DiGi bakal menjadi pesaing Maxis untuk iPhone?

Semalam aku terbaca di blog amanz.my tentang berita ini. DiGi akan membawa masuk iPhone ke Malaysia dan seterusnya menjadi pesaing Maxis. Banyak persoalan yang timbul dalam fikiran aku lepas mengetahui berita ini. Aku pasti ramai lagi yang terfikir antara soalan-soalan yang aku terfikir ini.

Adakah DiGi mampu menawarkan harga yang lebih murah dari Maxis untuk iPhone?

Pasti ramai yang sedang meneka-neka. Adakah DiGi akan menawarkan harga yang lebih murah untuk iPhone berbanding Maxis, atau sama sahaja atu mungkin lebih mahal. Kalau ikut logik, kebiasaannya, produk sebegini pasti harganya di kawal oleh pengeluar. Dalam kes ini, Apple mungkin mengawal harga iPhone yang di jual oleh telco di seluruh dunia. Tapi ini hanya teori aku sahaja.

Jika benar teori aku, tentang kawalan harga, pasti harga yang di tawarkan oleh DiGi lebih kurang dengan Maxis. Tetapi jika teori itu tidak benar, kita harus melihat dari perspektif lain. Perspektif lain, maksud aku, kita lihat harga-harga produk DiGi selama ini. Beberapa bulan lepas, DiGi mampu menawarkan harga yang lebih kurang 10 kali ganda lebih murah untuk Blackberry (aku tak ingat harganya) sehingga menimbulkan kekecohan dan insiden di kawasan roadshow mereka di One Utama. Dan jika kita lihat, selama ini DiGi menjadi market spoiler dengan menawarkan harga yang sangat rendah untuk produk dan servis mereka. Tanpa DiGi, pasti tiada persaingan sengit dalam industi telekomunikasi dan kita mungkin tidak akan menikmati kadar rendah untuk perkhidmatan telefon bimbit seperti sekarang. Jadi, dengan faktor ini, tidak mustahil DiGi mampu menawarkan harga yang jauh lebih rendah untuk iPhone dan memberi tekanan pada Maxis.

Apa yang akan terjadi pada Maxis?

Khabar angin yang aku dengar mengatakan Maxis sedang mengalami kesusutan pelanggan. Semenjak MNP (Mobile Number Portabality) di perkenalkan, semakin ramai yang meninggalkan Maxis termasuk aku, isteri dan beberapa orang rakan. Ramai yang berhijrah ke telco lain dan kebanyakkannya memilih DiGi. Aku dan isteri lari dari Maxis kerana caj yang terlalu mahal. Kawan-kawan yang lain juga mengatakan Maxis ada terlalu banyak caj tersembunyi. Sejauh mana kebenarannya, aku tidak pasti. Kawan-kawan aku yang baru meninggalkan Maxis melalui MNP ada menerima panggilan telefon dari Maxis bertanya kenapa beralih arah. Masa aku dan isteri meninggalkan Maxis setahun yang lalu, tak ada pula sesiapa yang telefon. Itu mungkin salah satu petanda mereka sedang mengalami kesusutan pelanggan.

Pada aku, satu-satunya faktor untuk orang Malaysia memilih Maxis hanyalah iPhone. Kontrak pembeli iPhone Maxis terawal telah tamat atau akan tamat dalam masa terdekat. Ada kebarangkalian mereka juga akan beralih arah. Apatah lagi bila DiGi membawa masuk iPhone dan menandingi harga mereka. Pasti ribut taufan bakal melanda Maxis. Satu-satunya faktor Maxis untuk bertahan kian rapuh. Nampaknya Maxis perlu bersedia dengan strategi untuk bertahan dari saingan DiGi.

DiGi di katakan akan membawa masuk iPhone bermula setengah tahun pertama 2010. Bermakna paling lewat, DiGi akan melancarkan iPhone pada bulan Jun 2010. Mungkin lebih awal. Apa pun, teaser yang di keluarkan DiGi benar-benar mengundang pelbagai persoalan. Mungkinkah untuk memberi hint awal kepada Maxis? Bagaimana dengan Celcom? Kita tunggu dan lihat.

Apa kata kau orang?

Sumber : amanz.my

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

  1. izi says

    maxis mahal ah call dia
    digi murah sbb unlimited primary to supplementary
    maxis 20 jam je kot

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    oh, unlimited ek? aku pakai je. tak perasan plak unlimited. haha

    [Reply]

  2. epool86 says

    Ni pendapat aku,

    Digi tidak akan boleh menjual Iphone lebih murah dari Maxis, kerana harga ditetapkan oleh Apple. Seperti yang kita sedia maklum, Apple TIDAK AKAN bersaing melalui harga sebaliknya bersaing melalui jenama dan kualiti, selama ini pun kita lihat harga iPhone overpice. Itu lah strategi Apple.

    Walaubagaimanapun DiGi boleh memberi subsidi, bergantung kepada plan yang bakal dikeluarkan, ada dua kemungkinan sahaja. Iaitu, samada subsidi device lebih banyak tapi voice/data plan mahal, atau subsidi device sedikit sahaja tapi voice/data plan murah.

    Perlu diingat, Digi perlu mengekalkan margin keuntungan untuk meyakinkan semula investor, kerana sejak 2008 (daripada performance report yang dikeluarkan setiap quarter) Digi semakin jauh ketinggalan berbanding pesaing seperti Maxis/Celcom. Mungkin situasi ini agak pelik didengar terutama di pihak consumer seperti kita (saya yakin ramai diantara kita mengatakan Digi semakin meningkat naik), namun di pihak telco sendiri itulah yang berlaku. Saya telah lama mengikuti perkembangan ketiga-tiga ‘big player’ ini.

    Dari segi market share, mungkin boleh rujuk beberapa statistik berikut
    http://www.btimes.com.my/articles/epal01/pix_bottom
    http://epul.budak-u.com.my/images/marketShare.png
    Manakala, dari segi kewangan, Digi adalah telco yang paling menurun prestasinya apabila ARPU dan Margin yang terus menurun berbanding Maxis dan Celcom.

    Masih ingatkah anda dengan DiGi Broadband, sebelum dilancarkan ramai yang expect ‘too much’ dan akhirnya agak kecewa kerana ianya tidaklah terlalu murah seperti yang diharapkan, dan situasi yang sama jugalah berlaku terhadap iPhone ini.

    Saya menjangkakan, Digi akan menawarkan harga yang lebih murah semestinya, tetapi tidaklah begitu murah, just a slightly cheaper (on the device price) unless they are willing to subsidised more (but then again, they have to gain profit back through higher voice/data rates, so either one). Tapi, saya yakin pelan DiGi lebih menarik daripada pelan sedia ada yang ditawarkan Maxis.

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    fuh! panjang lebar komen ko. ada benarnya. ada yang aku setuju dan ada yang aku terkejut. kita tunggu dan lihat apa strategi digi. thanks untuk komen yang sangat byk pengetahuan am ni ;)

    [Reply]

  3. wazy says

    Digi sekarang ni tengah mencanak naik,lihat je la iklan dorang,mungkin satu hari nanti digi menjadi pilihan nombor satu negara ? kita tunggu dan lihat je la

    [Reply]

Trackbacks

  1. DiGi bakal menjadi pesaing Maxis untuk iPhone? | Orange 4 Kay

    Semalam aku terbaca di blog amanz.my tentang berita ini. DiGi akan membawa masuk iPhone ke Malaysia dan seterusnya menjadi pesaing Maxis. Banyak persoalan yang timbul dalam fikiran aku lepas mengetahui berita ini. Aku pasti ramai lagi yang terfikir ant…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge