StressBulan ni adalah bulan stress aku. Kawan -kawan aku juga ramai yang stress. Ell cakap bulan ni baru berapa hari, takkan dah stress. Tapi itulah hakikatnya.

Beberapa hari lepas aku diberitahu yang aku tidak dibenarkan membuat apa-apa perancangan untuk malam merdeka dan hari merdeka. System Architect kata ada parti di client site. Ketua Projek aku pula kata ada parti buih. Tak logiklah bukan parti buih di HQ sebuah bank terkemuka di Malaysia. Haha. Aku sedikit kecewa kerana aku baru nak buat perancangan untuk hari tersebut. Esoknya baru aku diberitahu bahawa 29 Ogos sehingga 1 September aku kena kerja. Ya, kerja. Proses pemindahan projek dari server development ke server live (internet) akan dilakukan pada tempoh tersebut.

Sebelum tu aku memang tahu UAT dijadualkan pada 11 Ogos sehingga 22 Ogos. Bermakna projek mesti disiapkan sebelum 11 Ogos dan tidak ada kerja-kerja development boleh dilakukan semasa UAT. Masih banyak yang belum siap sebenarnya. Ada bahagian yang baru dapat pengesahan dari client untuk development. Serangga (bug) juga masih banyak bersarang. Aku dan seorang lagi developer akan bercuti dari 3 Ogos hingga 6 Ogos.

Hah! Cuti disaat-saat akhir. Kami akan ke Krabi, Thailand untuk percutian yang ditaja oleh Syarikat. Syarikat dah buat perancangan dan beli tiket sejak bulan Mei. Jadi, tidak ada pilihan lain selain meneruskan saja percutian tersebut. Tapi balik saja dari bercuti, kami mungkin kena kerja pada hari minggu dan tidak mustahil sehingga lewat malam. Ergh!~

Dalam tempoh kesibukkan aku ni, mungkin blog ni akan terbiar bersawang. Tapi aku akan cuba sedaya upaya aku untuk update. Aku cuba ok?

13 pandangan untuk “Stress”

  1. #1 Gravatar penyubiru says:

    pi Thailand. hmm..bleh la hilang stress. hehe…

    [Reply]

  2. #2 Gravatar napster says:

    balek thai jgn bawak *buah tgn* ok :nut:
    aku stress gak sbb ko pakai no privite..
    ha ha ha…

    [Reply]

  3. #3 Gravatar chika says:

    selamat bekerja Kay

    [Reply]

  4. #4 Gravatar aeropama dot com says:

    rileks beb! yang penting kau kene pandai kawal stress kau. kalau tak kawal boleh jadi gila nanti…

    aku ada buat entri berkenaan menangani stress. kau boleh baca di http://aeropama.com/mengatasi-stress/

    [Reply]

  5. #5 Gravatar kay says:

    stressnya.

    stress dgn org yg menyusahkan kite..
    stress dgn org yg x bertanggungjawab..
    stress dgn org yg taknak dengar ckp..
    stress dgn org yg kita syg..

    hidup ni mmglah stress..

    [Reply]

  6. #6 Gravatar fadh says:

    selamat mengharungi mega stress bulan nie..tp bulan ni gak ko dpt mega anti-stress bile dpt cuti kat siam huhhu..selamat bergumbira dan bercuti di sana k..

    [Reply]

  7. #7 Gravatar ecahkoop says:

    pergh!!! stress2 pun dapat g thailand jenjalan

    [Reply]

  8. #8 Gravatar Mohd Hafifi says:

    cara terbaik tuk hilangkan stress-cari seseorang yang boleh ko luahkan semuanya dan pastikan dia seorang pendengar yang baik dan mampu memberikan pendapat, nasihat yang bernas untuk ko hilang stress tu..aku rasa la..

    [Reply]

  9. #9 Gravatar titan says:

    kalau stress, gi tdo aje. Untung nasib, leh mimpi best-best. Hoho :D

    [Reply]

  10. #10 Gravatar totinx says:

    i nak ole2 krabi plissssssssssssss
    dahla tak tunggu i
    i sampai lcct je u trus brambus
    chis

    [Reply]

  11. #11 Gravatar KNizam says:

    wahhh jangan stress2. nanti demam plak. hehe :)

    [Reply]

  12. #12 Gravatar atoiaziz says:

    huh hu
    besnya dapat g hoLiday dgn company
    nak cuTi gak ni
    lalala~~~

    [Reply]

  13. #13 Gravatar diane says:

    ehem2.. bile mao jmpe ni? jumaat mlm sabtu mungkin?haha
    xsabar utk ‘ittew’

    [Reply]

Leave a Reply