Macam ni pun boleh jadi Support Hosting?


Semakin lama semakin banyak pengalaman aku dengan mereka yang mengendalikan support untuk hosting. Beberapa kejadian yang berlaku baru-baru ni betul-betul buat aku tertanya-tanya adakah mereka yang mengendalikan support ni benar-benar dari kalangan mereka yang layak? Pengalaman yang aku lalui agak mengerikan dan lawak. Aku pernah bercerita tentang peristiwa-peristiwa ini kepada beberapa orang dan mereka tergelak besar. Dalam bergelak ketawa dengan kerenah support hosting ni, tetap ada yang gelengkan kepala. Macam mana orang sebegini boleh di tugaskan untuk membantu pelanggan dalam hal hosting?

Kes 1

Aku tak dapat nak login ke cPanel. Cubaan beberapa kali gagal. Lalu aku emailkan masalah aku kepada support mengatakan aku tidak dapat login ke cPanel. Aku dapat beberapa reply dari beberapa orang support. Tapi satu reply sangat-sangat memeranjatkan aku. Dia tulis:

Kami telah memasuki cpanel anda menggunakan password XXXxxxx dan tidak menghadapi sebarang masalah.
Sila cuba reboot pc dan cuba sekali lagi.

Apa masalah dengan reply dari support ini? Mari aku bagitahu.

  1. Sesuka hati periksa password client walaupun untuk tujuan testing. Anda yang menggunakan cPanel, jangan gunakan password yang sama dengan password site lain. cPanel tak encrypt password. DirectAdmin encrypt ;-)
  2. Jawapan yang sangat Streamyx. Suruh reboot pc. Pernah kerja dengan support streamyx ke mamat ni?
  3. Reboot pc tak pernah ada kaitan dengan login mana-mana website. Kalau suruh clear cache atau check setting browser logik la jugak.

Akhirnya kes ini di selesaikan oleh support yang lebih senior. Aku kenal sangat dengan nama yg support yang reply email aku dgn efisyen dan jawapan yang masuk akal dan sangat membantu. Masalah berpunca dari cPanel yang baru di upgrade dan mempunyai tahap sekuriti yg terlalu tinggi.

Kes 2

Beberapa blog yang aku hostkan dalam akaun hosting yang sama mengalami masalah permalink. Bagi yang menggunakan wordpress selfhosted mesti tau apa itu permalink dan file .htaccess perlu diubah untuk support permalink. Setelah di periksa, semua mod_rewrite atau lebih dikenali sebagai file .htaccess tidak ada perubahan dari setting yang sepatutnya. Setelah menggunakan segala ilmu pengetahuan aku, masalah tersebut masih tidak dapat diatasi. Jadi aku hantar email kepada support berserta dengan link yang tidak berfungsi akibat kegagalan mod_rewrite. Sekali lagi, mamat yang menjawab secara bodoh pada kes pertama menjawab email aku.

Kepada Mohd Khairul Mohamad Yusof

http://domain-aku.com/malaysia/doa-kekasih.html

Kami dapati dalam domain-aku.com tidak mempunyai folder malaysia.

Sila pastikan path dan html untuk page tersebut berada dalam server

Respon diterima agak pantas. Tapi bila baca isi kandungannya, WTF?! Mamat ni tak buat case study dulu ke sebelum reply. Aku dah cakap masalah dengan permalink/mod_rewrite/.htaccess. Tiga-tiga nama aku bagi. Macam mana kau boleh jadi support untuk hosting kalau satu nama yang aku bagi tu kau tak pernah dengar dan tahu?! Aku pun reply semula dan terangkan sememangnya tidak ada folder malaysia dalam hosting terbabit dan ia adalah file wordpress yang sepatutnya di handle oleh .htaccess. Kemudian aku dapat reply yang kedua.

Cuba penyelesaian seperti di bawah

http://codex.wordpress.org/Using_Permalinks

Dia bagi aku link ke site wordpress untuk tutorial permalinks. Sangatlah menyirap rasa hati. Aku cakap mod_rewrite tak berfungsi bermakna aku dah buat benda tu tapi tak ada jadi apa-apa. Memang tension bila dilayan macam orang bodoh. padahal aku dah beritahu masalah aku dengan terang dan jelas. Dari jawapan dia, aku rasa memang dia tak faham apa itu mod_rewrite. Lantas aku reply email tersebut dengan ayat-ayat panas. Hati tak boleh tahan lagi beb. Inilah bunyi email yang aku hantar.

Encik *****,

Saya bukan nak tunjuk pandai. Tapi saya takkan contact support kalau saya boleh selesaikan masalah ni sendiri. Saya seorang programmer dan saya tahu apa yang perlu saya buat jika ada masalah. Tapi ternyata masalah ni bukan jenis yang saya boleh selesaikan sendiri. Masalah ini datang dari server. Mod rewrite yang ada tu saya dah pakai untuk beberapa lama dan tidak ada masalah. Masalah ini timbul semenjak minggu lepas. Kalau tidak silap saya ****** ada upgrade cpanel pada minggu lepas. Mungkin ada kaitan.

Saya minta staff lain tolong selesaikan masalah ini ASAP. Encik ***** membalas e-mail2 saya seperti tidak melakukan “study” pada masalah yang saya laporkan. Ini bukan pertama kali. Elakkan suruh customer restart pc bila customer mengadu tak boleh access website. Itu tidak membantu sama sekali.

Terima kasih.

Ayat-ayat aku kira ada gak cover-cover sikit. Kalau ikut hati, memang aku tembak kaw-kaw. Tapi lepas aku hantar email tu, aku terperasan blog ni pula terkena gangguan permalink. Blog ni memang berkongsi akaun hosting dengan blog-blog yang aku laporkan pada support. Tapi aku dah cakap blog ni tak ada masalah. Aku periksa file .htaccess aku. Memang dah diusik. Sekali lagi mamat ni menimbulkan kemarahan aku. Blog lain yang aku report, blog lain yang kau kacau. Kenapa??! Beberapa jam kemudian, senior support tersebut membalas email aku memberitahu bahawa ada masalah pada apache selepas mereka upgrade PHP 5.3.1 dan Apache dan mereka telah pun membetulkan masalah tersebut selepas aku membuat laporan.

Ini baru 2 kes yang aku kongsikan dengan kau orang. Banyak lagi kes-kes lain. Syarikat tempat aku bekerja selalu berhubung rapat dengan syarikat-syarikat hosting dari seluruh dunia. Mereka memang client syarikat tempat aku bekerja. Hampir setiap hari aku membaca email yang mereka hantar ke support syarikat aku. Dan banyak sangat soalan-soalan basic yang ditanyakan. Soalan yang dimana blogger biasa pun tau jawapannya. Ada juga soalan yang sebenarnya budak tingkatan satu pon boleh jawab tetapi semua soalan ini di tanya oleh mereka yang menjalankan bisnes hosting dan mereka yang bertanggungjawab menjaga support untuk syarikat hosting. Ada juga dari support syarikat hosting terkenal dan kononnya “terbesar” di Malaysia.

Antara soalan yang agak popular adalah berkenaan dengan .htaccess yang mana mereka tak tahu lansung apa itu .htaccess dan apa kegunaannya. Menakutkan bukan? Kita selalu bergantung harap pada mereka bila ada masalah tentang hosting, tapi nampaknya mereka yang jaga support ramai yang tidak layak berada di situ.

Apa kata anda yang pakai hosting? Keadaan ni menakutkan atau tidak?


Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

  1. says

    OMG.. teringin aku nak kenal badut mana yang jadi support hosting tersebut.. dia layan ko macam ko budak darjah 1 baru nak kenal apa itu blog plak.. aduhai….

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    OMG.. dah lama ko tak komen kat sini. haha

    tu la. gila menyakitkan hati kan? ikutkan hati aku mau aku bagi pelempang 2-3 das. nasib baik dia takde depan mata aku.

    [Reply]

    AyieBlog Reply:

    Salam mr kay 2lah padahnya kalau syarikat anak beranak,orang yang x tahu buat kerja di ambik kerja kerana ada cable + anak beranak padahal kerja hampess xtahu buat.. kalau ayielah malu je.. hahah :D
    .-= AyieBlog´s last blog ..Mimpi Aneh & Digangu Makhluk.. =-.

    [Reply]

  2. says

    Rupanya macam-macam style hosting ni.Hosting mahal pun kadang2 support tak bagus. Hosting murah faham-faham sajalah. So far guna 3 hosting berbeza boleh buat kesimpulan awal bahawa tak semestinya yang mahal bagus.

    Lepas setahun guna wordpress self hosting mungkin akan jumpa lagi macam-macam karenah hosting company.
    .-= blogresipi´s last blog ..Daging Prune =-.

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    mungkin silap mereka masa interview. kalau company kecik mmg faham la dia takde duit nak hire orang yg bagus. tp kalau company besar, mcm guna kabel je. boleh jahanam bisnes kalau ada manusia mcm ni dalam company.

    [Reply]

  3. says

    haha, mcm familiar jer ngan hosting senior support ngan junior support tu… pernah jgak kena hari tu… tergelak sakan depan laptop… mmg ketara support tak habis sekolah… kita tanya dia, dia tanya kita balik… kalo ada depan muka, dah tentu kena lempang sekali… huhu…
    .-= ah leng´s last blog ..IRIS ~ Korean Drama =-.

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    oh. kau kena jugak ke? tapi aku check, blog ko pakai hosting lain. hehehe. manusia2 mcm ni nasib baik kita contact pakai email je. kalau ada depan2, hari2 kot dia kena pelempang. haha

    [Reply]

  4. says

    hohoho macam tak sangka je hosting itu mempunyai support yang sebegini rupa.. pelatih kot.. budak2 praktikal.. hehehe
    .-= topo´s last blog ..Serlahkan Blog Dengan Favicon yang Unik =-.

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    hahaha. mungkin juga. tapi berani sangat depa kasi budak2 praktikal handle support sorang2 tgh malam. kes 2 aku tu berlaku tgh malam. aku cuma dpt respon dari dia sorg. pagi esoknya baru senior dia reply.

    [Reply]

  5. epool86 says

    so damn funny haha. tapi setakat ni aku takde masalah customer support dari hosting yang aku guna. aku ada pengalaman dgn 3 local hosting company dan 1 hosting company luar.

    ataupun maybe sebab hosting aku tak berlaku masalah2 teknikal seperti diatas kot. kalau tak maybe ade jgk support yg jawap mcm tu hehe.

    tapi sebenarnya, bahagian customer services/support ni selalu mcm ni. bukan kt company kecik jer, company besar2 pun sama (or lagi teruk haha). kalau careline telco jawapan paling popular (bila dia takde idea) ialah “Encik tutup handphone 10 minit, pastu ON balik okay” haha..

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    hahaha. itu normal. actually kalau support telco atau company besar2, dia orang ada skrip untuk dibaca. Skrip tu WAJIB dibaca pada pelanggan. kalau tak markah kurang dan boleh dibuang kerja. Haha. Tapi kalau support hosting buat mcm tu, jahanam la. Memang takde customer la jawabnya. hahaha

    [Reply]

    myfr3ak Reply:

    Haha, yang “skrip” yang tak boleh tahan!

    Macam yang bro cakap la pasal streamyx tu, kita dah tau masalah berpunca dari orang, boleh pulak dia suruh kita periksa kabel semua bagai. Dia ingat orang malaysia ni ‘ZERO’ knowledge in IT agaknya.

    ZZZ
    .-= myfr3ak´s last blog ..Kehidupan dan Keyboard =-.

    [Reply]

  6. says

    Version Cpanel baru mmg tak stabil lagi dan makan banyak load tak silap. Pasal mod_rewrite, boleh berlaku bila server auto reboot (load tinggi,crash,dsb). So nak taknak kena recompile balik. Proses compile mmg ambil masa, n slalu org buat malam so tak kacau.

    Pasal password, admin da ada access root. Tapi tak silap, reseller bun boleh akses pakai pass dia. Tak perlu nk tayang2 privasi customer.

    Untuk masalah permalinks di wordpress, login via FTP, pergi ke .htaccess, dan CHMOD je 666 pada file tu, kemudian save balik permalinks dalam wp-admin.

    Pasal restart PC tu tak dapat nak cakap pape. Nampak sangat noob. Aiyo. Huhu..
    .-= Hanep´s last blog ..Streamyx Cool Uni Pack Student Package with Free Netbook! =-.

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    aku tak paham kenapa hosting company nak upgrade semua tu dalam keadaan tergesa2? tak boleh ke tunggu sampai orang kata betul2 stabil baru upgrade? pelik tol aku.

    pasal password tu, mmg tak sepatutnya dia tayang password user. entah apa2 support macam ni.

    [Reply]

  7. says

    Salam,

    Jarang sangat sentuh Cpanel ni. Ini kerana customer biasanya pilih directadmin atau kami propose directadmin.

    Directadmin lebih senang nak manage dari segi admin dan user-end.

    Orang pilih cpanel pasal Fantastisco ? Installatron dah beat fantastisco dari segi support and software update.

    … uhmm macam off topic jek”

    Salam,

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    rasanya orang lebih pilih cpanel sebab dah terbiasa. dari dulu cpanel. lagi pon benda dah lama kan. lagi satu kalau perasankan bro, DA sangat simple. sampai susah nak paham macam mana nak buat. sbb takde sample atau details. Esp part DNS setting mcm MX, CNAME ape semua tu ;-)

    [Reply]

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge