Protected: Aku Kembali… (Part Two)

AWAS! ENTRY INI TERLALU PANJANG DAN MUNGKIN BOLEH MENGAKIBATKAN MUNTAH-MUNTAH. PENULIS TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP APA-APA KECEDERAAN LUARAN DAN DALAMAN AKIBAT DARI MEMBACA ENTRY INI.

Dah 2 entry aku langkau entry ni. Dah sebulan berlalu since part one. Kerja yg menimbun membuatkan aku asyik tunda entry ni. Oklah, aku sambung terus cerita aku.

*********

Bila aku tau je yang aku bakal kehilangan kerja, aku terus apply pelbagai vacancy kat jobstreet.com (lagi sekali iklan ini tidak dibayar). Pihak management beri aku kelonggaran untuk surf dan search website yang ada jawatan kosong. Mereka tak lagi assign apa2 task pada aku. Tapi syarat yg perlu aku patuhi, tidak ada staff lain yg tahu hal aku dibuang kerja dan pastikan tidak ada siapa perasan aku sedang surf2 website berkenaan. Seperti ada keraguan pada syarat tersebut. Aku patuh sahaja.

Tak ada sorg pon staff lain (melainkan management team) yang tau aku diberhentikan. Bila tiba hari terakhir aku, perkara pertama aku buat bila masuk office, aku hantar e-mail menyatakan hari tersebut adalah hari terakhir aku dan aku ucapkan terima kasih atas bantuan dan tunjuk ajar mereka pada aku selama aku bekerja distu. Ternyata semua orang terkejut bila dpt email tu. Semua reply dgn ucapan “Good Luck” dan menyatakan perasaan terkejut mereka. Mana tidaknya. Baru masuk bulan ketiga. Ada yang aku belum sempat berkenalan. Mereka sibuk dgn tugas mereka, aku sibuk dgn tugas aku.

Waktu lunch mereka ajak lunch beramai2. Farewell party utk aku katanya. Team leader aku belanja aku. Yang lain bayar sendiri. Hahaha. Tapi masa menanti pesanan sampai, seorg dari officemate aku tiba2 suruh aku beri ucapan. Aku tergamam. Aku tak tau nak cakap apa. Mereka mintak aku terangkan kenapa aku berhenti dan aku akan bekerja di syarikat mana lepas ni. Makin aku tergamam. Muka aku pucat. Management team pun nampak menggelabah. Akhirnya salah sorg management team kata “Tak apa lah. Tak payah ucapan2″. Mereka terus borak sesama sendiri. Aku terselamat.

Keesokkannya, bermulalah hari-hari yang membosankan di rumah. Masa tuh aku baru berpindah dari rumah pakcik aku di Keramat ke Kajang. Segan aku nak menumpang lama-lama kat rumah orang walaupun pakcik sendiri. Pindah pulak kat rumah pakcik aku kat kajang tu, tiba2 aku jd penanam anggur terhomat. Agak segan jugalah. Duduk kat rumah, makan, tidur, tgk tv, keluar. Ish. Memang malu sgt kalau diikutkan. Sampai aku rasa nak pack barang dan balik segamat. Tapi bila fikir2 balik, susah kalau dpt interview call yg mengejut. Makcik aku pun asyik nasihatkan aku supaya sabar dgn dugaan ni. Ayat yang dia selalu ulang “Sabarlah. Belum ada rezeki lagi tu. Allah tak bg sekarang sebab mungkin ada rezeki yg lebih besar yg tunggu kat depan tu.”

Aku apply byk kerja kosong dekat jobstreet.com. Sangat banyak. Lebih 50 jawatan kosong kot. Semua jenis jawatan dlm IT aku balun apply. Walhal aku lebih senang dgn jawatan Web Developer. Ada juga yang aku apply guna email. Dapat dari suratkhabar. Tapi tak ada satu pun jawatan kosong yang aku apply guna email yg berbalas. Hampir satu KL aku dah pusing utk pergi interview. Kebanyakkannya area Kelana Jaya, Petaling Jaya dan Damansara. Macam jenis syarikat aku dah masuk (untuk interview). Ada syarikat yg tersenarai antara 3 syarikat terbaik di dunia. Masuk saja pejabatnya, aku dah nampak dinding di kawasan penyambut tetamu penuh dengan award. Aku jadi kecut perut dengan status company sebesar itu. Ya, aku pasti semua orang ingin bekerja di syarikat yang punya nama dan kejayaan besar. Tapi aku takut dengan tanggungjawab dan amanah yang besar. Apatah lagi dengan pengalaman aku yang agak perit bekerja dibawah orang asing. Client syarikat ni pun besar-besar. Yang disebut seperti Volkswagen, BMW dan banyak lagi. Jadi aku screwed up interview itu. Haha. Mungkin bukan sekarang masa untuk aku bekerja dengan syarikat sebesar itu. Cukupkan pengalaman dan ilmu dulu.

Lagi satu syarikat yang paling aku ingat perjalanan interview-nya, sebuah syarikat di Damansara. Dalam kawasan Tropicana. Interview pukul 2pm, tapi pukul 10 aku dah keluar rumah. Alasan yang cukup mudah. Aku takut tak jumpa pejabatnya. Haha. Aku belum biasa dengan jalan-jalan di Kuala Lumpur, apatah lagi dengan jalan-jalan di Damansara tu. Dalam pukul 11.30 aku dah jumpe bangunannya. Itu pun ada tersalah jalan. Dengan bantuan Peta yang pihak syarikat tu berikan dan juga bantuan kawan diane (yang baru saja beberapa minggu kerja disitu) sampai-lah aku dikawasan itu dengan selamatnya. Lama juga aku termenung dalam kereta dengan perut yang lapar. Aku tak nak lunch dulu sebab takut sakit perut tiba-tiba masa interview. Aku pergi ke 7-Eleven utk beli roti dan suratkhabar (untuk bunuh kebosanan). Pukul 1.45pm aku naik ke pejabat tu. Masa aku sampai, dah ada 2 orang perempuan sampai untuk interview (tapi aku rasa mereka bukan mohon jawatan IT). Seorang lagi datang selepas aku. Kami kene jawab IQ test dan Math test. Aku tercengang. Ada 3 bahagian (2 bahagian IQ, 1 bahagian Math) dan setiap bahagian ada 60 soalan (kalau tak silap aku). IQ test memang kesukaan aku. Tapi aku ambil masa juga nak warm up otak untuk jawab IQ test ni. Kami cuma diberi masa 1 jam. Selepas 1 jam, aku dan lelaki yang datang kemudian dari aku diberi lagi satu set kertas soalan. Soalan JAVA. Aku tercengang. Dah lama aku tak buat pure programming, apetah lagi JAVA. Banyak yang aku dah lupa. Soalannya tak la susah sangat. Cuma aku lupa structure programming (hebat bukan aku? Seorang programmer yang lupa structure programming). Soalan-soalan tu aku dah biasa jumpa dalam exam. Tapi aku still tak boleh jawab. Aku buat programming cara tipu. Hahaha. Programmer mungkin paham apa yang aku maksudkan. Lepas selesai jawab JAVA, aku dipanggil masuk ke bilik interview dan bersoal jawab lah aku. Aku melangkah keluar dari pejabat tersebut pukul 5.30pm. Pertama kali aku di interview begitu lama.

Selepas puas berpusing satu KL dan sebahagian Selangor, akhirnya aku dapat kerja di PJ. Sangat gembira. Tapi aku tak tahu apa corak perniagaan mereka. Masa interview, aku tak diberi peluang untuk bertanya mengenai syarikat (yang interview aku tu terlalu sibuk hari tu sehingga interview aku diganggu beberapa kali). Hari pertama aku kerja, masih tak ada apa-apa penerangan tentang syarikat. Aku cuma dibenarkan mengguna salah sebuah komputer (mereka kata komputer itu digunakan oleh Help desk). Hari pertama aku kerja, aku dapat panggilan interview dari ASTRO. Memang aku nanti-nantikan. Tapi aku terpaksa tolak dan beritahu mereka yang aku sudah dapat kerja. Beberapa jam lepas tu aku dapat panggilan interview yang kedua dari sebuah syarikat berpejabat di Taman Teknologi Malaysia (TPM), Bukit Jalili. Pon aku tolak.

Hari kedua kerja, baru mereka brief aku tentang profile terbesar mereka. Mereka membangunkan, memantau, membaikpulih dan memberikan bantuan (help desk) untuk satu website poker terkenal kat US. Mereka kata ramai selebriti Hollywood dan orang kaya ternama US bermain poker secara online disitu. Icon untuk website tu khabarnya, Pamela Anderson. Hebat bukan? Aku sangat tak selesa dengan keadaan itu. Masa briefing tu, aku dah tak boleh fokus. Tiba-tiba pegawai HR datang ke bilik meeting dimana aku kene brief. Dia minta kebenaran untuk bincang sesuatu dengan aku. Soalan pertama dia tanya aku “Do you comfortable with all these things?” (sambil tunjuk manual dan profile projek poker). Dengan pantas aku jawab “No. I`m not comfortable at all“. “I`m so sorry because i`m not telling you about this before. Actually you are hired for another project, but they don`t have enough people for this project. So, they put you in this team.“. “I think I`m not comfortable to work here even I have to work in another project.” Ya, aku kerja untuk cari rezeki yang halal. Aku buat keputusan untuk berenti dan cari kerja lain. Mungkin bukan satu keputusan yang baik dipandangan orang lain.

Lepas aku keluar dari pejabat tu, aku terus call ASTRO dan syarikat yang berpejabat di TPM. Aku rayu pada mereka untuk beri aku peluang untuk interview. Aku terus kena pergi interview ASTRO dekat bangunan Measat, Cyberjaya. Interview untuk jawatan Editor Interaktif TV (bahasa mudah : moderator chatting channel @15). Ada satu set soalan dalam bahasa Malaysia. Buat pertama kali aku jawab dengan laju dan confident. Hahaha. Lepas tu baru dipanggil untuk soal jawab. Dekat resume aku ada tulisan “Dah kerja” dengan besar. Soalan pertama aku kena jawab, “Kata dah kerja? Apa jadi?”. Aku tersengih sambil terangkan apa yang jadi. Lepas bersoal jawab dalam 10 minit, aku dibawa ke pejabat tempat mereka kawal segala sms yang masuk untuk ditapis sebelum disiarkan di tv. Aku diberi peluang untuk berchatting di @15. Mereka nak tengok macam mana aku melayan “tetamu”. Belum puas aku berchatting, Bos besar panggil aku untuk disoal jawab. Mereka cuma perlukan 8 org. Yang datang interview 18 orang. So terpaksa tunggu mereka berikan jawapan dalam beberapa hari. Aku memang target sangat nak kerja di ASTRO. Siapa tak nak kan? Haha.

Keesokkan harinya, aku pergi interview di TPM. Sebenarnya aku tak mohon pon. Tapi syarikat ni request resume aku melalui jobstreet. Aku beri permission access resume aku pada mereka pun dengan sms. Aku tak dapat nak periksa apa jawatan kosong yang mereka ada dan apa requirement untuk jawatan tu sebab tak ada internet. Aku pergi interview tanpa tau apa-apa tentang syarikat ni. Pelikkan? Masuk saja bilik bos (bos yang interview), bos terus terangkan kat aku apa bisnes syarikat beliau dan segala macam yang diterangkan. Aku rasa lengkap semua benda dari offer letter dia terangkan kat aku walaupun offer letter tak ada depan dia. Lepas dia terangkan semua tu, terpancul satu soalan dari mulut dia yang buat aku terkesima, “So, when you can start?“. Aku ternganga sambil tanya balik “You mean i get this job?“. “Yes“. Terkebil-kebil aku. Aku terlalu mengharapkan ASTRO. Aku ada rasa macam tak senang dan tak sedap hati dengan company ni. Aku cari-cari alasan. “Can you give me more time? Actually, I have a few more interview tomorrow and next week. Can I confirm about this in 2 more weeks?“. “Sure“. Lega hati aku. Sebaik aku melangkah keluar dari pejabat, aku dapat beberapa lagi interview call.

2 minggu lepas interview dekat TPM, aku still tak dapat tawaran kerja dari mana-mana syarikat termasuk ASTRO. Masa tu memang ada hint dari staff ASTRO yang aku kenal kata aku tak dapat. Mak aku pun dah bising-bising sebab masih melepak kat rumah. Akhirnya aku call syarikat dekat TPM tu dan setuju untuk terima tawaran kerja tu. 3 Mac 2008 aku mula kerja. Arahan pertama yang aku dapat dari orang atasan aku, aku kena baca ebook berkaitan dengan produk yang syarikat tu gunakan. Syarikat ni bangunkan software untuk intergrate dengan produk Etrali (telefon yang biasa digunakan oleh operator bahagian Customer Service). Ada lebih kurang 30 ebook yang aku kena baca dan rata-rata ebook tu ada 200+ muka surat. Sampai terlelap aku nak baca sebab tak paham. Aku nak tanya, cuma seorang je yang faham benda tu. Nampak dia sibuk gila, ke sana ke sini. Dia berbangsa Cina, merangkap ketua aku (kami berdua je untuk projek ni). Tapi nak cakap manglish (malay + english) dengan dia pun dia tak paham (almaklumlah english aku teruk). Akhirnya, aku baca tanpa pahamkan betul-betul. Terlelap gak la nak membaca saja.

Hari kelima aku kerja, dia beri aku task. Dia suruh aku buat satu function untuk auto rekod suara dalam pc bila card (yang bersambung dengan telefon Etrali) detect suara operator. Aku tercengang. Tak ada lansung penerangan pasal telefon tersebut. Aku jadi blur. Nak tanya pun tak reti nak tanya macam mana. Nak cari dekat internet, pejabat tu takde internet. Aku cuma boleh bergantung harap pada ebook yang melambak tu. Tapi satu ebook pun tak dapat berikan bantuan pada aku. Dari hari ke sehari aku cuba perah otak buat function tu. Aku cuba tengok-tengok coding yang sedia ada. Juga tidak membantu. Aku benar-benar buntu dan putus asa. Aku ambil keputusan untuk cari kerja lain.

Belum sempat aku cari kerja lain, aku dapat panggilan telefon dari sebuah syarikat yang pernah aku pergi interview. Aku interview bulan Januari. Katanya ada jawatan kosong yang baru. Dia tanya sama ada aku berminat untuk disenaraikan untuk dinilai semula atau tidak. Aku jawab saja setuju. 2 hari kemudian, seawal 9 pagi, aku dapat panggilan talefon dari HR syarikat tersebut. Soalan pertama cukup buat aku jadi blur. “Encik Khairul, bila nak datang ambil offer letter?” “Hah? Offer letter apa ni? Saya dapat kerja ke?“. Memang gembira sangat aku dapat kerja baru. Kerja yang aku minat sangat. Aku ambil keputusan untuk mula kerja ditempat baru 1 April dan nak menghabiskan lagi 2 minggu di syarikat di TPM untuk cukupkan sebulan bekerja.

Dalam perasaan yang gembira tu, aku masuk pejabat dan tiba-tiba aku terkejut tengok monitor aku dah beralih arah. Asalnya monitor aku diletakkan di penjuru meja dan menghadap dinding kerana power cable dan wayar mouse & keyboard yang pendek. Aku rasa tak sedap hati dengan perubahan itu. Tiba-tiba ketua aku (yang duduk sebelah aku) kata dia terpaksa alihkan monitor aku untuk memudahkan dia memantau apa yang aku buat. “I`ve talk to W (bos aku) that you are too busy with reading newspaper, sms and sleeping. You are not doing your work.” Aku tercengang. Memang aku ada buat semua tu. Itu pun sebab aku dah terlalu buntu untuk buat kerja. Tapi yang aku tak puas hati, dia tak mengadu pulak yang dia dan seorang lagi staff selalu tidur lepas lunch. Aku yang kadang-kadang tertidur dia pergi report. “When you can finish the task i give u last week? How long you need? One week? Two week? One year?” Menyirap jugak aku dengar One year tu. Aku cakap je yang aku tak berapa faham dengan produk tu. Baru la dia terangkan serba sedikit. Lepas tu aku dapat buat function tu. Tapi aku tak dapat compile sebab pc aku tak ada card yang aku maksudkan tadi. Aku perlu run test dekat server. Tapi server pula tak ada compiler. Aku jadi buntu sebab semua serba tak kena. Petang tu juga aku siapkan notis 24 jam berhenti kerja dan terus serah pada bos. Tapi cuba bayangkan, 2 minggu lebih aku kerja di syarikat tu, aku lansung tak dapat offer letter. Bertapa lembabnya admin menjalankan tugas.

Akhirnya aku bekerja di syarikat IT milik Bumiputera yang berpejabat di Kelana Jaya sebagai Web Developer. Satu syarikat yg bagus untuk membina kerjaya. Aku diberi layanan dan kerja bertaraf lulusan Ijazah walaupun aku sekadar lulusan diploma. Alhamdulillah…

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

  1. Mr. Kay Em Why says

    [quote comment="3834"]hoi nape x panjang lagi..??
    hahahaahha[/quote]

    hoi! aku malas nak sambung2 lagi.. ini pon dah tahap malas nak cerita lagi.. abeskan cecepat.. skip mana yg ptt.. hahaha :p

    [Reply]

  2. Mr. Kay Em Why says

    [quote comment="3838"]wah…
    memang panjang lorh..

    susah jugak carik keje ek..
    ades…[/quote]

    bukan senang nak senang, tp tak susah kalo nak susah.. :)

    [quote comment="3839"]itulah gunanya sekolah ajar kita buat rumusan karangan…..
    la la la[/quote]

    oh, aku sgt tak pandai rumusan.. rumusan aku outtt.. haha[quote comment="3840"]perghhhh mmg panjang giler ni. hehe :)[/quote]

    rasa-rasa mcm ada yang lagi panjang sblm ni.. hehehe

    [Reply]

  3. says

    Alhamdulillah…lega aku baca biler akhirnya ko dapat keje…harap2 dipermudahkan kerja ko yek…cabaran sungguh!

    Tulisla panjang lagi tho…buat masa ni ofis aku tader keje…so aku dok baca blog orang je…lalala :))

    [Reply]

  4. says

    dugaan betul yer nak dptkan satu keja? pada yg dah ada keja tu, bersyukurlah dengan peluang yg diberikan itu..kesimpulan dr cerita yg berjela2 ini ialah usaha tangga kejayaan.

    [Reply]

  5. says

    Salam bro ,,,menarik sungguh cerita. .So skang baru aku tau betapa susah nak cari kejer kat luar sana . Member2 aku skang citer mcm senang jer nak dpt keje ..macam senang jer nak dpt gaji 3 4 ribu ..tapi hakikatnye …tak semudah itu ..betul tak ?

    So skang kat Kelana Jaya eh ? aku akan bertukar ker .di Bandar Utama …so kalau ade dtg OU ,the Curve ke ..ble la roger aku …hihihih

    Start keje baru , 1 Julai ..

    [Reply]

  6. Mr. Kay Em Why says

    bukan senang bro.. susah sebenarnye.. hehe..

    Opis mmg kat kelana jaya.. aku dok kat sungai besi..
    dah lama sangat aku tak balik opis.. dok memerap kat opis client.. hehe..

    insyaAllah, ada masa aku roger ok?

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge