Semalam aku terbaca di blog amanz.my tentang berita ini. DiGi akan membawa masuk iPhone ke Malaysia dan seterusnya menjadi pesaing Maxis. Banyak persoalan yang timbul dalam fikiran aku lepas mengetahui berita ini. Aku pasti ramai lagi yang terfikir antara soalan-soalan yang aku terfikir ini.
Adakah DiGi mampu menawarkan harga yang lebih murah dari Maxis untuk iPhone?
Pasti ramai yang sedang meneka-neka. Adakah DiGi akan menawarkan harga yang lebih murah untuk iPhone berbanding Maxis, atau sama sahaja atu mungkin lebih mahal. Kalau ikut logik, kebiasaannya, produk sebegini pasti harganya di kawal oleh pengeluar. Dalam kes ini, Apple mungkin mengawal harga iPhone yang di jual oleh telco di seluruh dunia. Tapi ini hanya teori aku sahaja.
Jika benar teori aku, tentang kawalan harga, pasti harga yang di tawarkan oleh DiGi lebih kurang dengan Maxis. Tetapi jika teori itu tidak benar, kita harus melihat dari perspektif lain. Perspektif lain, maksud aku, kita lihat harga-harga produk DiGi selama ini. Beberapa bulan lepas, DiGi mampu menawarkan harga yang lebih kurang 10 kali ganda lebih murah untuk Blackberry (aku tak ingat harganya) sehingga menimbulkan kekecohan dan insiden di kawasan roadshow mereka di One Utama. Dan jika kita lihat, selama ini DiGi menjadi market spoiler dengan menawarkan harga yang sangat rendah untuk produk dan servis mereka. Tanpa DiGi, pasti tiada persaingan sengit dalam industi telekomunikasi dan kita mungkin tidak akan menikmati kadar rendah untuk perkhidmatan telefon bimbit seperti sekarang. Jadi, dengan faktor ini, tidak mustahil DiGi mampu menawarkan harga yang jauh lebih rendah untuk iPhone dan memberi tekanan pada Maxis.
Apa yang akan terjadi pada Maxis?
Khabar angin yang aku dengar mengatakan Maxis sedang mengalami kesusutan pelanggan. Semenjak MNP (Mobile Number Portabality) di perkenalkan, semakin ramai yang meninggalkan Maxis termasuk aku, isteri dan beberapa orang rakan. Ramai yang berhijrah ke telco lain dan kebanyakkannya memilih DiGi. Aku dan isteri lari dari Maxis kerana caj yang terlalu mahal. Kawan-kawan yang lain juga mengatakan Maxis ada terlalu banyak caj tersembunyi. Sejauh mana kebenarannya, aku tidak pasti. Kawan-kawan aku yang baru meninggalkan Maxis melalui MNP ada menerima panggilan telefon dari Maxis bertanya kenapa beralih arah. Masa aku dan isteri meninggalkan Maxis setahun yang lalu, tak ada pula sesiapa yang telefon. Itu mungkin salah satu petanda mereka sedang mengalami kesusutan pelanggan.
Pada aku, satu-satunya faktor untuk orang Malaysia memilih Maxis hanyalah iPhone. Kontrak pembeli iPhone Maxis terawal telah tamat atau akan tamat dalam masa terdekat. Ada kebarangkalian mereka juga akan beralih arah. Apatah lagi bila DiGi membawa masuk iPhone dan menandingi harga mereka. Pasti ribut taufan bakal melanda Maxis. Satu-satunya faktor Maxis untuk bertahan kian rapuh. Nampaknya Maxis perlu bersedia dengan strategi untuk bertahan dari saingan DiGi.
DiGi di katakan akan membawa masuk iPhone bermula setengah tahun pertama 2010. Bermakna paling lewat, DiGi akan melancarkan iPhone pada bulan Jun 2010. Mungkin lebih awal. Apa pun, teaser yang di keluarkan DiGi benar-benar mengundang pelbagai persoalan. Mungkinkah untuk memberi hint awal kepada Maxis? Bagaimana dengan Celcom? Kita tunggu dan lihat.
Apa kata kau orang?
Sumber : amanz.my
loq says
Digi lagi tip top dari Maxis.Mungkin service(iPhone 3G) pun akan lagi murah dari yg ditawarkan oleh Maxis.I love Digi.
.-= loq´s last blog ..Melayu,Mat Rempit,dan…. =-.
izi says
maxis mahal ah call dia
digi murah sbb unlimited primary to supplementary
maxis 20 jam je kot
topo says
hoho tak sabar menanti pakej yang ditawarkan..
.-= topo´s last blog ..Koleksi Kotak Tisu yang Cool =-.
epool86 says
Ni pendapat aku,
Digi tidak akan boleh menjual Iphone lebih murah dari Maxis, kerana harga ditetapkan oleh Apple. Seperti yang kita sedia maklum, Apple TIDAK AKAN bersaing melalui harga sebaliknya bersaing melalui jenama dan kualiti, selama ini pun kita lihat harga iPhone overpice. Itu lah strategi Apple.
Walaubagaimanapun DiGi boleh memberi subsidi, bergantung kepada plan yang bakal dikeluarkan, ada dua kemungkinan sahaja. Iaitu, samada subsidi device lebih banyak tapi voice/data plan mahal, atau subsidi device sedikit sahaja tapi voice/data plan murah.
Perlu diingat, Digi perlu mengekalkan margin keuntungan untuk meyakinkan semula investor, kerana sejak 2008 (daripada performance report yang dikeluarkan setiap quarter) Digi semakin jauh ketinggalan berbanding pesaing seperti Maxis/Celcom. Mungkin situasi ini agak pelik didengar terutama di pihak consumer seperti kita (saya yakin ramai diantara kita mengatakan Digi semakin meningkat naik), namun di pihak telco sendiri itulah yang berlaku. Saya telah lama mengikuti perkembangan ketiga-tiga ‘big player’ ini.
Dari segi market share, mungkin boleh rujuk beberapa statistik berikut
http://www.btimes.com.my/articles/epal01/pix_bottom
http://epul.budak-u.com.my/images/marketShare.png
Manakala, dari segi kewangan, Digi adalah telco yang paling menurun prestasinya apabila ARPU dan Margin yang terus menurun berbanding Maxis dan Celcom.
Masih ingatkah anda dengan DiGi Broadband, sebelum dilancarkan ramai yang expect ‘too much’ dan akhirnya agak kecewa kerana ianya tidaklah terlalu murah seperti yang diharapkan, dan situasi yang sama jugalah berlaku terhadap iPhone ini.
Saya menjangkakan, Digi akan menawarkan harga yang lebih murah semestinya, tetapi tidaklah begitu murah, just a slightly cheaper (on the device price) unless they are willing to subsidised more (but then again, they have to gain profit back through higher voice/data rates, so either one). Tapi, saya yakin pelan DiGi lebih menarik daripada pelan sedia ada yang ditawarkan Maxis.
izma says
saya ngan suami pun beralih arah dari maxis penghujung tahun 2008 dulu even masing2 dah menjadi pengguna maxis sejak lebih 8 tahun! memang sangat bersyukur lepas beralih arah ni..
.-= izma´s last blog ..Platinum Movie Suites, Cineplex Damansara =-.
zik says
Tunggu dan lihat jelah… 🙂
.-= zik´s last blog ..Dasar petrol perlu ambil kira semua aspek =-.
Mr Kay Em Why says
mungkin. tapi kita tak tau betul atau tidak. jadi, kita tunggu dan lihat 😉
Mr Kay Em Why says
oh, unlimited ek? aku pakai je. tak perasan plak unlimited. haha
Mr Kay Em Why says
aku pon. walau pun aku tak minat nak beli, tp aku nak tgk sejauh mana dia nak lawan maxis dan apa yg akan jadi pada maxis
Mr Kay Em Why says
fuh! panjang lebar komen ko. ada benarnya. ada yang aku setuju dan ada yang aku terkejut. kita tunggu dan lihat apa strategi digi. thanks untuk komen yang sangat byk pengetahuan am ni 😉
Mr Kay Em Why says
so mmg maxis punya caj agak gila kan? sekarang byk berjimat?
Mr Kay Em Why says
yeah… kita tunggguuuuuu.. hehe
wazy says
Digi sekarang ni tengah mencanak naik,lihat je la iklan dorang,mungkin satu hari nanti digi menjadi pilihan nombor satu negara ? kita tunggu dan lihat je la
KNizam says
harga lebey kurang cuma service je dia kasi murah sket kot. apa2 pun semua data pakej telco msia mmg hampeh
.-= KNizam´s last blog ..Destinasi Bajet Season 3 is Back In Town ! Kali Ni Dengan Qi & Cheryl Samad & Jom MAS! =-.
Rara says
Kalau Celcom pun buat kan best T____________T
zaiMi says
dengar khabar celcom pun nak bersaing gak berebut tender iphone ni. alamatnya iphone jugak yang makin kaya. tapi aku setuju ngan point epool86, jangan expect “too much”. sebab takde syarikat berbisnes untuk rugi.
.-= zaiMi´s last blog ..Rakyat Malaysia Tak Suka Membaca =-.
samanosuke_04 says
hoho, pehal celcom tak masuk competition pun? ngahahha kesian tul.. aku pengguna celcom.. hohoho
.-= samanosuke_04´s last blog ..Sikit Follower Twitter? Jom Retweet! =-.
Irenelim says
Bagus la… lebih banyak persaingan, lebih murah ia akan jadi 🙂