Terima Kasih

Akhirnya, aku punya kesempatan untuk update. 2 minggu tanpa entry lengkap, satu perkara yang menakutkan. Mana tak-nya, takut nafsu untuk berblog hilang begitu sahaja seperti 7 bulan lalu. Sebenarnya, hampir terjadi lagi. Tapi aku gagahkan diri untuk menaip disini pagi ini setelah tak dapat lelapkan mata. Haha. Jadi zombie-lah aku di pejabat hari ni.

Entry ni aku nak buat 9 Julai lalu. Tapi sebab sibuk dengan urusan-urusan pejabat dan peribadi, entry ni terus tertangguh. Ya, entry ni untuk anda. Di dedikasi buat kau-orang, pembaca blog Orange 4 Kay yang setia (ada ke?), silent-readers dan mereka yang mengunjungi blog ni secara sengaja atau tidak. Terima kasih pada kau-orang semua.

Bermula 9 Jun, aku kembali berblog setelah 6 bulan menyepi. Aku cuba belajar apa itu SEO (ya, aku ketinggalan) dan aku cuba tingkatkan SEO blog ni. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan mula menunjukkan kesan dalam masa beberapa hari. Pengunjung blog ni bertambah dari hari ke hari dan mencapai sasaran pertama aku untuk mendapat sekurang-kurangnya 40 unique visitor sehari. Mungkin rendah bagi sesetengah blogger, tapi itu adalah langkah pertama.

Aku juga ucapkan terima kasih banyak-banyak pada blogger yang beri peluang untuk ‘menempel’ dan memberi sedikit trafik dari blog masing-masing secara lansung atau tidak lansung. Mari kita lihat senarai Referring Site ke blog ini yang diambil dari Google Analytics.

Referring Site

URL di tempat pertama aku terpaksa tutup. Mungkin buat sementara waktu. Kau-orang nak teka? Tekalah. Haha. Perlu ke aku buat kuiz dan sediakan hadiah? Hahaha. Tengoklah nanti. Terima kasih buat bro Mael yang”menyedekahkan” sedikit trafik beliau untuk blog aku ni. Walaupun trafik itu diberikan secara tak lansung ( datang dari komen-komen yang aku tinggalkan). Yang berada di tempat ketiga tu kita abaikan. Agak terkejut aku tengok URL sendiri boleh berada ditempat ketiga. Haha. Yang keempat, terima kasih kepada MyBlogLog. Satu sistem yang sangat berguna untuk para bloggers dan pengunjung blog tegar untuk meninggalkan jejak diblog-blog yang dilawati sebaik memasuki blog tersebut. Sekurang-kurangnya tuan blog tahu ada yang datang melawat walaupun tidak meninggalkan sebarang jejak. Apa lagi, jom sertai komuniti Orange 4 Kay di MyBlogLog sekarang! Haha.

Terima kasih juga buat Pakdi. Seperti Bro Mael, Pakdi juga memberikan sedikit trafik beliau pada aku secara tak lansung. Kalau tak silap aku berkenaan entry kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pakdi banyak menulis tentang pelaburan yang berguna. Tahniah buat pakdi kerana berjaya menaik taraf domain kepada 2TLD .my. Site yang ke-enam didalam senarai adalah MsjBox. Perkhidmatan shoutbox berbahasa Malaysia keluaran anak tempatan. Oh ya, tahniah pada MsjBox kerana berjaya mengadakan Pertandingan bowling Rapat 08. Satu acara yang kool kerana berjaya mengumpul ramai warga komuniti maya Malaysia. Terima kasih yang tak terhingga juga buat Kausar, Menteil, Pakcik MMA (Faiz Nordin), Totin (maaf, blog ini private), Bro Keeman, Bardy a.k.a. Abah, Ainasazreen dan juga Datin Chika (blog ini juga private).

Terima kasih kerana terus memberikan laluan untuk link blog ni di blog masing-masing. Banyak lagi blog lain sebenarnya, tapi kalau aku nak senaraikan semua, terlalu panjang. Zaman dah berubah, dunia dah maju, kalau aku terus panjangkan entry ni, blog aku tidak akan trampil seperti berita harian. Haha.

Terima kasih juga buat kau-orang yang sudi singgah di blog ni. Tinggalkanlah jejak ya, mudah untuk aku jejak kau-orang semula. Oh ya, jom follow aku ditwitter. Hehe.

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

  1. says

    aku baru nak guna google analytic ni tapi aku tak tahu betul atu tidak tempat aku letak code tu..biasanya, berapa hari untuk dia confirm status kita ye?

    [Reply]

  2. Mr. Kay Em Why says

    analytic kalo tak silap aku boleh letak mana2 je.. tp biasa aku letak dlm sidebar bawah kategori Meta atau kat footer.. kalau pakai WP, ada byk plugin khas utk ko letak code2 tracker mcm analytics ni.. ko letak code tu kat blog ko dan ko confirmkan kat page die.. die akan terus check dan confirm dan lepas tu die mula kumpul data.. beberapa jam lepas tu ko dah boleh mula tgk statistik die..

    [Reply]

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge