Berkenalan dengan pembaca blog. Mari!

Setiap orang ada citarasa tersendiri. Bagitu juga dalam memilih blog mana yang ingin di baca. Aku pasti, setiap orang ada blog yang mereka gemar baca setiap hari. Kadang-kadang ada yang sampai marah-marah kalau blog yang di gemari tidak di update dalam satu tempoh masa tertentu. Tahap ketagihan tegar tu. Parah sangat. Haha.

Setiap orang juga ada cara tersendiri untuk memastikan mereka akan sentiasa mendapat alert jika blog yang mereka gemar telah update. Ada yang menggunakan Google Reader, RSS reader di telefon bimbit, RSS email alert, follow blog tersebut di NetworkedBlogs (facebook app), senaraikan RSS reader di satu page blogspot khas (contohnya seperti http://thelinkies.blogspot.com/) dan macam-macam lagi.

Pembaca blog juga ada pelbagai jenis. Ada yang memilih untuk menjadi silent reader, ada yang baca blog untuk mencari point bergaduh dengan owner blog (aku tak paham manusia macam ni), ada stalker dan ada yg rajin meninggalkan komen.

Tiba-tiba aku jadi curious. Perasaan ingin tahu timbul dalam diri aku. Aku tertanya-tanya siapa pembaca blog aku? Ada yang aku kenal. Tapi rasanya macam ramai yang aku lansung tak kenal. Aku rasa jumlah pembaca yang melanggan RSS aku menunjukkan peningkatan sejak minggu lepas. Dan terus terang aku katakan, aku terkejut bila ada 19 follower di NetworkedBlogs (owner akan menjadi follower pertama di NetworkedBlogs masing-masing). Di NetworkedBlogs saja ramai yang aku tidak kenal. Apatah lagi aku terjumpa satu blog yang meletakkan RSS blog aku di sidebar dibawah katagori “favorite”. Aku tak pernah masuk blog tersebut dan tidak kenal dengan pemilik blog tersebut.

Jadi, apa kata pembaca blog aku perkenalkan diri di ruang komen. Terutama bagi mereka yang aku tak kenal dan silent reader (kalau ada). Beritahu sekali cara yang anda gunakan untuk mengetahui perkembangan blog ini. Google Reader? RSS reader yang lain? Senaraikan RSS blog ini di sidebar blog? Senaraikan RSS blog ini di page blogspot khas?

Mari. Aku ingin sangat berkenalan dengan kamu, kamu dan kamu. Err, kamu semua lah. Mari kita berkenal-kenalan dan merapatkan silaturrahim. Apa pun, terima kasih aku ucapkan pada kamu semua, pembaca blog ini. ;-)

Sumber gambar : Google Images

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

  1. says

    salam…

    wlupun dh berblogging slma 4 thn, tp jujur sy ckp sy tak pernah ada usaha utk mengenali each n every one of my blog’s reader(s). entahlah. pembaca ni datang dan pergi. ada yg stay sepanjang 4 tahun lau tu kenal la(most probably sbb dia tu ex-clasmate, ex-schoolmate atau mmg kwn-kwn sejak whenever…)

    hehe…

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    cuba sesekali cuba berkenal-kenal. Sepanjang hampir 5 tahun aku berblog, ramai sangat aku kenal dan biasanya kawan2 blog ni la yang tolong aku susah senang.

    [Reply]

  2. says

    erk, saya tak tahu nak letak diri saya dalam kategori apa. Saya sedikit failed mahu ikut blog rakan-rakan sekarang ni. Now, baca bila ingat saja.. Contoh, bila saya teringat anda, saya buka blog anda, baca semua entri yg macam terlepas. Begitu juga dgn orang lain. Tak boleh nak konsisten sangat dah sekarang. Huhuhu
    .-= seri lyana si permaisuri´s last blog ..Semak yang ribut =-.

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    terima kasih sbb masih ingat pada blog ni :D

    [Reply]

  3. says

    aku baru tahun ni nak berkenalan dgn local bloggers.. :) salam

    [Reply]

    Roslan Nazri Reply:

    bagus2…=)

    salam kenal dgn mr kay..hehe..kenal dan jumpe dah.. 1st time kat mid..hope next time we can meet to gather2 again… :)
    .-= Roslan Nazri´s last blog ..Perkhidmatan Plus Memang Terbaik! =-.

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    insyaAllah, bila2 ada kelapangan nnt, kita jumpa la ;-)

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    Hoho. ye ke? Bagus

    [Reply]

  4. says

    saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. saya tak pandai memprogrem macam anda. minta tunjuk ajar ye. terima kasih.

    P/S: kantoi la macam ni… macam mane nak jadik silence reader… chiss.. haha
    .-= Kreuger´s last blog ..Pilllow talk. =-.

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    err.. aku rasa ko boleh tahan hebat. apa nak rendah diri ni. haha

    P/S : alah, satu entry je. hahaha :p

    [Reply]

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge