DuitKu | LoveBaby.MY | Apesal.com |

Real Time Web Analytics

Creative Commons License
Orange 4 Kay by Mr Kay is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

Powered by AIMedia

TM Memperkenalkan TM iTalk Whoa!

April 9, 2010 by Mr Kay Em Why 25 Comments

TM iTalk Whoa! ? Bunyi pun sangat gempak bukan? Terus terang aku mengatakan, pertama kali aku membaca keterangan tentang produk baru TM ini, perkataan “Whoa!” terkeluar dari mulut aku. Apatah lagi bila aku mencuba sendiri produk ni. Memang sangat Whoaaaaaa!

TM iTalk Whoa ni sebenarnya adalah portal yang membolehkan anda berhubung dengan rakan-rakan anda tanpa perlu bersusah-payah mendaftar masuk beberapa halaman berlainan. Pengguna boleh menghantar email, cek status rakan-rakan di twitter, berchatting, mengirim SMS dan juga membuat panggilan jarak jauh di portal yang sama dengan menggunakan iTalk Whoa! Hebat bukan?

Portal iTalk Whoa ni memang sangat senang untuk digunakan. Antaramuka yang teratur dan arahan yang sangat mudah difahami. Mari aku terangkan serba sedikit tentang beberapa ciri-ciri yang tersedia di dalam iTalk Whoa! ni.

*Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas*

Webmail

  • mempunyai email berasaskan web yang standard
  • boleh mengaktifkan email berasaskan web dari perkhidmatan berbeza ke webmail iTalk Whoa!
  • sudah berintegrasi dengan perkhidmatan email berasaskan web seperti MSN, Yahoo! dan Gmail
  • memenuhi keperluan piawaian integrasi dengan pelayan email korporat
  • menerima email dan lampiran secara real-time
  • boleh bekerja dengan IMAP, POP3, Exchange Server dan protokol standard yang lain
  • RSS – Membolehkan anda melanggan dan menerima update terbaru dengan pantas dari blog kegemaran, portal akhbar dan lain-lain

Push eMail

  • Email yang telah diaktifkan boleh dihantar terus ke telefon bimbit
  • menerima email dan lampiran secara real-time
  • berfungsi pada semua jenis telefon tanpa memerlukan applikasi khas pada telefon
  • berpotensi digunakan oleh semua pengguna telefon bimbit termasuk penguna korporat

Kalendar & Pengurusan Tugas

  • Menyediakan ciri hebat yang membantu pengguna dalam menguruskan janji temu, peristiwa, jadual dan tugasan
  • Ciri unik tambahan kerana aplikasi adalah berasaskan web sepenuhnya
  • Memudahkan pengguna untuk menguruskan jadual dan temu janji
  • Kemampuan untuk menetapkan maklumat kalendar dan membuat tugasan yang akan dikongsi dengan pengguna lain di dalam desktop atau ruangan kerja mobile

Panggilan Suara

  • Membolehkan pengguna untuk berkomunikasi daripada PC dengan kadar panggilan terendah

Web SMS

  • Membolehkan pengguna untuk menghantar sms dari web portal
  • Pengguna boleh menghantar sms kepada semua telefon (khidmat tempatan / antarabangsa / talian tetap)

Whoa! Banyak lagi ciri-ciri iTalk Whoa! ni. Letih aku nak terangkan semua. Jadi aku rangkumkan antara ciri-ciri lain yang juga terdapat dalam iTalk Whoa! ni.

  • Instant Messanging
  • Menyediakan penyelarasan data antara aplikasi desktop, telefon bimbit dan sebaliknya termasuk kenalan, email, kalendar, nota dan mesej
  • Mempunya integrasi dengan perkhidmatan rangkaian sosial. Membolehkan pengguna iTalk Whoa! mengakses twitter, facebook dan sebagainya hanya dengan log masuk ke iTalk Whoa!
  • Ciri-ciri keselamatan yang tinggi

TM iTalk Whoa! ni sesuai digunakan oleh setiap lapisan masyarakat tidak kira peringkat umur kerana aplikasi ini sangat mudah untuk digunakan. Link bantuan juga disediakan untuk setiap skrin bagi membantu pengguna memahami lebih lanjut tentang ciri-ciri terdapat pada iTalk Whoa! ni. Perkhidmatan ini bukan sahaja terbuka pada mereka yang menetap di Malaysia malah boleh digunakan dari mana-mana pelusuk dunia kerana berasaskan web.

Anda pasti tertanya-tanya, berapakah kadar untuk panggilan suara dan sms dari iTalk Whoa! ni kan? Berikut adalah senarai harga.

Kadar panggilan suara iTalk Whoa! (Bagi panggilan ke Malaysia)

  • ke talian tetap – RM 0.10
  • ke telefon bimbit – RM 0.15

Kadar panggilan suara iTalk Whoa! (Bagi panggilan ke luar negara)

  • Australia – Talian tetap (RM 0.05) & telefon bimbit (RM 0.49)
  • Indonesia – Talian tetap (RM 0.26) & telefon bimbit (RM 0.33)
  • Jepun – Talian tetap (RM 0.10) & telefon bimbit (RM 0.36)
  • Jordan – Talian tetap (RM 0.49) & telefon bimbit (RM 0.62)
  • Pakistan – Talian tetap (RM 0.49) & telefon bimbit (RM 0.49)
  • Singapura – Talian tetap (RM 0.05) & telefon bimbit (RM 0.05)

Nota :

  1. Kadar adalah berdasarkan per minit. Blok caj adalah 20 saat.
  2. Kadar ini adalah hanya untuk perkidmatan iTalk Whoa!
  3. TM mempunyai hak untuk menukar kadar caj tanpa memberikan sebarang notis kepada pengguna.

Senarai kadar panggilan suara iTalk Whoa! ni banyak lagi sebenarnya. Panjang sangat. Jadi, aku senaraikan negara-negara yang ada kaitan dengan beberapa orang pembaca setia blog ini. Oh ya, sekarang ini iTalk Whoa! memberikan kredit percuma sebanyak RM5 kepada pengguna yang baru mendaftar. Peluang untuk mencuba sendiri produk ini tanpa mengeluarkan sebarang belanja terlebih dahulu. Jadi, apa tunggu lagi? Daftarlah sekarang di http://www.italkwhoa.com.

P/s : Untuk menggunakan iTalk Whoa! anda di galakkan mengguna Inter Explorer (IE) versi 6 dan ke atas. 😉

Instant Messaging (IM)

Filed Under: Advertorial, geek Tagged With: iTalk, kadar terendah, Panggilan suara, Promosi, TM, TM iTalk Whoa!, web sms, Whoa!

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

  1. Rara says

    April 9, 2010 at 12:34 am

    Whoaaaa! 😀
    .-= Rara´s last blog ..Kepada sesiapa yang bakal atau dah berkahwin =-.

  2. nesca says

    April 9, 2010 at 1:31 am

    baru bukak account semalam tapi still blur²
    .-= nesca´s last blog ..New graphic card. Fan. =-.

  3. nurull says

    April 9, 2010 at 1:56 am

    dah try guna.. krdt free tu pon dah tinggal sikit jek.. T____T tenkiyu for sharing.. 🙂
    .-= nurull´s last blog ..popeyes the makanan! cuba lah.. =-.

  4. Azizuan says

    April 9, 2010 at 4:36 am

    murah gak la rate dia..lebih kurang macam celcom unipax..
    .-= Azizuan´s last blog ..Facebook : Perlumbaan Negeri Manakah Mendapat 100,000 Fans Dulu =-.

  5. eiman says

    April 9, 2010 at 2:35 pm

    wahh macam best aje.. nak usha website dia la camni..
    .-= eiman´s last blog ..Slot Akasia: Adamaya Lakonan Lisa Surihani, Mampukah Menyaingi Na O Mei? =-.

  6. ejam says

    April 9, 2010 at 5:17 pm

    saya dah booking nama dlm whoa tu…tapi blom habis explore lagi…
    .-= ejam´s last blog ..Slot Akasia: Adamaya =-.

  7. imran says

    April 10, 2010 at 9:20 am

    Teknologi berkembang pesat. Macam-macam benda baru muncul

  8. samanosuke_04 says

    April 13, 2010 at 5:51 am

    hm.. dah makin maju dah skang.. semua benda diorang sumbat dalam satu aps.. takyah dah nak pakai YM ngan Skype asing2.. haha!
    .-= samanosuke_04´s last blog ..Top 7 Benda Best Nak Buat Bila Bersendirian.. =-.

  9. Mr Kay Em Why says

    April 14, 2010 at 10:35 pm

    Whooaaaaaaaaaaaaaa!!!!! 😀

  10. Mr Kay Em Why says

    April 14, 2010 at 10:41 pm

    explore2 lagi. lama2 tak blur. awal2 mmg macam tu 😉

  11. Mr Kay Em Why says

    April 14, 2010 at 10:44 pm

    best? dah try semua benda dalam tu ke?

  12. Mr Kay Em Why says

    April 14, 2010 at 10:49 pm

    rate utk semua atau local call?

  13. Mr Kay Em Why says

    April 14, 2010 at 10:56 pm

    dah usha? amacam?

  14. Mr Kay Em Why says

    April 14, 2010 at 10:58 pm

    ko mmg selalu begitu. booking nama je.

  15. Mr Kay Em Why says

    April 14, 2010 at 11:00 pm

    itu la dia. dalam IT ni, boleh kata tak ada benda yg mustahil. Kadang2 sampai tak larat nak kejar teknologi ni.

  16. Mr Kay Em Why says

    April 14, 2010 at 11:03 pm

    itu la dia. macam2 jenis apps yg timbul sekarang ni.

  17. Azizuan says

    April 14, 2010 at 11:11 pm

    semua line
    dari mana2 ja..x macam maxis campus zone tuh
    local ja kot
    international x sure la plak
    .-= Azizuan´s last blog ..Selamat Menyambut Hari Perperiksaan =-.

  18. wazy says

    April 15, 2010 at 8:56 pm

    Whoaaaa!!! menarik gak ni,kene try dulu la 😀
    .-= wazy´s last blog ..Slot Akasia Adamaya di TV3 =-.

  19. Mr Fathi says

    April 20, 2010 at 5:22 pm

    wah2…oren sumernyer…jgn lupe support Belanda/Netherlands/Nederlanden tau!!!hehe
    sebenarnya takleh nak komen mengarut pasal kat umah tepon2 dah kene potong!!!hehe

  20. meezwan says

    May 4, 2010 at 10:53 pm

    whoa! percuma ke reg ni?
    .-= meezwan´s last blog ..Jom Join Kempen Ni.. 🙂 =-.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *