Orange 4 Kay

Bukan Omongan Kosong

| Ambil DuitKu | LoveBaby.MY | Apesal.com |

Real Time Web Analytics

Creative Commons License
Orange 4 Kay by Mr Kay is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

Powered by AIMedia

Siapa ajar kau serang rumah ibadat?

January 8, 2010 by Mr Kay Em Why 27 Comments

Terkejut, marah, sakit hati bila aku terbaca tweet oleh @shamhardy mengenai sebuah gereja di Kuala Lumpur yang di bakar tengah malam tadi. Ternyata perbuatan ini di kecam bukan sahaja oleh penganut agama Kristian malah menerima kecaman dari ramai kawan-kawan aku yang beragama Islam. Ramai yang meluahkan perasaan tidak senang terhadap serangan tersebut di twitter dan facebook.

Sejak awal isu penggunaan nama “Allah” oleh penganut kristian timbul aku dah tergerak untuk membincangkannya di sini. Tapi bila mengenangkan ilmu aku yang tak seberapa, aku bertindak untuk tidak membincangkan di sini. Bila serangan ini berlaku, aku rasa aku tak boleh berdiam diri lagi.

Bagi aku, orang Islam terutama Melayu kita terlampau cepat melenting dan tidak berfikir panjang sebelum menentang sesuatu. Bagi mereka, bila ada saja isu yang timbul menyentuh agama Islam, mereka perlu melenting dan berdemonstrasi di jalanan. Mereka tidak pernah mengambil masa untuk duduk seketika, membuat kajian terhadap isu yang timbul, berbincang sesama sendiri sebelum membuat apa-apa keputusan sama ada menentang atau menyokong. Mereka melaungkan untuk jangan cuba mengganggu gugat Islam di Malaysia. Tapi mereka sendiri tidak cukup ilmu mengenai Islam. Mereka sendiri ramai yang mengabaikan ajaran Islam. Berapa ramai yang sering menyertai demonstrasi atas nama Islam yang benar-benar mengikut ajaran Islam? Berapa ramai yang tidak melakukan maksiat? Berapa ramai yang tidak mengamalkan rasuah dan persoalan paling pokok, berapa ramai yang menunaikan solat 5 waktu sebaik sahaja masuk waktu?

Ok cukup. Aku tak mahu ulas panjang-panjang isu penggunaan nama “Allah”  oleh penganut agama Kristian. Aku nasihatkan supaya kita cuba kaji sedalam-dalamnya sebelum kita protes. Fahamkan apa yang kita kurang faham. Dan ingat, mereka menggunakan saluran yang betul. Mereka memohon pada mahkamah. Kau menjerit menentang di jalanan tak ada guna. Jika kau ingin menentang, gunakan saluran yang sama. Gunakan mahkamah. Apa pun, aku cadangkan kau baca artikel oleh Dr. Asri dan Ustaz Hasrizal mengenai isu ini. Aku mempunyai pendapat yang sama dengan mereka.

Mengenai gereja yang diserang. Jika benar di lakukan oleh seorang Islam, aku memang sedih. Rasulullah melarang pejuang-pejuang Islam untuk memusnahkan rumah ibadah mana-mana agama ketika berperang. Itu ketika perang, Rasulullah melarang. Seperti yang aku katakan tadi, orang melayu kita memang suka bertindak melulu. Mengajar melalui kekerasan. Itulah cara orang melayu kita dari dahulu. Walhal Islam itu lembut dan tidak pernah menyuruh umatnya menggunakan kekasaran.

Tetapi tidak mustahil jika serangan ini dibuat oleh bukan Islam. Mengambil kesempatan ketika isu antara Islam dan Kristian sedang memuncak. Seperti sengaja untuk melaga-lagakan rakyat Malaysia dan menimbulkan huru hara. Jika benar, orang seperti ini tidak layak tinggal di Malaysia ini!

Apa yang aku harapkan, tidak ada yang menunding jari. Jangan ada kekecohan yang berlaku. Jangan ada rusuhan kaum seperti 13 Mei 1969 berulang kembali. Aku hanya rakyat Malaysia yang ingin terus hidup dalam keadaan aman.

Edit (tambahan sedikit)
Aku tak faham kenapa semua benda perlu di politikkan di Malaysia ni. Pilihan raya sudah lama berlalu. Boleh tak kita hidup sebagai rakyat Malaysia dan bukan sebagai pengikut mana-mana parti politik. Bila ada saja isu yang timbul, mesti di politikkan. Cukup-cukup lah tu. Aku dah naik meluat tengok. Sekarang ni, ada saja benda berlaku, mesti di politikkan. Sampaikan pagar DUN Perak runtuh beberapa bulan lepas pun di politikkan. Dey bangang! Akai ada ka? Campak la politik tu jauh-jauh.

P/s : Allah beri manusia akal supaya manusia menggunakannya sebaik mungkin dan bukan menimbulkan kekecohkan di muka bumi. Berfikir menggunakan akal, bukan nafsu amarah mahupun hati yang di hasut oleh syaitan. Pepatah melayu ada kata, “Ikut Hati Mati, Ikut Nafsu Lesu, Ikut Rasa Binasa”.

Filed Under: Abstrak Kehidupan, Politikus Tagged With: gereja di bakar di malaysia, gereja di serang, herald, isu penggunaan nama ALLAH oleh kristian, pendapat dr asri, pendapat dr maza, pendapat saifulislam, pendapat ustaz hasrizal

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

  1. YuSeNzE says

    January 8, 2010 at 5:46 pm

    Hmm~~~ very sensetive issue… but still have to concern…
    .-= YuSeNzE´s last blog ..Tidak Solat Jumaat Kerana Bekerja =-.

  2. Mr J says

    January 8, 2010 at 5:47 pm

    saya setuju dengan anda. . nak juga buat entri tapi takut sebab ilmu aku bukannya tinggi.
    .-= Mr J´s last blog ..Aku Bukan Gay – Cerita Penuh – Spekulasi – =-.

  3. ween says

    January 8, 2010 at 5:58 pm

    well written entry 🙂
    .-= ween´s last blog ..Ini cerita tahun lepas =-.

  4. EkorAyamJantanMolotov says

    January 8, 2010 at 6:10 pm

    ada pihak yang bertepuk tangan
    .-= EkorAyamJantanMolotov´s last blog ..Antara Bakar & Hilang =-.

  5. blowie says

    January 8, 2010 at 6:19 pm

    politik hanya mengeruhkan keadaan aje,orang tu provoke orang ni dan orang ni provoke orang tu. Last2 gaduh.

    Tapi bab Dr Asri tu saya tak brapa setuju.

    Allah itu adalah tuhan seluruh alam. Tuhan bagi semua umat manusia.

    Kalau ikutkan sebenarnya, penggunaan nama Allah adalah untuk agama samawi (agama yang dtg dr tuhan directly bukan manusia sebagai pengasas) dan itu termasuklah agama Kristian.

    Tetapi makna Allah untuk agama samawi adalah tuhan yang satu. Allah ahad. Jadi apabila Kristian skarang (Yang jelasnya tidak mendefinisikan tuhan sebagai satu malah percaya dengan kewujudan konsep triniti), itu yang mendatangkan pentakrifan yang salah dan harus diperbetulkan.

    Allah itu bukan translation dari Arabic word stands for God. translation God in Arabic is Ar-Rab (Tuhan).

    Yang penting sekarang ialah umat Islam itu sendri yang kena kenal pasti maksud Allah bagi Islam dan mendalami ilmu Islam lebih dalam. Jika pendidikan dari awal diberikan tidak mungkin kekeliruan mengenai Allah itu bersifat triniti bagi Islam.
    .-= blowie´s last blog ..[Gambar Esklusif!] Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati dibakar! =-.

  6. Fhatiah says

    January 8, 2010 at 6:24 pm

    just harap semua orang jgn cepat buat kesimpulan melulu. Selagi tak dapat tangkap the culprit, identiti agama dan bangsanya juga kita tak tahu.

  7. Mr Kamikaze says

    January 8, 2010 at 6:24 pm

    Ntahlah..susah nak pastikan siapa yg bakar gereja nie..mkin org melayu yg beragama islam, tetapi x mempunyai keimanan dan kesabaran yg kuat..mgkin jgk boleh jadi org yg beragama kristian jgk yg bakar utk menjadikan perkara nie lebih panas…atau pun boleh jadi dilakukan oleh org luar yg mahu menawan negara kta nie dgn cuba melemahkan negara dgn mencetuskan perang saudara di negara kita nie..biarlah pihak keselamatan negara kita yg menyelesaikan kes ini..
    .-= Mr Kamikaze´s last blog ..Pembunuh Kejam 4 Sekeluarga di tangkap!!! =-.

  8. mi vida says

    January 8, 2010 at 6:42 pm

    Salam..siapalah yg punya angkara ni kan..takut sangat kalau malaysia ni nnt jadi huru hara..
    inilah kesan bertindak mengikut nafsu,bukan berlandaskan akal..x berfaedah lgsung kalau Allah bagi akal tapi x guna dgn betul..
    Islam itu lembut dan mendamaikan..apa pulak nanti org kafir fikir kt Islam..(kalau betul la org Islam yg buat..sbb dunia skrg ni, mcm2 kemungkinan boleh berlaku..)
    .-= mi vida´s last blog ..Ketaksuban kepada Blog – Part 2 =-.

  9. Ichigo says

    January 8, 2010 at 6:44 pm

    Nice post.. no comment
    .-= Ichigo´s last blog ..Laman Muat Turun Yang Best Giler !! =-.

  10. Anarm says

    January 8, 2010 at 8:42 pm

    aku pn pelik.. nk pertahankan Islam tapi buat tunjuk perasaan kt jalanan.. memburukkan imej Islam je dok huha huha kt tgh2 jln.. kt malaysia ni kn ade sediakan saluran utk sape2 yg tak puas hati..

    nilah padahnye kalau sume bende nak dipolitikkan.. smpai agama pn nk dipolitikkan, ape hey?
    .-= Anarm´s last blog ..Sembunyikan versi wordpress daripada Hackers =-.

  11. kyuubi says

    January 8, 2010 at 10:18 pm

    saya tak tahu apa sebenarnya isu yang diperkatakan ni.. huhu
    dan kes serang gereja ni mungkin dilakukan oleh pihak yang ingin melaga-lagakan kita.. tapi hanya tuhan yang tahu kebenarannya..
    .-= kyuubi´s last blog ..Siapa Nostradamus =-.

  12. megat says

    January 9, 2010 at 12:06 am

    apa nak buat kay, bukan kata negara kita je, negara lain pun macam tu juga kan? cuma negara kita ni negara majmuk. sebab itu ada yang tidak berpuas hati.

    aku rasa yang terlibat menjadi penghasut mungkin bukan dari kalangan orang kita, mungkin dari orang luar yang cemburu. aku kata mungkin la.

    politik juga boleh jadikan sandaran. yalah parti tu nak jatuhkan parti ni lepas tu guna parti sinun. yang pasti ia tidak bermusim malah berterusan.

    jadi, isu seperti ini boleh menjadi isu besar sebab ia bersangkut paut dengan keagamaan.
    .-= megat´s last blog ..3 Gereja Dibakar, Otak Udang!? =-.

  13. Dieyla says

    January 9, 2010 at 9:35 am

    dunia akhir zaman. (-_-“)
    .-= Dieyla´s last blog ..Avatar! =-.

  14. Mr Kay Em Why says

    January 9, 2010 at 1:38 pm

    yes, mmg isu yang sangat sensitif. tapi rasa dah sampai masa untuk meluahkan.

  15. Mr Kay Em Why says

    January 9, 2010 at 1:41 pm

    mungkin boleh cuba dengan entry yang neutral. tidak terlalu menyokong, tidak terlalu menentang. tapi memang diakui, sukar untuk buat entry yang neutral

  16. Mr Kay Em Why says

    January 9, 2010 at 1:44 pm

    thanks ween 😉

  17. Mr Kay Em Why says

    January 9, 2010 at 1:47 pm

    dan pihak yang bertepuk tangan itu yang patut di perangi

  18. Mr Kay Em Why says

    January 9, 2010 at 2:12 pm

    politik memang mengeruhkan keadaan. masing-masing cuba jadi hero bila isu hangat timbul. masing-masing cuba berlagak pandai. masing-masing cuba menarik perhatian penyokong masing-masing. dulu tak ada mcm ni pon. sekarang ni orang malaysia mcm dah jadi bodoh tak dapat nak asingkan realiti kehidupan dengan drama politik.

    penjelasan kau tu ada benarnya. ada fakta di situ. macam yang aku kata, ilmu aku pon tidaklah tinggi sangat. tapi kita kena teliti dan kaji satu persatu sebelum kita mengambil keputusan untuk menentang atau menyokong.

  19. Mr Kay Em Why says

    January 9, 2010 at 2:14 pm

    betul juga. tapi di sebabkan isu penggunaan nama “Allah” ni tengah panas, jadi org tunding jari pada muslim. mungkin ada yg menangguk di air keruh. kita tunggu dan lihat

  20. Mr Kay Em Why says

    January 9, 2010 at 2:16 pm

    yerp. setuju. mungkin juga pihak yang ketiga yang sengaja ingin melaga-lagakan orang malaysia dan meragut keamanan negara kita. apa yg pasti, motifnya agak jelas, ingin menimbulkan suasana huru hara dan mencetuskan perang saudara

  21. Mr Kay Em Why says

    January 9, 2010 at 2:18 pm

    siapa pun yang punya angkara, memang jelas motifnya untuk menimbulkan huru hara kat negara yang aman ni.

    wallahualam…

  22. Mr Kay Em Why says

    January 9, 2010 at 2:19 pm

    thanks Ichigo

  23. Mr Kay Em Why says

    January 9, 2010 at 2:23 pm

    dulu, tunjuk perasaan kat jalanan bukan budaya rakyat malaysia. tapi lepas di mulakan oleh beberapa pihak, tunjuk perasaan jadi budaya pulak kat malaysia ni. rakyat malaysia semakin dibodohkan dan semakin dibutakan mata supaya tak nampak saluran-saluran yang ada.

    aku dah lama letih tengok pihak-pihak yang mempolitikkan agama. tak tau nak cakap apa dah. menggunakan agama sebagai alat untuk kepentingan politik mereka. dalam kubur nanti pandai la jawab sendiri.

  24. Mr Kay Em Why says

    January 9, 2010 at 2:24 pm

    betul kyuubi, mereka yang menyerang gereja ni pihak yang sengaja nak melaga-lagakan rakyat malaysia. wallahualam.

  25. fadh says

    January 9, 2010 at 4:05 pm

    kejadian membakar gereja baru2 ni mmg patut di kecam. Islam x ajar penganutnya membuta tuli membakar atau menyerang mana2 rumah ibadat. kerajaan mmg patut 100% menyiasat perkara ni dan jgk menghalang kejadian serupe berulang.

    lg 1 kerajaan dgn polis mmg patut jgn memberi kebenaran kpd pihak2 utk membuat sebarang demonstrasi. ni akn mengeruhkan lg keadaan memandangkan isu ni sgt sensitif. ade byk lagi cara utk menunjukkan ketidakpuashatian. demonstrasi bkn caranya.
    .-= fadh´s last blog ..Announcement =-.

  26. x-po says

    January 9, 2010 at 6:29 pm

    kalau tkt api menyambar kita, jgn nak ngada2 bermain api..tgk, kan dh kne bakar gereja..
    .-= x-po´s last blog ..AKU TAK NAK JADI MACAM SI CAPIK =-.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *