Alahai. Fokus hilang, semangat pun hilang

Semalam dapat keputusan 360 review a.k.a KPI.
Perkara pertama tengok, kenaikkan gaji. Alahai :(
Lepas tu tengok komen. Alhamdulillah. Banyak komen positif.
Ramai juga yang kata fokus aku hilang.
@azri83 cakap mungkin jatuh bawah katil.
Tapi aku rasa jatuh dalam twitter la.
Aku cuba tak buka twitter waktu kerja. Tengok fokus tu datang tak kat aku.
Tapi sekarang bukan fokus aku je yang hilang, semangat pun entah ke mana.
Semangat untuk teruskan perancangan aku selama ni pun dah tak ada.
Nak pandang blog ni pun macam dah tak ada rasa. Idea untuk entry semua hancur.
Mungkin aku perlukan cuti. Untuk mencari permata semangat yang hilang.
Atau aku hanya perlu dengar lagu “XPDC – Semangat yang hilang” berulang kali sampai muak.
Mungkin, mungkin, mungkin aku pula yang hilang lepas ni.

P/s : lama dah tak tulis entry merapu, pendek dan sengal sebigini di blog ini. *sigh*

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

  1. says

    ini perkara yang kerap terjadi untuk blogger yang selalu update blog. tapi bila lepas entri seperti ni dikeluarkan.. rasa macam dapat satu anugerah membuak-buak dengan segala macam idea nak tulis kat blog. haha ini stended ma.

    tak pe.. cuba rilek dulu dalam sehari dua. menulis blog peribadinya kadangkala panjang kadang-kala beberapa perkataan saja dah cukup. apa yang penting, maksud nak disampaikan adalah jelas. berbeza dengan blog informasi atau blog artis, penulis tersebut perlukan fakta yang betul sebelum menulis.

    ok ok.. toksah pening kepala.. anggapkan menulis blog peribadi ni sebagai satu diari berbayar yang agak ekslusif. mudah jer. kalau rasa nak update… pastikan berlambak gambar kenangan. kalau malas… jangan sesekali keluarkan tajuk:- hari ni aku tadek mood nak menulis blog. aku tadek idea bla bla bla…

    kalau nak blog pribadi tuh rasa macam pelengkap.. apa yang kita nampak, cuba olahkan dalam sudut pemikiran yang lain. sebagai contoh kita nampak seekor semut… apa yang kita pikirkan? so dari situ akan timbul idea untuk menulis catatan peribadi di blog. oh.. jangan lupa gambar ya. itu penting. kita bukan tamar jalis yang menulis novel seram tuh. kalah dah sampai tahap gaban macam tuh, entri tadek gambar pon orang suka nak bace. hehe

    sekian dulu dari saya yang keterlanjuran berkomen segara gantang plak pada kali ni. salam ceria dan salam mesra.

    P/S: erk.. tadek tanda┬▓ lagi ker bro? tingkatkan usaha ya. aku doakan hang dan pasangan sentiasa gembira. amin~

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    haha. kalau ikutkan, dulu mmg blog ni blog peribadi. tapi sekarang aku cuba keluarkan blog ni dari kategori tu. sekali sekala update pasal peribadi tu ada la. tapi tak selalu macam dulu walaupun dulu lagi banyak orang bertandang. haha. aku dah tak berapa suka jaja perihal aku dekat blog ni sejak bekerja. ada satu lagi blog yang khas untuk peribadi. ;-)

    entry ni pun secara tak sengaja aku taip. haha. saja nak meluahkan apa yang aku rasa masa tu. musnah segala semangat.

    tapi nasihat kau tu sangat mahal. bagus juga ko tulis kat sini, orang lain boleh baca dan dapat manfaat. hehe. tapi aku dah kurang modal gambar. sebab tu entry aku biasa kosong tanpa gambar. sekali sekala ada la.

    P/s: belum lagi bro. rileks. baru nak mulakan usaha di bulan baru. hahaha.

    P/s2: dah baca entry baru aku? terbaek untuk orang dah kawen. haha

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge