Manusia Aneh

Pelaku seks ganjil antara tiga jalani hukuman mati

TOKYO 17 Jun – Tiga pesalah dijatuhkan hukuman mati di Jepun termasuk seorang pembunuh bersiri yang juga pelaku seks ganjil, Tsutomu Miyazaki, 45, yang mengaku membunuh empat kanak-kanak perempuan dan melapah sebahagian daging mangsa-mangsa tersebut.Miyazaki digelar “Pembunuh Pelik” apabila begitu obses terhadap lakaran seks kartun yang dibuatnya dan juga seorang yang gemar melihat bahan-bahan lucah.Ini menyebabkan peguam belanya mendakwa Miyazaki mempunyai masalah mental sehingga dia tidak boleh dipertanggungjawabkan atas semua perbuatannya itu.Jepun dikatakan satu-satunya negara perindustrian yang masih melaksanakan hukuman bunuh yang diterima baik di kalangan penduduknya.”Kami melaksanakan hukuman mati ini dengan memilih mereka yang akan dibunuh itu dengan penuh rasa yakin dan bertanggungjawab,” kata Menteri Keadilan, Kunio Hatoyama pada satu sidang akhbar.Miyazaki ditahan pada Julai 1989 ketika didapati sedang mengambil gambar perempuan bogel dan hasil siasatan selepas penahanannya itu telah mengejutkan rakyat Jepun. Dia mengaku membunuh empat kanak-kanak perempuan yang berusia empat hingga tujuh tahun di Tokyo dan daging daripada dua tubuh kanak-kanak itu dimakan oleh Miyazaki.

Dia dikatakan mengerat tubuh mangsa, tidur di sebelah mayat mangsa dan menghirup darah mereka.

Miyazaki mendakwa menulis surat kepada media dengan menggunakan nama seorang perempuan dan mengaku bertanggungjawab melakukan jenayah tersebut.

Dia juga dikatakan telah mengirim kotak mengandungi anggota badan mangsa kepada keluarga kanak-kanak perempuan terbabit.

“Pembunuhan kejam terhadap empat kanak- kanak dan caranya memuaskan nafsu langsung tidak memberikannya peluang dan ruang untuk diampunkan kesalahannya itu,” kata Ketua Hakim, Tokiyasu Fujita.

Polis turut menemui hampir 6,000 pita video yang kebanyakannya mengandungi rakaman yang menyeramkan di rumah Miyazaki di Saitama dekat Tokyo.

Dalam perbicaraan yang berlangsung selama dua tahun, Mizayaki langsung tidak menyatakan rasa simpati dan bersalah terhadap mangsa dan keluarga mereka.

Malah dia hanya menyalahkan imej kartun, “Lelaki Tikus” yang beliau lukis sebagai bertanggungjawab terhadap perbuatannya melakukan jenayah tersebut.

Dia jua sering menjauhkan diri daripada keluarga sehingga bapanya yang tidak dapat menerima perbuatan anaknya itu, membunuh diri dengan terjun ke dalam sungai pada tahun 1994 yang menurut Miyazaki beliau berasa ‘lega’ dengan tindakan bapanya itu.

Namun dalam perbicaraan kes ini, pakar sakit jiwa setuju dengan dakwaan peguam bela mengenai sakit jiwa yang dialami oleh Miyazaki.

Dua pesalah yang turut dijatuhkan hukuman mati bersama-sama Miyazaki iaitu Shinji Mutsuda dan Yoshio Yamasaki atas kesalahan membunuh.

- Source Utusan Online

Manusia sekarang semakin pelik dan anehkan? Mungkin kerana tekanan hidup yang semakin mencabar ni menyebabkan manusia mengalami tekanan perasaan dan seterusnya mengalami masalah mental. Seingat aku, aku ada terbaca fakta bahawa di Malaysia, jumlah manusia yang mengalami masalah mental agak tinggi terutama di Kuala Lumpur. Tapi tidak ramai perasan mereka mengalami masalah mental apatah lagi mahu mengaku mengalami masalah mental. Orang gila mana nak mengaku dia gila? Haha.

Berbalik kepada berita diatas, aku sangat tertarik dan terkejut dengan beberapa fakta dari kes ni. Beberapa fakta yang aku tak pernah terfikir ada orang yang sanggup melakukan nya. Antaranya, “Dia mengaku membunuh empat kanak-kanak perempuan yang berusia empat hingga tujuh tahun di Tokyo dan daging daripada dua tubuh kanak-kanak itu dimakan oleh Miyazaki” dan juga “Dia dikatakan mengerat tubuh mangsa, tidur di sebelah mayat mangsa dan menghirup darah mereka”. Aku rasa kau orang pun pasti terkejut dan tidak pernah terfikir kekejaman sebegitu rupa. Kalau bunuh dengan tembak atau letupkan mangsa tu pernah la dengar. Bunuh, kemudian campak mayat ditempat lain juga biasa. Tapi yang ini terlalu diluar jangkaan bukan? Apa dah jadi dengan dunia? Urmm.. Tanda-tanda dunia hampir sampai ke penghujung. Apa pula komen kau orang?

Oh ya, aku nak kongsikan satu video yang menarik. Aku rasa macam kena dengan topik ni. Kau orang tonton dan komen la yer. :-)


Office Worker Goes Absolutely Insane – Watch more free videos

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

  1. Mr. Kay Em Why says

    haha.. ko tak dpt tangkap heh ape yg berlaku? meh la aku terangkan..

    mamat tuh mungkin tgh stress gile.. lepas tuh datang sorg mamat tuh terlanggar dokumen yg ada atas meja die.. mamat yg terlanggar dokumen tuh mcm pungut dokumen tuh sambil merungut.. mamat yg stress itu sbnrnye dah umpama gunung brapi nak meletus.. die dah takleh tahan tuh tros mengamuk.. last2 kan ade yg dpt tangkap die dan belasah die..

    itu aku ape yg aku agak la kan.. hidup skang makin menekan.. hari2 stress..

    [Reply]

  2. says

    mamat tu meroyan la.. eh? dia jantan..
    dia kena gila sawan bebek kot.. haha..

    tapi klaka mamat tu, nak mengamuk, tapi mengamuk takut2.. ape la.. dah tu siat ada tergolek lagi..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge