Beberapa hari lepas bos aku mengadakan satu slot motivasi di pejabat. Sesi motivasi yang berkisar tentang topik “Dream” atau Impian. Aku tak pernah menulis tentang Impian aku di blog. Kenapa tidak aku tulis sekarang, ya tak?
Satu ketika dulu, aku sangat banyak impian. Tapi impian hanya tinggal impian kalau kita tak mengambil langkah untuk mencapai impian kita. Betul tak? Impian aku yang banyak tu bukan dari satu aliran atau bidang. Sebab tu impian-impian aku kebanyakkannya hanya tinggal impian. Kadang-kadang keadaan yang menghalang impian aku. Apa yang aku pernah impikan ya? Erm..
- Berlakon teater di Istana Budaya.
- Berkahwin pada umur 22 tahun!
- Mempunyai Software House sendiri.
- Membeli rumah yang selesa (atas tanah, tak nak sarang burung merpati!)
Banyak yang aku dah lupa. Haha. Tinggal 4 je yang aku ingat.
Impian aku yang pertama tu memang aku nak sangat-sangat untuk capai. Tapi aku rasa dah sampai masa untuk aku lupakan. Aku dah pon dalam industri IT dan dah lama tinggalkan teater. Tapi kalau satu hari nanti ada peluang yang datang, kalau kene dengan masa dan keadaan, kenapa tidak aku terima saja kan? 😉
Haa.. Impian aku yang kedua dah terang-terang tak tercapai. Mesti ramai tertanya-tanya kenapa aku nak kahwin pada umur yang agak muda. Erm. Aku tak nak sentuh tentang tu dalam entry ni. Lain kali mungkin. Tapi apa pun, tak lama lagi aku akan menamatkan zaman bujang aku. Moga dipermudahkan semuanya. Amin…
Aku tak ingat sejak bila timbul impian aku yang ketiga ni. Aku dari kecil tak minat bidang perniagaan. Tapi dari kecil lagi aku dah di heret dan di suruh membantu abah aku untuk menguruskan perniagaan. Aku tak ingat dah berapa banyak perniagaan yang abah aku buat. Banyak aku belajar tentang selok belok perniagaan sampaikan kadang-kadang aku boleh berfikir seperti seorang businessman walaupun hakikatnya aku tak minat berniaga. Sekarang sudah timbul minat untuk berniaga. Lagipun sampai bila aku nak bekerja untuk orangkan? Dan sekarang ini aku dan seorang kawan aku sedang mengusahakan untuk menjadikan impian ni satu kenyataan. InsyaAllah. Doakan la ya!
Impian ke empat ni aku benar-benar rasa nak realisasikan secepat mungkin. Tapi keadaan kewangan aku belum mengizinkan lagi. Ramai juga kawan-kawan aku menghentam aku kerana aku “memilih” sangat tentang rumah. Tak mahu tinggal di rumah tinggi-tinggi. Sebenarnya aku tak suka tinggi. Ya, aku malas nak turun naik. Aku paling benci dengan situasi lif rosak. Dan bagi aku lebih banyak masalah tinggal di rumah tinggi-tinggi ni.
Apa pula impian kau-orang? Aku teringin nak tau impian Mael, Yonna, anot, lyana, ynaa dan diane. So, anggap ni macam taglah. Listkan impian kau-orang dan nyatakan kenapa. Boleh? Tak boleh pon bolehkan saja! :p
anot says
well, geli ah!
oke oke nanti aku buat.
dapat duit tak?
Fadh says
no 3 tu insyaAllah kay 😀
yonna says
huishh. entry utk esok ya bro! comel tajuk tag ni hehe. 🙂
i consider it as karangan boleh tak? HAHAHHAA
may all ur dreams come true 🙂
seri lyana si permaisuri says
kay..
I pn ada terfikir nak wat dream list. Tapi tak pnah smpat nak buat..
ehehehe thanks for your tag.
yes, i will do.. but late okey… 🙂
PakciQue says
Aku pun banyak juga impian yang pelik-pelik.
1. Aku minat muzik tapi aku tak pandai menyanyi dan aku tak pandai baca nota lagu. Jadi, bermain dram adalah impian aku.
2. Aku minat gila dengan Jackie Chan dan aku mempunyai impian untuk menjadi Stunt-Man.
3. Aku sangat minat dengan silap mata. Dan aku juga pandai bermain silap mata. Dan aku teringin nak jadi Ahli Silap Mata yang profesional.