Archive for August 2nd, 2008

StressBulan ni adalah bulan stress aku. Kawan -kawan aku juga ramai yang stress. Ell cakap bulan ni baru berapa hari, takkan dah stress. Tapi itulah hakikatnya.

Beberapa hari lepas aku diberitahu yang aku tidak dibenarkan membuat apa-apa perancangan untuk malam merdeka dan hari merdeka. System Architect kata ada parti di client site. Ketua Projek aku pula kata ada parti buih. Tak logiklah bukan parti buih di HQ sebuah bank terkemuka di Malaysia. Haha. Aku sedikit kecewa kerana aku baru nak buat perancangan untuk hari tersebut. Esoknya baru aku diberitahu bahawa 29 Ogos sehingga 1 September aku kena kerja. Ya, kerja. Proses pemindahan projek dari server development ke server live (internet) akan dilakukan pada tempoh tersebut.

Sebelum tu aku memang tahu UAT dijadualkan pada 11 Ogos sehingga 22 Ogos. Bermakna projek mesti disiapkan sebelum 11 Ogos dan tidak ada kerja-kerja development boleh dilakukan semasa UAT. Masih banyak yang belum siap sebenarnya. Ada bahagian yang baru dapat pengesahan dari client untuk development. Serangga (bug) juga masih banyak bersarang. Aku dan seorang lagi developer akan bercuti dari 3 Ogos hingga 6 Ogos.

Hah! Cuti disaat-saat akhir. Kami akan ke Krabi, Thailand untuk percutian yang ditaja oleh Syarikat. Syarikat dah buat perancangan dan beli tiket sejak bulan Mei. Jadi, tidak ada pilihan lain selain meneruskan saja percutian tersebut. Tapi balik saja dari bercuti, kami mungkin kena kerja pada hari minggu dan tidak mustahil sehingga lewat malam. Ergh!~

Dalam tempoh kesibukkan aku ni, mungkin blog ni akan terbiar bersawang. Tapi aku akan cuba sedaya upaya aku untuk update. Aku cuba ok?