Archive for March, 2009

Countdown to EarthHour 2009

Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum seluruh Malaysia dan seluruh dunia am nya menyambut Earth Hour 2009. Mari sama-sama menyokong earth hour dengan memadamkan lampu pada Sabtu, 28 Mac, dari 8.30 malam hingga 9.30.

Antara landmark di Malaysia yang akan turut menyokong Earth hour 2009 adalah :

  • Menara Berkembar Petronas (KLCC)
  • KL Tower
  • Dataran Merdeka
  • Menara Taming Sari, Melaka
  • Pejabat Perdana Menteri
  • Masjid Putra
  • Kementerian Kewangan
  • Bangunan Kastam Diraja Malaysia
  • Bangunan LHDN & Bahagian Pinjaman Perumahan
  • Menara PjH
  • Kementerian Pembangunan Keusahawanan
  • Bangunan KPDNHEP
  • Audit Negara & Jabatan Imigresen
  • Istana Kehakiman (POJ)
  • Wisma Tani
  • Kementerian Sumber Asli
  • Bangunan DCA & Kemeterian Belia dan Sukan
  • Kompleks Perbadanan Putrajaya
  • Jabatan Pendaftaran Negara
  • Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
  • Bangunan Hal Ehwal Undang- undang
  • Dataran Putra
  • Dataran Putrajaya
  • Dataran Gemilang
  • Dataran Wawasan
  • Jambatan Sri Gemilang
  • Jambatan Sri Saujana
  • Jambatan Sri Wawasan
  • Jambatan Putra
  • Putra Mosque
  • Bangunan Sultan Abdul Samad
  • Perpustakaan DBKL
  • Menara 1 DBKL, Jalan Raja Laut
  • Menara 2 DBKL, Jalan Raja Laut
  • Menara 3 DBKL, Jalan Raja Abdullah
  • Bangunan Kelab DiRaja Selangor

Terlalu banyak kalau aku nak senaraikan semua. Apa yang pasti, persoalan rakyat Malaysia sebelum ini, Adakah KLCC akan menyokong Earth hour sudah terjawab. KLCC adalah bangunan paling terang di KL dan cahayanya boleh nampak dari jauh. Aku bercadang untuk bersiar-siar di sekitar KLCC pada Earth Hour untuk menjadi saksi. Ada sesiapa nak ikut?

Quick Update

Lama dah aku tak update. Hari tu ada aku draft entry tentang kerja baru aku. Entah mana dia hilangkan diri. Lantaklah, ada mood nanti aku taip balik entry tu.

Update #1
Tinggal lebih kurang 5 hari saja lagi untuk kita sama-sama memadamkan lampu selama sejam untuk EarthHour. Kau dah daftar? Kalau belum, daftar sekarang di http://www.earthhour.org/malaysia . Tunjukkan sokongan anda sebagai seorang rakyat Malaysia yang peka dengan masalah Pemanasan Global!

Earth Hour ada hantar email pada aku. Mereka bagi cadangan apa yang boleh dilakukan pada 28 Mac 2009 dari pukul 8.30 malam hingga 9.30, selama sejam Earth Hour disambut. Ini senarai yang mereka beri :

1. Gather family & friends for a night picnic
2. Dine in one of the many Earth Hour participating restaurants by candlelight
3. Organise a family night playing board games
4. Throw an Earth Hour street party with your neighbours
5. Arrange a house party lit by torches
6. Take the dog for a night walk
7. Hand write a letter to loved one by lantern
8. Sit in the dark and share stories
9. Read a book using a book light
10. Share a romantic night in with your loved one

Cadangan nombor 2 tu sangat menarik. Harapnya gaji aku dah masuk sebelum 28 Mac. Boleh pergi candle light dinner dengan family aku. Hehe. Cadangan nombor 10 tu pula sangat best bunyinya. Tapi itu hanya sesuai untuk mereka yang dah berkahwin. Tahun depan aku sambut Earth Hour dengan aktiviti nombor 10 tu! Haha.

Update #2
Alhamdulillah, aku dengan 2 orang kawan aku sepakat ambil dedicated server. Semua sebab bengang dengan hosting provider masing-masing. Lagi pun developer dah biasa main dengan setting server kan? Lebih seronok kalau dapat control 100% setting php untuk site masing-masing. Woh, aku teruja!

Nantikan projek-projek yang bakal kami lancarkan!

Qiilans87
The Zestful IcedNyior
Ariff Shah
WeddingKami
Klik untuk menjadi kacak
Wazy84
Special
Sembang Komputer
GambarHehe