Entry Rojak #6

Aku agak sibuk kebelakangan ni sehingga sekurang-kurangnya seminggu dua lagi. Jadi, aku tidak punya masa untuk update. Mencuri-curi sedikit masa yang ada. Kalau tidak, pasti blog ni akan jadi seperti beberapa bulan dahulu, terbiar.

Sabtu lalu aku ke The Appartment, The Curve, Damansara untuk gathering Forum Webmaster Malaysia. Ini adalah gathering kedua di Kuala Lumpur setelah gathering yang diadakan pada bulan 12 yang lalu di KL Sentral. Kali ini jumlah penyertaan dikurangkan kepada 40 orang. Mungkin kerana kehendak penaja atau lokasi yang tidak mampu menampung lebih dari itu.

Seperti gathering yang lepas, beberapa orang Speaker dijemput untuk memberi talk kepada webmaster yang hadir. Antara speaker yang hadir ialah Mr. Rohan dari Microsoft, LiewCF (ProBlogger Malaysia), Andrian Oh dari Neowave dan Ikram Omar dari Filament Phase. Mereka banyak beri input pada aku. Banyak yang di sampaikan aku masih belum tahu. Satu perjumpaan yang penuh dengan ilmu. Terima kasih pada mereka semua yang sudi memberi ilmu kepada semua webmaster yang hadir.

Sepanjang 6 jam di The Appartment, aku sempat berbual dan berkenalan dengan beberapa orang yang hebat dalam industri ni. Antaranya, Fariz dari Terzetto Technology, Ikram Omar, Danny Foo, Mr Chow dari exabytes dan LimCS (admin WebmasterMalaysia.com). Oh ya, tuah aku muncul pada hari tersebut. Aku antara pemenang cabutan bertuah. Aku dapat voucher Exabytes bernilai RM269 dan Kemeja-T Exabytes (7th anniversary). Aku akan tambah sedikit duit aku untuk beli Ebiz Gold Hosting. Satu pakej yang dah lama aku teringin miliki (tapi sentiasa kekurangan duit). Terima kasih banyak-banyak kepada WebmasterMalaysia, Exabytes, LimCS dan LiewCF (tangan yang buat aku menang cabutan bertuah).

Kau-orang boleh baca tentang gathering ni kat :

Blog LiewCF
Get Found – LimCS
Blog Exabytes
Kailoon
DannyFoo
LawEddie
RickySoo
Sumardi
Catzer

P/s : Maafkan aku, aku tak ada kamera untuk ambil gambar semasa gathering. :D

Bisikku pada bulan, kembalikan teman-ku, kekasih-ku, syurga-ku…

Mesti kau-orang dah dapat mengagak bukan? Ya, sepotong sajak dari Filem Sepi. Aku rasa aku tak perlu buat ulasan untuk filem Sepi ni kerana dah lambat. Ramai orang dah tengok dan tau jalan cerita bukan? Ramai yang kata filem ni bagus dan ramai yang cadangkan supaya aku pergi menonton. Sebenarnya filem ni memang ada dalam senarai mesti tonton aku. Tapi kerana tidak punya masa dan terlalu sibuk dengan kerja, aku tidak dapat menonton filem ni pada minggu pertama tayang.

Ada yang bertanya pada aku. Bagus sangat ke filem Sepi ni? Berbaloi ke tengok? Jawapan aku mudah. Karya Kabir Bhatia tak pernah mengecewakan aku (kecuali filem LOVE yang aku tidak sokong lansung). Hati aku mula terpikat dengan hasil kerja Kabir Bhatia dalam Filem CINTA dan telenovela ManjaLara. Sinematografi filem Kabir Bhatia tidak pernah mengecewakan aku dan bagi aku terlalu banyak sudut yang indah dan mampu membuai penonton. Bukankah itu yang penonton inginkan dari sebuah filem?

Jalan cerita juga digarap sedikit berbeza dari Filem CINTA. Pada mulanya aku fikir, jalan ceritanya pasti lebih kuran kerana sinopsis menunjukkan sedikit persamaan antara 2 filem ini. Tapi hakikatnya ia jauh berbeza dan jalan cerita Filem SEPI sedikit unik kerana belum pernah ditonjolkan (seingat aku) oleh mana-mana filem di Malaysia.

Filem SEPI mampu membangkitkan perasaan sepi dalam setiap penonton. Ya, setiap orang pasti punya kenangan berkaitan sepi. Walau pun ramai yang menonton filem Sepi dalam panggung yang sama dan waktu yang sama, aku tetap berasa seperti keseorangan di situ. Err, adakah aku terlalu membiarkan diri aku dibuai oleh jalan cerita filem ini? Bagi aku tidak. Apa yang aku rasa adalah kesan dari hasil seni yang terbaik!

Tahniah kepada kru produksi SEPI dan Kabir Bhatia. Teruskan usaha untuk membawa filem Melayu khususnya dan filem Malaysia am-nya ke tahap lebih baik.

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

  1. Mr. Kay Em Why says

    aku rasa mcm ko tak ske filem melayu heh? ko try la pegi tgk.. aku pasti, ko akan layan lentok punye.. haha

    [Reply]

  2. says

    Mr Kay..

    Sorry I tak blog about the gathering. I pun tak amik byk sgt photo. Wanted to bring my bro’s camera but dia pakai that day.

    Anyways, it was nice meeting you man. Nanti ada gathering please let me know ya.

    Daaa…

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge