Imej baru Orange4K

Sejak dari awal aku menulis blog, aku menjadikan kisah peribadi sebagai perkara utama untuk diceritakan. Memang pada mulanya (tahun 2004), aku mencari engine blog yang sesuai untuk menjadi diari online yang terlindung dari pembacaan umum. Bila blog mula menjadi trend dikalangan hidup rakyat Malaysia, aku mula membuka akses blog aku kepada umum dan mempromosikan blog aku.

Ketika itu aku masih mencari-cari fokus topik untuk blog aku. Trend ketika itu menulis kisah-kisah peribadi diblog. Aku terikut-ikut. Lama aku menjadikan kisah peribadi sebagai topik utama diblog ini.

Kini aku sedar, kisah peribadi tidak begitu relevan. Ia juga bahaya jika terlalu terbuka. Apatah lagi aku selalu menjadikan blog ini tergolong dalam “Blog EMO”. Setelah aku berkira-kira berapa lama, aku terfikir tidak lagi menjadikan kisah peribadi sebagai topik utama diblog ini. Sebenarnya, itu adalah salah satu azam aku bagi tahun 2008. Setelah 6 bulan berlalu baru aku cuba untuk menjadikan azam itu satu realiti.

Aku telah menukar theme blog ni sempena menukar aliran topik utama aku. Aku juga telah menulis entri “Phishing = Memancing?” sebagai langkah pertama aku untuk menukar topik utama blog ni. Selepas ni, blog ini akan bertukar tema. Dari KISAH HIDUP SI OREN menjadi MENYINGKAP SISI ANEH KEHIDUPAN. Apa sahaja yang kelihatan “aneh” dimata aku, akan aku coretkan disini.

Aku memerlukan komen pembaca mengenai theme baru blog ni. Berikan komen yang ikhlas dan aku akan cuba sedikit demi sedikit mengubah mengikut keselesaan anda. Ya, pembaca adalah nadi sesebuah blog. Komen anda diterima disini.

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

  1. says

    sgt setuju bahwa blog x sepatutnye berkisarkan kisah2 peribadi. hehehe.. but once in a while bole. like ur new theme even though i think yg the previous theme lgi cute. can’t wait to see the revolution of orange

    [Reply]

  2. says

    Ehem..blog itu fleksible, kita bebas menulis apa yang ingin kita coretkan. Namun, kita perlu pandai memancing pembaca jika mereka merupakan target kita…ehem..rasa seram jer tengok theme ni..but nice!

    [Reply]

  3. Mr. Kay Em Why says

    err.. ape yg buat ko tak selesa kak?

    nape aku rasa cam theme yg lama tuh lebih berserabut dari yg ni? theme tuh buruk kalo tgk pakai IE.. ish..

    [Reply]

  4. Mr. Kay Em Why says

    aku setuju.. tp bab nak pancing pembaca tu yg aku tak reti.. dah bertaun2 aku cuba.. tak berjaya.. hahaha..

    btw, ape yg seram sangat ngan theme ni? ish..

    [Reply]

  5. Mr. Kay Em Why says

    haha.. org semua dok ckp background ni seram.. ko nak suh tuka yg lagi ganas? lagi la org seram… haha

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge