Tazkirah Jumaat

Tazkirah 1.

Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat. Kemudian datang pemuda Arab masuk kedalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S.A.W melihat pemuda itu menangis, maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda, kenapa kamu menangis?”

Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya. ” Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam. Maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi kerumah orang muda itu dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T. Kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam. Maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia didunia dulu?”

Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Dihari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”

Tazkirah 2.

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”

Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?” Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya;
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya”.

Anda mungkin juga berminat dengan post:

  1. Tazkirah Jumaat #2

A post by "Mr Kay "

Seorang Software Engineer (PHP) yang bekerja dengan syarikat CDN. GEEK yang juga merupakan suami kepada seorang GEEK.

You can leave a response, or trackback from your own site.


8 Responses to “Tazkirah Jumaat”

  1. KNizam says:

    bagus ada tazkirah sebegini sekali sekala kan. hehe :)

    [Reply]

  2. Fadh says:

    Perkara2 camtu dah berleluasa skarang nie

    [Reply]

  3. Mr. Kay Em Why says:

    betul.. untuk ingatkan sesama kita.. untuk aku juga.. :)

    [Reply]

  4. hananaman says:

    mohon copy and paste ye

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    sila kan.. tak ada salah nya.. kalau boleh, letakkan kredit ke blog ni ;)

    [Reply]

  5. [...] Lelaki Suka Buah Dada – 538 views 8. Lebih besar buah dada lebih pandai – 413 views 9. Tazkirah Jumaat – 245 views 10. Jemputan Majlis Perkahwinan – 230 views 11. Sajak Merdeka – 223 [...]

  6. jamilah says:

    Ya ALLAH, pertingkatkanlah iman dan amal ibadah ku Ya ALLAH

    [Reply]

  7. MrSup says:

    insaf2..T_T terima kasih kerana mengingatkn saya.. :)

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv Enabled

The Zestful IcedNyior
Wazy84
Ariff Shah